CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: GhostWalking

[Tempatan] Muhyiddin: Sons of Johor will never back down

[Copy link]
Post time 4-12-2015 06:00 PM | Show all posts
bagus wak jidin lawan jangan tak lawan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 07:16 PM | Show all posts
abas8888 replied at 4-12-2015 05:29 PM
projek tu dpt sokongan orang kementerian? ..kalau projek syok sendiri memang kena cantas le..mente ...

Ko tahu, kenapa Singapura BERJAYA....................???????
Mereka takkan MEMBAZIRKAN BERATUS JUTA DOLLAR MENCANTAS
PROJEK PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG TERDAHULU semata-mata kerana EGO.
Semua projek diteruskan walaupun PMnya berganti.
TIADA PEMBAZIRAN walau sesen pun.
Mereka tak meletakkan EGO mengatasi kepentingan negara.
Malaysia lain, tukar menteri, semua projek terus dibatalkan.
Menteri baru buat projek baru nak UPKAN EGONYA.
Langsung tak kisah membazirkan duit rakyat.
Apa tah lagi kalau PEMBANGKANG GANTI.
Terus cantas segala-galanya walaupun projek yang kena cantas itu baik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Podah la wak yidin.... tun pun dah fedup dgn dia... sekali berbunyi.. pastu diam membisu lama... cucuk sikit, melompat sekali.. pastu diam..sekali melompat... najib tepek file, diam semula...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak yidin tak merasa duduk di balik tirai besi...cakap mmng berapi...berdegar2...ce try sebulan,setahun di sg buloh....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pigidah wakdin .... Masa dlm kabinet ada kuasa dan sokongan suh lawan, suh kudeta, ko setia, menikus, hang tuah konon... Peluang kau masa tu dah cerah kot... Sokongan akar umbi, sokongan kabinet...  Just gunakan gerakan yg sama je masa mahadeath buat kat tun hussien... Ko diam, slow... Last2 Jibby dgn nasihat suaminya cantas ko dulu... Sekelip mata.  Rasain la.  Lagi nk gebang pahlawan johore konon.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak mula berharap pada wak yidin gak atas saranan tun... lepas tu cakap takder yg bersih dah dalam umno sekarang dan tgk tun putus asa... u are not truly leader...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2015 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 4-12-2015 01:34 PM
Manalah aku tahu SIAPA MEREKA.
Tapi aku rasa, kebanyakannya tu cuma pengundi layman macam KITA.
...

Dah baca ke akta baru tu.. aku tak sokong Najib ka YEMNO ke tapi jgnla semborono bagi statement sis
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 08:08 AM | Show all posts
Muhyiddin: Sejarah buktikan anak Melayu Johor pantang berundur


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memetik kebangkitan orang Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946, yang turut membawa kepada penubuhan Umno, dan mengisytiharkan bahawa anak Melayu Johor pantang berundur.

Seorang anak Melayu Johor, Muhyiddin menggunakan contoh tersebut ketika meminta maklum balas mengenai apakah mesej yang wajar beliau sampaikan di perhimpunan agung (AGM) Umno minggu depan, seandainya berpeluang untuk berucap.

Melalui Facebook, Muhyiddin menyiarkan gambar Harold McMichael yang berlatar belakangkan anak-anak Melayu Johor yang menentang Malayan Union, ketika dia dipanggil mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, di Johor Bahru pada tahun 1946.

"Dapat dilihat di dalam gambar ini anak Melayu Johor yang menentang penubuhan Malayan Union kerana percaya bahawa masa depan negara ini harus bebas daripada kongkongan dan campurtangan asing.

"Sejarah membuktikan anak Johor pantang berundur mempertahankan kedaulatan tanah tumpah darah mereka.

"Sebagaimana yang tertulis dalam sejarah, Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Baharu. Saya telah menjadi ahli Umno sejak 45 tahun yang lalu," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau menerima banyak permintaan daripada akar umbi supaya menyampaikan sedikit amanat sempena perhimpunan agung Umno 2015 yang menurutnya, merupakan satu perhimpunan penting bagi Umno.

Ini walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang juga presiden Umno, mengumumkan minggu lalu bahawa Muhyiddin tidak akan merasmikan AGM Wanita, Pemuda dan Puteri.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata keputusan sama ada Muhyiddin akan berucap di sesi penggulungan akan diputuskan dalam Majlis Tertinggi khas Umno pada 9 Disember ini.

"Seandainya saya berpeluang untuk berucap, apakah perkara-perkara penting yang anda fikirkan wajar saya sampaikan kepada para perwakilan dan pemimpin Umno?" tanya Muhyiddin di Facebook.

Antara jawapan daripada warga maya adalah mereka menyeru Najib meletak jawatan dan mengadu mengenai kos sara hidup yang meningkat, manakala yang lain memberi kata-kata perangsang kepada Muhyiddin.

Julai lalu, Muhyiddin digugurkan daripada kabinet bersama dengan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, ekoran pendirian kritikal mereka terhadap pengendalian isu 1MDB oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2015 09:23 AM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 5-12-2015 09:52 AM
dockers replied at 5-12-2015 12:02 AM
Dah baca ke akta baru tu.. aku tak sokong Najib ka YEMNO ke tapi jgnla semborono bagi statement si ...

