CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5336|Reply: 13

Gagal Sertai Mentor Legend Bukan Alasan Mal Imran Mengaku Kalah

[Copy link]
Post time 13-12-2015 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Gagal Sertai Mentor Legend Bukan Alasan Mal Imran Mengaku Kalah
[size=0.688em]Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 4:30 AM


[size=0.75em]Mal Imran syukur lagu barunya Cinta Sukar Ditafsirkan mendapat tempat di hati peminat. Foto YAP CHEE HONG

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Kegagalan menyertai program Mentor Legend tahun lalu tidak pernah membuatkan penyanyi baharu Mal Imran putus harapan untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang penyanyi profesional.

Mal atau nama sebenarnya Mohamad Akmal Imran, 24, berkata, dia turut bersyukur apabila mentornya, Ajai memberi peluang merakamkan lagu baharu berjudul Cinta Sukar Ditafsirkan.

"Selepas gagal menjadi finalis Mentor, Ajai berkata dia akan bantu saya untuk memulakan langkah dalam industri muzik tempatan.

"Alhamdulllah, tidak lama selepas itu, Ajai memberikan saya lagu Cinta Sukar Ditafsirkandan saya terus membuat rakaman selepas membuat beberapa latihan," katanya kepadamStar Online.




[size=0.75em]Mal Imran

Mal merupakan protege Ajai bersama seorang lagi peserta Fahmi pada pertandingan Mentor Legendyang berlangsung pada tahun lalu menerusi TV3.

Bagaimanapaun anak kelahiran Kuching, Sarawak itu gagal menjadi finalis program tersebut selepas kalah dengan Fahmi pada sesi battle Mentor Legend.

Sementara itu, Mal yang kini dibawah naungan CQ Music Malaysia berkata, dia juga bersyukur lagu baharu yang diciptakan sepenuhnya oleh Ajai turut berada di carta-carta lagu popular untuk beberapa stesen radio.

Setakat ini, lagu Cinta Sukar Ditafsirkan telah mendapat sebanyak 103,636 jumlah tontonan di Youtube.

"Lagu Cinta Sukar Ditafsirkan telah di hantar kepada radio pada enam bulan lalu dan Alhamdulillah, ia terus mendapat di hati peminat.

"Saya pun tidak sangka lagu ini mendapat respons yang sangat baik. Apatah lagi walaupun belum ada klip video, lagu di Youtube turut ditonton ramai orang," ujarnya.

GOSIPNYA : OH...INILAH PENYANYI NYA...BIASA DENGAR LAGU HEOLS KAT RADIO.. ADAKAH HEOLS NI BAKAL NOMINASI FIGURA CARI 2016 BAIDEWEI... LAGU CIPTAAN AJAI ADA EVOLUSI NAMPAKNYA..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2015 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka beliau macam zara zya versi drag.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2015 05:01 PM | Show all posts
putehkundor replied at 13-12-2015 04:51 PM
Muka beliau macam zara zya versi drag.

Hahaha...gelak Dato Vida
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2015 05:01 PM | Show all posts
Oh ya... inilah lagunya.



Ok x? Ke klise??
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2015 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Fahmina pilihan Ajai ke mana chuols? masa muzik2 hari tu ada tercalon tapi lagu sampah sgt.

Wawa kerepek af2014 pun gigih masuk audition

Mungkinkah sheols is another Shiha?

Cc: @sepitsiput @beta_carotene @elamor

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2015 07:25 PM | Show all posts
af_mania replied at 13-12-2015 06:45 PM
Fahmina pilihan Ajai ke mana chuols? masa muzik2 hari tu ada tercalon tapi lagu sampah sgt.

Wawa  ...

wow, masuk mentor plak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2015 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg masuk mentor sendu smua kan..yg sang juara tu trying too hard nk bejet2 lagu mcm anwar zain.baju pn memanjang suit blazer... yg x terpilih plak popular twrmasuk si Sandra yg nyanyi lagu Hey Kau...best lagu tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2015 11:44 PM | Show all posts
juara pun xde rejeki sangat kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2015 03:26 PM | Show all posts
mentor ni program plg pelik aku rase..
mane2 yg p final semua sendu..
mal ni ok, sandra ok..
lagu depa sedap..
yg sarah ntah pape ntah lagunye..
aina ngn si azmil trs beku ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
caplimau replied at 14-12-2015 03:26 PM
mentor ni program plg pelik aku rase..
mane2 yg p final semua sendu..
mal ni ok, sandra ok..

Rsnya zaman skrg di Malaysia org nak lagu2 yg catchy and bole sing along berbanding nk tgk power house vocalists menjerit smp tercabut anak tekak. Aiols tgk Maya Karin bijak observe market skrg sbb tu singles sheols suma yg jenis easy listening. Sesuai dgn kemantapan vokal sheols. (Mantap ke?)
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 03:40 PM | Show all posts
haram aku tak kenal berok mak yeh ni...tup tup kuar paper
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 03:48 PM | Show all posts
scrocth replied at 14-12-2015 03:33 PM
Rsnya zaman skrg di Malaysia org nak lagu2 yg catchy and bole sing along berbanding nk tgk power h ...

yup easy listening song..
mcm sorry2 sygku i love u.. hehhehehehehe
anak aku pun pandai nyanyi lagu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2016 04:43 PM | Show all posts
die ni rupanya nyanyi..slalu main kt sinarfm

not bad gak lagu ajai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2016 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ajai can be considered evergreen juga lagu2nya..sbb masih relevan tahun 2010-an.

Sayang lagu Aduh nyanyian heols x dipush betul2. In fact Mana Mungkin pun berkualiti dari segi KOMPOSISI.

Ajai ni x pernah menang AJL sebagai komposer jah. Sbagai penyanyi pernah dgn Nurul...lagu Keliru yg memang mengelirukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.238429 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list