CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 21-10-2016 12:14 PM | Show all posts
way too amazing damm.. keep it up.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2016 02:50 PM | Show all posts
abam dam... kite suke thread abam dam.. kipidap dongibab..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mamaezah replied at 13-7-2016 03:40 PM
dah email tau

mama nk jugak story tu, pls email endyscenes@gmail.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2016 05:53 PM | Show all posts
Kisah 28: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Pekan Koboi

Ada tiga perkara yang mewarnai tahun-tahun pertama aku semasa di universiti; gigs underground, MLM dan fotografi. Bebudak kampus masa tu kalau nak cool kena terlibat at least dalam salah satu. Tahun 2002-2003, demam fotografi melanda dengan kedatangan DSLR dan ramailah sanggup berkorban duit PTPTN nak beli DSLR harga sekitar 3 ribu ringgit. Housemate aku masa tahun kedua, Bond adalah salah seorang yang terjebak dalam dunia fotografi ni.

Sebagai seorang "fotografer" sudah tentu Bond dambakan DSLR. Tetapi harga sebiji DSLR yang sama dengan gaji sebulan orang bekerja tak dapat dijustifikasikan oleh Bond. Mujurlah ada alternatif murah dalam culture photography yang boleh Bond join iaitu Lomografi. Long story short, berbekalkan kamera mainan harga ratusan ringgit, Bond berjaya menjadi sebahagian dari budak-budak cool dengan penglibatannya dalam pergerakan seni lomografi.

Sebagai seorang lomografer, Bond aktif menyertai photowalk dan juga sesi-sesi "ngopi" bersama rakan-rakan lomografernya. Dari hanya mengambil gambar sekitar KL, Bond and the flock mula rewang jauh sikit pergi Ipoh, Melaka dan Penang.

Lama-lama Bond mula bosan dengan bandar-bandar besar ni. Dia mula bermain dengan idea untuk lebih adventerous dengan buat sesi photowalk di pekan-pekan koboi. Idea dilontarkan di forum dan ramailah yang berminat nak join. Setelah berbincang-bincang, mereka sepakat untuk photowalking di sebuah pekan koboi di negeri Perak.

Orang Perak tahulah kot pekan mana yang dimaksudkan. Terletak di jalan dalam menuju ke Ipoh, pekan dua deretan kedai mengapit jalan utama ini boleh dikatakan meriah semasa Jalan Persekutuan I menjadi laluan utama semenanjung Malaysia . Namun selepas kemunculan lebuhraya Utara-Selatan, ramai peniaga pekan koboi tersebut gulung tikar kerana perpindahan trafik ke sana. Akhirnya, deretan kedai yang dibina zaman kolonial British terbiar dimakan zaman.

Bond mengetuai konvoi 3 kereta Kancil dengan bantuan fellow lomografer berasal dari Ipoh. Di era takda smartphone dan GPS ni, terpaksalah mengharapkan orang yang tahu jalan. Itu pun sampai sesat-sesat. Setelah berjam-jam cuba cari the elusive abandoned town, mereka tiba sekitar pukul 2 petang.

Kata Bond, pekan tersebut memang ultimate pekan koboi. Satu deret cuma ada dua-tiga kedai beroperasi, salah satunya Bond ingat ialah kedai gunting rambut macha. Lagi dua rasanya macam tempat jual beli getah sekerap. Deret lagi satu memang abandoned habis. Mereka berjalan di bawah archway deretan kedai sambil ambil gambar sana-sini. Akar-akar kayu berselirat di tembok-tembok batu dan pokok-pokok tumpang yang tumbuh merata dalam ruangan kedai menambah creepiness tempat tersebut.

Hari semakin petang dan masing-masing dah puas ambil gambar. Plan nak singgah Kellie's Castle dalam perjalanan pulang terpaksa dibatalkan kerana dah pukul 6 petang. Tengah siap-siap nak balik KL, timbul kekecohan.

Azima hilang.

Satu-satunya peserta wanita itu tidak dapat dikesan setelah pergi mencari toilet sendirian. Puas mereka cari keliling deretan-deretan kedai tersebut tapi gagal menemui Azima. Bond sebagai ketua delegasi sudah tentulah orang yang paling panik kerana kalau jadi apa-apa pada Azima, dia yang bertanggungjawab.

Bond masuk ke dalam kedai gunting rambut ane di salah satu deret kedai. Mana lah tahu, Azima ada tumpang kencing kat kedai ane tu ke sebab mana ada tempat lain dah.

"Takda, takda" Kata lelaki India apabila ditanya tentang gadis berketinggian 150cm++ rambut paras leher dan memakai kaca mata.

Belum sempat Bond keluar kedai gunting rambut dengan hampa, dia ditanya oleh uncle tersebut.

"Apa you orang buat sini?"

"Tangkap gambar je uncle" Jawab Bond sambil menayangkan kamera lomonya.

