|
IS jana pendapatan hampir RM340j sebulan
BEIRUT: Kumpulan militan IS meraih pendapatan AS$80 juta (RM339.76 juta) sebulan ketika ini, kebanyakannya daripada cukai dan rampasan. Bagaimanapun, kumpulan pengganas dunia itu ketika ini dikatakan bergelut dengan masalah kewangan akibat serangan yang mensasarkan infrastruktur minyak kawasan yang dikawalnya. Dalam satu laporan baharu,
Pemantau Konflik IHS berkata, tidak seperti kumpulan Al-Qaeda, IS tidak bergantung kepada sumbangan dana asing kerana ia meraih pendapatan daripada kawasan yang ditawan, iaitu sebahagian besar wilayah di Syria dan Iraq. Menggunakan maklumat risikan terbuka, termasuk media sosial dan sumber dalam negara konflik, IHS berkata, hampir separuh pendapatan IS datang daripada cukai dan rampasan.
IS mengenakan caj 20 peratus ke atas semua perkhidmatan, manakala kira-kira 43 peratus pendapatan adalah daripada jualan minyak dan bakinya daripada penyeludupan dadah, jualan tenaga elektrik serta derma. "IS mengawal negara, jadi mereka mengenakan cukai ke atas penduduk, merampas hartanah, meraih pendapatan daripada perniagaan milik kerajaan serta hasil minyak dan gas. "Kumpulan pengganas lain tidak mempunyai kemampuan ini," kata penganalisis kanan IHS, Columb Strack, yang berpangkalan di London. IS mengawal sebahagian besar kawasan di Syria dan Iraq tahun lalu, mengisytiharkan kerajaan Kalifah sendiri dan melaksanakan kekejaman meluas. - AFP KUMPULAN militan IS meraih pendapatan AS$80 juta (RM339.76 juta) sebulan ketika ini, kebanyakannya daripada cukai dan rampasan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/103000
|
|