CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 28-10-2016 11:35 AM | Show all posts
hehehe aine suka kalu cite tentang spital ni
lagi dammm mesti banyak tu
hehehe kes buka lif toing toing kuar ada tak ayah pernah alami?
atau masuk lif sekali dgn keranda berisi mayat
elok je dia main ketuk2 keranda tu
lif turun setingkat rasa lama giler
nak pinsan aine dalam lif tu nasib PK ada 2 orang
keluar lif rasa songket tempurung tercabut hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2016 01:07 PM | Show all posts
dammerung replied at 26-10-2016 05:48 PM
Kisah 29: Seleksi Cerita Pendek Terpilih Dua Bahagian - Memoir Seorang Pekerja Hospital (Bahagian I) ...

wah seramnya.. aku keje hosp pun ketaq lutut nak lalu bilik mayat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sgt respect Kat petugas2 hospital. Sbb berani..zaman2 abis spm dulu, ada dpt tawaran belajar utk jadik nurse. X pikir panjang terus tolak..sbb aku jenis cepat geli ngan muntah, tgk darah melambak2 boleh pitam..x masuk lg bab2 hantu segala..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
terkesan dengan crta mat rempit dan rokok..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
story la lg story la lg
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 11:17 PM | Show all posts
amirezu replied at 27-10-2016 12:36 AM
Pernah tengok gambar mat rempit terputus dua pastu mintak rokok sebelum meninggal ni. Masa keje ka ...

Betul.
Zaman nokia selalu ada video ni viral.
Bluetooth ngn member2.
Video rare.



Kes sama ke @dammerung?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2016 02:35 AM | Show all posts
Jajabeans replied at 27-10-2016 11:02 AM
haaa.. aku baru nak cakap benda yang sama. penah tgk video yang mat rempit bdn dh separuh duk mint ...

A'a ye video pun ada. Tapi sampai part hisap rokok je pastu terus cut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2016 12:59 PM | Show all posts
kivio replied at 29-10-2016 11:17 PM
Betul.
Zaman nokia selalu ada video ni viral.
Bluetooth ngn member2.

kes ni jadi tahun 90an, zaman handphone belum wujud lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2016 02:23 PM | Show all posts
dammerung replied at 30-10-2016 12:59 PM
kes ni jadi tahun 90an, zaman handphone belum wujud lagi.

ouh ...
tapi aku rasa 90% readers here mesti penah tgk video tu kan..
maybe mat rempit dlm bideo tiru lagak ngeri predecessor tu hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 03:53 PM | Show all posts
aduhh.. sambung lah lagi dammmmmm...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 08:46 AM | Show all posts
aku stress nyaa menanti tuan tanah ni menghapdet cerita
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 12:53 PM | Show all posts
bang dammmm...mohon hapdet segera....stress ni nk tunggu,huhuhuhu.......
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
update story plzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 12:56 PM | Show all posts
Br jmpa thread ni..dulu lyn ilahkhatibrani..tp skrg ilah dh x update..terjumpa plak thread ni..dh mcm jd kemestian pulak bc thread ni hari-hari..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
SR di thread ni..harap ada cerita baru
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
hummmm xda update lagi ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2016 09:38 AM | Show all posts
adeiii dam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2016 09:49 AM | Show all posts
Kisah 30: Cerita Bersiri - Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Remaja-Remaja Lelaki di Kampong (Bahagian I)


Sulaiman berasal dari sebuah perkampongan Melayu di pantai barat semenanjung Malaysia. Dia menetap di kampong tersebut dari lahir sampailah berumur 15 tahun dimana Sulaiman menghabiskan dua tahun terakhir persekolahan di MRSM dan kemudian mendapat tawaran study kat oversea. Since meninggalkan kampong, Sulaiman tak pernah jejak kaki di kampong tersebut sehingga sekarang.

Keluarganya masih ada. Mak ayahnya masih hidup begitu juga dengan adik-beradiknya yang lain. Mak dan ayah masih di kampong sementara adik-adik yang lain (Sulaiman anak kedua) semua dah berhijrah dan seperti Sulaiman, tidak lagi pulang ke rumah. Hubungan mereka tidak bermasalah, Sulaiman masih berhubungan dengan mak ayah dan adik-beradik lain at least 2 kali setahun.