"Sini dangerous la.."

"Mana ada orang sini uncle" Balas Bond dengan sinis, malas dah nak layan ane tu.

"Sini tempat, orang bule hilang. Sini bukan tempat orang mau main-main, ini tempat ada penunggu tau"

Telan air liur Bond dengar statement ane si tukang gunting rambut. Jam dah menunjukkan pukul 7 petang. Nak tak nak, dia terpaksa called off the search party. Mereka menuju ke masjid berhampiran untuk solat Maghrib dan pada masa yang sama cuba minta tolong orang Tok Siak ke, Pak Imam ke.

Dipendekkan cerita, Bond berserta beberapa orang kampong tiba di deretan kedai tinggal. Kata Bond mereka berpecah dua kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh orang dari masjid tadi. Bond masih ingat kata-kata pakcik yang jadi chief search groupnya.

"Nanti jangan bising, tak payah panggil-panggil nama. Ikut je saye"

Group Bond start dekat deretan kedai yang totally abandoned manakala group lagi satu di deretan yang ada kedai gunting rambut. Dengan hanya lampu suluh dan cahaya bulan, Bond dan tiga lagi rakan mengikuti Pak Karim berjalan di area belakang deret kedai. Kalau siang pun tempat tu dah creepy, malam lagi bertambah-tambahlah creepiness nya.

Masa berjalan kat belakang tu Bond boleh dengar Pakcik Karim membaca-baca sesuatu. Setiap tingkap, pintu, lubang di deret kedai disuluh satu persatu.

Tiba-tiba laungan Allahuakbar kedengaran sayup. Bergegas group Bond menuju ke group lagi satu. Sampai disana Bond lihat rakan-rakannya mengelilingi dan menyuluh ke arah sebatang pokok.

Rakan Pak Karim menyuluh tinggi torchlightnya ke rimbunan daun-daun pokok yang tebal.

"DENGAN NAMA ALLAH S.W.T AKU ARAHKAN KAU PULANGKAN GADIS YANG KAU CULIK!!" Jerkah rakan Pak Karim.

Berkali-kali Pak Karim dan rakannya menggertak pokok di hadapan mereka sambil lihat ke atas. Desiran daun-daun kedengaran. Bond tahu ada sesuatu di pokok kerana takda angin masa itu. Terdengar riukan dahan-dahan dan sekujur tubuh jatuh tersembam ke tanah di bawah pokok.

"JANGAN RAPAT! JANGAN PERGI DEKAT!" Laung Pak Karim pada Bond dan rakan-rakan.

Bond confirmed itu adalah Azima. Perasaannya berbaur lega dan risau. Lega kerana Azima dah ditemui tapi risau kerana dia terbaring tak bergerak-gerak sejak jatuh tadi. Dibuatnya patah leher ke apa budak tu, memang masakla si Bond.

Pak Karim perlahan-lahan menghampiri Azima yang terbaring di bawah pokok. Kata Bond lagi, rakan Pak Karim menyusul kemudian dan meninjau-ninjau dari bawah pokok.

"PERGI JAUH! PERGI JAUHHHH!" Arahan keras Pak Karim membuatkan Bond dan yang lain berundur 10 meter ke belakang.

Rakan Pak Karim menghayun kayu sebesar lengan ke belakang dan melempar sekuat hati ke salah satu spot di pokok. Sebaik dahan kayu mengena sasaran, tubuh Azima segera diseret menjauhi pokok.

Menurut Bond, dia dengar bunyi "wooop!, wooop!, wooop!" dari atas pokok. Macam bunyi binatang, dia ingatkan binatang. Macam tak percaya si Bond apabila makhluk berjubah putih berambut panjang berdiri tegak atas puncak pokok. Istighfar kedengaran berulang-ulang kali di belakangnya. Selama ni Bond skeptik dengan hantu, kali ni depan mata dia tengok pontianak.

Tak sampai seminit penampakan, sepantas kilat makhluk atas pokok meloncat ke dalam kegelapan malam. Azima yang tak sedarkan diri dibawa ke masjid. Setelah disahkan takda 'benda-benda halus' melekat, dia di bawa ke hospital besar Ipoh.

Azima cerita, bukan dia nak cari toilet tapi nak cari pipe untuk cuci tangan sebab melekit. Masa dia tengah dok mencari tu ternampak dua budak kecil bermain-main kat belakang deretan kedai. Sebab budak-budak tu nampak macam orang, dan siang lagipun dia takdala suspek anything sinister. Konon-konon nak tangkap la gambar bebudak tu tengah. Nak ambil gambar je lari budak dua orang tu, follow punya follow sampai lah ke pokok besar. Tak tahu kenapa dia tertarik betul nak usha pokok tersebut. Tengah tinjau-tinjau dari bawah, terkejut dia nampak ada perempuan tua rambut mengerbang sedang bertenggek kat atas satu dahan pokok. "Perempuan tua" tu sempat senyum sebelum melompat ke arah Azima. Lepas tu dia tak ingat apa-apa, sedar-sedar dah kat hospital.

