View: 2918|Reply: 17
|
[Dunia]
Di China, pemaju di saman penduduk, bangunan menara halang cahaya matahari
[Copy link]
|
|
Nanjing (China): Pemaju sebuah menara tertinggi di bandar ini didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di sini kerana mencuri cahaya matahari penduduk.
Pemaju Menara Zifeng setinggi 450 meter itu didapati bersalah selepas bangunan berkenaan menghalang cahaya matahari ke rumah penduduk.
Hakim di sebuah mahkamah di sini, kemudian mengarahkan pemaju yang membina menara berkenaan membayar pampasan kepada penduduk.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Chen menerima pampasan paling tinggi apabila menerima bayaran 100,000 yuan (RM66,092).
Undang-undang di China mewajibkan semua bangunan kediaman di China mendapat cahaya matahari minimum dua jam setiap hari ketika musim sejuk.
Sejak menara 89 tingkat itu siap dibina pada 2010, ramai penduduk berhampiran mengadu bangunan berkenaan menghalang cahaya matahari. - Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
wah heibat...
sungguh la mesia pemaju boleh disaman oleh penduduk..silap2 kena halau je penduduk tu |
|
|
|
|
|
|
|
pelik bin ajaib |
|
|
|
|
|
|
|
sebab...
Undang-undang di China mewajibkan semua bangunan kediaman di China mendapat cahaya matahari minimum dua jam setiap hari ketika musim sejuk.
kalau kat sini pon ada law macam ni, boleh je kita nak saman... |
|
|
|
|
|
|
|
benda ni pon buat duit... kt malaysia kompem2 tak dapat nk saman |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia......tanah pun deme jual kat orang asing.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hak untuk mendapatkan cahaya matahari adalah hak bersama. |
|
|
|
|
|
|
|
China Darul Sunshine |
|
|
|
|
|
|
|
kt msia, rakyat kne saman, yg bayar kt pemaju |
|
|
|
|
|
|
|
apa tak bolehnya pulak. uols je yang tak tahu. banyak je kes naik mahkamah pemaju kalah.
boleh rujuk akta hak milik strata.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila tiba musim sejuk baru le manusia appreciate adanya cahaya matahari supaya dapat mengurangkan rasa beku seharian. Dah dapat pampasan boleh le pasang heater mereta rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan pemaju di malaysia ni tauke dier ahli politik...so undang2 pejam sebelah mata...so rakyat yg rugi...so, awatlah buduh sangat rakyat malaysia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80: China Darul Sunshine
haha..darul sunshine |
|
|
|
|
|
|
|
dah undang-undang tu ada, boleh jek saman
Banyak kes penduduk saman pemaju, dan menang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, time winter klau dpt merasa sunlight sgt2 bersyukur especially yg duduk kat artic cicle. Pernah stay kat umea masa winter dpt sunlight dlm 4 jam je sehari. Bayangkan 18 jam bergelap. Sgt stress, lonely. Nasib baik ada kawan. |
|
|
|
|
|
|
|
tanah rizab melayu jual pd org cina..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|