Mak ayah Sulaiman di kurniakan dengan 7 orang anak. Dia ada 4 orang adik perempuan dan adik lelaki bongsu selain abang sulung. Hairi, abang sulung Sulaiman merupakan samseng kampong. Tak perlu aku elaborate macam mana perangai samseng kampong ni sebab Hairi adalah typical archtype of neighborhood bully.

Hairi pernah bekerja --dipaksa bekerja--sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang sewaktu berumur 19 tahun. Ingatkan bila dah bekerja, selamat lah dari terus terjerumus dalam benda-benda tak berfaedah tapi malangnya lagi teruk jadinya. Hairi start berjudi. Mula-mula setakat main pakau kat pondok guard gamble seringgit, 10 ringgit tak pun rokok sekotak lepas tu upgrade berjudi kat kasino-kasino haram di pekan yang dimiliki oleh geng-geng kongsi gelap. Bila dah start main kat situ, stake pun makin besar lah. Duit gaji habis kat judi dan bila tak cukup, berhutang pula dengan bos kasino.

Kata Sulaiman abangnya berhutang hampir 10 ribu ringgit dan sampai kena belasah bagai. Terdesak punya pasal, Hairi pergi curi barang kilang. Beberapa kali dia buat akhirnya tertangkap. Hairi dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun. Macam-macam lah mak ayah Sulaiman ni ikhtiar untuk keluarkan si Hairi sampai bergolok bergadai akhirnya berjaya dibebaskan setelah setahun setengah merengkok dalam penjara.

Ingatkan bila dah masuk jail kira bertaubatlah, lagi teruk sebab kat dalam jail Hairi dah kenal lagi macam-macam samseng.

Menurut Sulaiman, abangnya Hairi bukan dari awal berperangai macam celaka. Ironinya Hairi semasa sekolah rendah adalah model student. Hairi merupakan kanak-kanak pintar. Budak lain masa tadika masih tak dapat eja nama sendiri, Hairi dah boleh baca suratkhabar. Dari darjah 1 sampai darjah 4, Hairi conquer spot nombor 1 dalam peperiksaan dan time sukan juga semua dia tapau sampai peringkat majlis sukan daerah. Setiap tahun juga dia jadi ketua kelas, ketua murid bagai.

Dia start jadi bermasalah bila masuk darjah 4. Baru sebulan masuk darjah 4 dah pandai hisap rokok, melawan guru, ponteng sekolah dan mencuri majalah kat kedai di pekan. Tak pernah dalam sejarah persekolahan Hairi dia dapat nombor bawah dari 5 setiap kali peperiksaan tapi masuk darjah 4, dapat kedudukan tercorot. Masuk darjah 5 semakin teruk dan masa darjah 6, UPSR cukup makan nak masuk sekolah menengah.

Hairi sempat belajar sampai form 2 je then dropped out.

Bunyi macam kisah tragik klise yang kita biasa dengar terjadi di kampong-kampong. But the thing is, kisah Hairi bukan kes terpencil. Boleh dikatakan SEMUA remaja lelaki di kampong Sulaiman mengalami masalah yang sama. I mean SEMUA. Kalau ada 20 orang budak lelaki berumur dari 10 ke atas di kampong tersebut, semua akan berubah seperti Hairi, tak kisahlah sebelum tu budak baik atau nakal.

To add to the mystery, bukan dah berkurun jadi macam ni. Semuanya bermula bila surau baru dibina di kampong tersebut. Surau asal ditinggalkan kerana lokasinya di tebing sungai semakin membahayakan kerana hakisan tanah tambahan pula terletak dihujung kampong jauh dari rumah-rumah penduduk. Belakang surau lama ada satu busut jantan gergasi setinggi lelaki dewasa. Macam mana dia bezakan busut jantan betina aku tak pasti tapi Sulaiman cerita time malam kalau tengok dari jauh, busut tersebut sebijik macam orang kerana puncaknya berbentuk kepala manusia. Asalnya tak macam tu, tapi masa bulan puasa, budak-budak main mercun paip kat busut masa solat tarawikh.