Disebabkan jatuh tu lah, Azima dislocated her shoulder. Selepas trip tersebut group tu macam dah mati. Azima awal-awal dah tarik diri. Diikuti dengan yang lain. Last-last tinggal Bond dan dua orang lagi. Lomo pun dah tak in-fashion lagi lepas sorang, sorang beli DSLR.

Akhirnya selepas 3 tahun, Bond stop main lomo. Dia start berjinak-jinak dengan MLM Omega Trend pulak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 21-10-2016 04:53 PM
Kisah 28: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Pekan Koboi

Ada tiga perkara yang mewarnai tahun-tahun ...

Pekan apa ek ?....
Gopeng ke?

Omega Trend tu MLM glamour time tu.. tapi hanya mengkayakan orang atas saja.  
Samalah dgn Uptrend ....

Speku, budak2 yg sedang bermain tu sebenarnya tak wujud pun..so, mereka bawa si Azima ni ke pokok besar tu...

Rasanya Azima pun tak sedar yg perempuan tu adalah cik pon
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2016 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm prnh lalu je ...xslp tu jjln lm Ade deretan kedai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2016 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 20-10-2016 09:07 AM
citer beruk sekeluarga tu, teringat citer kat karak, suami kena makan dgn something mcm beruk kat at ...

X yah tunggu tgh malam, ptg2 pun pernah..
Tgh syok2 tnggu citer kartun, tup2 jadik hitam putih mcm biasa bila dah abis siaran tu.. Elok jer lpas 4 ke 5 minit, kluor pulak wayang org tgh beromen sakan..
Memandangkan Masa tu masih budak2 x reti apa, terpekik2 ler manggil mak kt dapur nk tnya dlm tv tu dorang tgh buat apa.. Merah padam muka mak tutup tv ngan badan dia sbb x nak bagi aku nengok..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2016 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai gunting rambut macha tu sampai skrg ada lagi.

Pekan ni mati sebab jalan dibesarkan jadi dua lorong tanpa bahu jalan. Lecturer dulu pernah suruh buat thesis pasal area ni.

Anyway dam, cara u cerita macam nami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2016 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
update la story
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2016 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
update la story
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 09:51 AM | Show all posts
imthegirl replied at 22-10-2016 04:07 PM
Kedai gunting rambut macha tu sampai skrg ada lagi.

Pekan ni mati sebab jalan dibesarkan jadi du ...

pekan ape tu chuolss.. nk gugel

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Pekan lama gini mmang angker..
Bangunan lama dari zaman kolonial pun ada duk elok lagi, cuma dah suram muram dgn cat lusuh dn berlumut...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 19-10-2016 04:50 PM
macam tak kena je tajuk melankolik..
melankolik tu kan kemurungan dan kesedihan.
elok taruk taju ...

Sakan naa hangpa punya tajuk
Tolong karang novel dgn tajuk tu

Jgn pulak keluaq tajuk
'Abam Lori, suamiku encik sado'

No no no
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
JulietTheOrange replied at 23-10-2016 09:51 AM
pekan ape tu chuolss.. nk gugel

Kg Kepayang

Sebenar nya kat Perak memang banyak deret deret rumah kedai era 1900 yang terbiar. Sayang. Kat Temoh, Kampar contoh nya. Tapi yang Kg Kepayang ni glemer sebab dia di laluan nak menghala ke Ipoh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh takpe ke reveal nama tempat tu bangdam?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 01:22 PM | Show all posts
imthegirl replied at 23-10-2016 12:54 PM
Kg Kepayang

Sebenar nya kat Perak memang banyak deret deret rumah kedai era 1900 yang terbiar.  ...

mekasihh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2016 01:23 PM | Show all posts
terus gugel.. ha ah la memang seram.. huuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 04:36 PM | Show all posts
Mokcun replied at 23-10-2016 09:22 AM
Sakan naa hangpa punya tajuk  
Tolong karang novel dgn tajuk tu



tak sior teman nak bubuh tajuk ghuper gitu mokcun oi

anyway, kampung kepayang ke??? ingatkan gopeng...
kalau kampung kepayang tu, memang seram, bangunan tinggal tu..
pernah lalu sekali je....nak ke bandar ipoh..ni dari simpang pulai..




Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nostalgic kg kepayang ni. Selalu jugak pergi masa budak2 dulu.

Thanks damm, keep 'em coming!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 10:35 AM | Show all posts
imthegirl replied at 22-10-2016 04:07 PM
Kedai gunting rambut macha tu sampai skrg ada lagi.

Pekan ni mati sebab jalan dibesarkan jadi du ...

maaf nak tanya apa maksud tanpa bahu jalan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.191409 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list