Bukan SEMBORONO la dik. Cer ko masok blog-blog politik macam
blog Zaid Ibrahim, A Kadir Jasin, Jebatmustdie, etc semuanya bercakap
pasal Akta KESELAMATAN ciptaan Najib ni. Nah aku tepek apa A.Kadir Jasin kata;

      Dengan mewujudkan sebuah akta agong (super act) untuk MKN, anggotanya akan
memperolehi kuasa yang sangat luas sehingga boleh mengancam kebebasan sivil
seperti yang termaktub  dalam Perlembagaan.
       Demikianlah antara jawapan saya kepada soalan yang dikemukakan oleh pemberita
sebuah portal berita bukan arus perdana mengenai cadangan akta itu.
Kalau tujuan akta ini adalah untuk memberikan kuasa yang lebih luas kepada pasukan
keselamatan dalam menangani ancaman luar, keganasan bersenjata atau situasi darurat
(macam serangan ke atas Sabah pada tahun 2013) negara kita sudah pun mempunyai
undang-undang dan peraturan yang cukup.
         Kita pernah melalui darurat komunis selama 12 tahun (1948-60) dan rusuhan kaum

13 Mei, 1969. Kita wujudkan undang-undang khas seperti Ordinan Darurat dan Akta
Keselamatan Dalam Negeri bagi menanganinya.
         Tetapi Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng

Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, sendiri yang memansuhkan undang-undang ini atas
nama transformasi dan liberalisasi.
         Perdana Menteri tentu mengharap dan menjangkakan sokongan padu Ahli Dewan
Rakyat Barisan Nasional.Tetapi sebelum bertindak mengiakan rang undang-undang itu,
mereka patut memikirkan kemungkinan undang-undang yang mereka wujudkan itu digunakan
ke atas mereka sekiranya BN kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ramalan
dan konsensus umum mengatakan BN akan kalah dalam PRU akan datang jika Mohd Najib
terus menerajui kerajaan dan BN.
           Seandainya itu berlaku, kerajaan yang menggantikan BN mempunyai alasan kuat
menggunakan akta ciptaan BN itu untuk menyiasat, menangkap dan membicarakan
anggota kerajaan yang ada sekarang.Mereka juga pasti menyiasat ketua-ketua aparatus
kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara, Peguam Negara,
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah
Rasuah Malaysia, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Gabenor Bank Negara serta
aparacik Umno seperti Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Setiausaha Kerja
sebagai orang yang disyaki atau saksi.
              Selepas itu, kerajaan baru nanti (bukan BN) sama ada meminda atau memansuhkan
akta itu supaya tidak dituduh meneruskan undang-undang kejam kerajaan BN.
Hatta kalau BN kekal sekali pun, asalkan Mohd Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri,
anggota kerajaan beliau serta kakitangan awam yang melakukan kesalahan atau
bersubahat tetap akan berasa padah persekongkolan mereka.
             Sejarah padat dengan contoh ketua negara atau ketua kerajaan yang kalah pilihan raya
atau digulingkan dalam rampasan kuasa, menderita padah yang sangat buruk.Sejarah
padat dengan contoh ketua negara atau ketua kerajaan yang kalah pilihan raya atau
digulingkan dalam rampasan kuasa, menderita padah yang sangat buruk.
Tetapi nasib mereka tidak seburuk pegawai awam yang kerap dijadikan kambing korban.
            Ketua Negara atau ketua kerajaan yang hilang kuasa boleh menggunakan kekebalan
(immunity) untuk mengelak daripada dipenjarakan, tetapi ada pegawai awam yang
dihukum mati atau meringkuk dalam penjara.

            Paling baru dan diketahui umum adalah perbicaraan bekas Presiden Mesir, Hosni
Mubarak, dan anak-anaknya atas tuduhan melakukan pembunuhan, rasuah dan
mensabotaj ekonomi. Turut dihadapkan ke mahkamah adalah Menteri Dalam Negeri
dan pegawai-pegawai kanan polis.

            Jadi Ahli Parlimen BN janganlah seronok sangat meluluskan rang undang-undang itu
seolah-olah mereka menongkat langit manakala aparatus awam dan aparacik Umno
perlulah sedar bahawa apabila pokok tempat mereka bergayut tumbang, merekalah
yang paling teruk terhempap
.


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 5-12-2015 09:23 AM
Bukan SEMBORONO la dik. Cer ko masok blog-blog politik macam
blog Zaid Ibrahim, A Kadir Jasin, Je ...

Baca betul2 ye sis, ANGGOTANYA bukan maksud individual. Pls read the act..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 10:21 AM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 5-12-2015 10:23 AM
dockers replied at 5-12-2015 10:13 AM
Baca betul2 ye sis, ANGGOTANYA bukan maksud individual. Pls read the act..

Tak payahlah awak nak tekankan pada ANGGOTANYA.......
BILL INI lebih kejam daripada ISA.
Awak tunggu jah ye, tak payah nak defensive sangat pasal
wording ANGGOTANYA. Kita tengok, apa jadi nanti.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2015 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya benda ni bukan pasal wak yidin dah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:04 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 4-12-2015 07:16 PM
Ko tahu, kenapa Singapura BERJAYA....................???????
Mereka takkan MEMBAZIRKAN BERATUS JU ...

projek yg membazir duit rakyat memang patut dicantas..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:31 AM | Show all posts

memalukan jdt punyai
pemimpin korup seperti MY


malang amat malang
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:09 PM | Show all posts
yidin bukan jawa la...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:16 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 4-12-2015 01:25 PM
geng2 politik ramai tak dalam 200k tu nat?

kalu pulis wat rodblok, mungkin 190k matrempit dari
sejumlah 200k tu tak berjaya hadir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.057570 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list