Pasal mercun paip tu pun ada tragedi juga sebab budak yang pacak mercun paip kat puncak busut tu berkecai tangan dek premature explosion. So jadilah bentuk kepala orang. In a way juga, lepas kes mercun buatan sendiri makan tuan tu, ada sesuatu melanda budak-budak kampong. Dulu takda kes dadah, lepas kes mercun tu ramai jadi mat pit, kalau dulu curi buah pun takda, lepas kes mercun dah ada budak kampong kena tembak merompak kedai emas kat bandar.

Ada usaha untuk mengenalpasti punca kenapa budak-budak lelaki kampong berubah oleh JKKK kampong tapi semua menyalahkan pengaruh TV kerana zaman tu banyak lambakan siri TV dan filem barat (zaman sebelum tapisan content TV dikuatkuasakan). Bila difikirkan semula, nak kata salah TV tak juga kerana budak-budak tu bukan jenis lekat kat rumah.

Pemandangan kereta polis masuk kampong pun dah dianggap biasa kerana hampir setiap bulan at least sekali lah polis akan masuk kampong nak tangkap orang. Pencarian punca beralih ke sekolah di pekan kerana hanya disitu ada sekolah menengah. Tapi effort tersebut backfired kerana budak-budak jahat kat sekolah tersebut semua berasal dari kampong Sulaiman ni, pelajar-pelajar dari kampong lain takde pun jadi samseng kat sekolah.

Jadi semua melihat kepada Ketua Kampong dan Tok Imam sebagai ketua komuniti untuk solusi. Kedua dari mereka ni pun give-up kerana anak-anak mereka sendiri terjebak dengan masalah melanda anak-anak muda kampong.

Sulaiman agak special kerana dia satu-satunya remaja lelaki di kampong untuk generasinya. Yang lain semua perempuan. Disebabkan itu mak ayahnya amat mengawal kehidupan Sulaiman kerana tak mahu dia jadi seperti abangnya. Sulaiman ketika itu darjah 3 dan seperti abangnya terdahulu, dia adalah model student.

Disebabkan masalah menimpa abangnya, mak dan ayah Sulaiman menyekat penglibatan dia dalam bidang sukan. Kehidupan Sulaiman semasa kanak-kanak hanya pergi dan balik sekolah saja. Petang hantar mengaji kat pekan dan pada musim cuti sekolah, jadualnya padat dengan tusyen dan sebagainya.

Namun begitu, naluri kanak-kanak untuk bermain memang kuat. Kadang-kadang dia merajuk sebab tak boleh keluar bermain tapi tak diendahkan oleh mak ayah. Bukan tak ada budak-budak kampong cuba ajaknya bermain, Sulaiman masih ingat ada satu masa dia tengah buat kerja sekolah dalam bilik, sekumpulan budak lelaki tua sedikit darinya berkumpul di bawah pokok rambutan laman rumah dan hanya memerhatikan dari jauh.

Mereka cuba ajak main tapi Sulaiman cuma menggeleng. Bila diingat semula, ada sesuatu yang creepy tentang budak-budak itu kata Sulaiman. Lepas Sulaiman bagi isyarat tak boleh bermain, those kids berdiri kat bawah pokok rambutan berjam-jam keras macam patung. Bila matahari dilindungi awan dan hari jadi mendung sikit, sumpah dia nampak mata budak-budak tu berkilau macam mata kucing.

Sekolah rendah Sulaiman terbahagi kepada dua. Darjah 1 sampai 3 di kompleks sekolah lama dan seberang jalan Darjah 4 sampai 6. Biasanya ayah dah stand-by seawal pukul 12 depan sekolah dengan Toyota Corolla antiknya untuk jemput Sulaiman. Ada satu hari, ayah terlewat jemput dan time tengah tunggu tu, Sulaiman didatangi sekumpulan budak-budak kampongnya yang darjah 4 hingga 6.

Kata Sulaiman, dia diajak bermain kat surau lama. Sejak ada surau baru, surau lama tu jadi terbiar. Budak-budak kampong buat jadi playhouse diaorang. Beria-ria bebudak tu ajak Sulaiman cakap best dapat terjun tiruk dalam sungai sampai dia naik terpengaruh. Sulaiman tahu ayah takkan benarkan sama sekali.

"Alaahh..ko curi-curik keluar lah" Pujuk salah seorang dari mereka.

Sebaik kereta ayah sampai semua cepat-cepat blah. Bila ayah tanya, Sulaiman tipu cakap itu kawan-kawan sekelas. Dalam perjalanan balik rumah Sulaiman asyik fikir pasal main kat surau lama. Dah lah nak main petang-petang tak boleh, nak main dengan kawan-kawan pun tak boleh so apa yang boleh?

Alasan tak pernah keluar bermain dengan rakan sebaya dijustifikasi kenapa dia boleh sneaked out main kat surau. Jarak surau lama dari rumah kalau jalan kaki adalah 20 minit. Nak naik basikal, basikal takde. Takpelah, hendak seribu daya.

Rutin harian Sulaiman, balik sekolah, salin pakaian, makan then buat kerja sekolah. Peluang dia nak curi-curi keluar dan balik rumah adalah dari pukul 2 sampai 4:30 petang sebab ayah dia pergi kerja. Time tengahari biasanya mak dia layan tido, so lepas check line clear apa semua, Sulaiman perlahan-lahan keluar ikut pintu dapur dan menuju ke surau lama.

On the way, dia bertembung dengan budak-budak yang ajak dia kat depan sekolah. Dia sama-sama bonceng basikal pergi ke surau lama. Sampai disana punyalah ramai orang. Well, takdalah ramai macam beratus tapi boleh dikatakan semua budak-budak lelaki kampong ada kat sana, dari yang darjah 1 sampailah yang budak-budak sekolah menengah.

Ada yang mandi-manda di sungai, ada yang melepak kat tangga, ada yang entah buat apa kat dalam surau, pendek kata meriahlah. Biasalah bila budak-budak dah jumpa geng, Sulaiman naik seronoklah. Tapi sebelum tu dia kena 'mengadap' this one guy nama Hamid.

Hamid macam leader lah kat situ. Rasa Sulaiman dalam form 3 ke form 5 lah dan of course dah dropped out.

"Ko adik Hairi kan?" Tanya Hamid sambil hembus-hembus asap rokok macam baru belajar merokok.

Sulaiman mengangguk.

"Ko nak main-main kat sini, kena mintak izin Agung"

Siapa pula Agung?

Sulaiman dibawa ke belakang surau oleh kawan-kawan barunya.

"Inilah Agung"

Kata Sulaiman dia tergelak tengok busut belakang surau lama tu dah dihias macam orang. Siap pakai baju t-shirt dengan topi barisan nasional lagi. Tiba-tiba dia kena tolak sampai terjatuh. Dia dah nak kena belasah tapi diselamatkan oleh budak-budak kat situ.

"Dia tak tahu" Kata salah seorang cuba memujuk.

Kata Sulaiman dia kena 'menyembah duli' busut tersebut sebelum menyertai group mereka --well this is not a joke--bernama "R.A.D" which stands for "Rapping American Death". Yeap, itu nama group budak-budak kat situ. Sulaiman sampai tergelak bila ingat balik part tu. Entah dari mana budak-budak tak habis sekolah tu boleh came up dengan nama tersebut, God knows.

Walaupun nama group tu gila mengarut tapi ritual yang Sulaiman harus buat is not a joke. Kata Sulaiman, dia kena berlutut depan busut tersebut dengan kedua belah tangan dirapatkan ke dahi dan baca mentera yang diajar oleh salah seorang right hand man Hamid bernama Sepol. Ada empat baris je mentera tersebut dan tak payahlah aku sebutkan kat sini.

Selepas tu kata Sulaiman, dia akan dicacah tatu pakai bucu pin baju yang dipanaskan pada kedua belah bahagian jari bawah cap ibu jari. Bahagian kiri tatu "R.A.D" dan kanan tatu salib terbalik.

Allah ada perancangan yang lebih baik untuk Sulaiman, dia diselamatkan oleh jirannya yang kebetulan melewati kawasan surau lama ketika pulang dari kebun. Pak Bakar, jiran sebelah rumah turun dari motor dan ugut Sulaiman kalau tak ikut balik, dia report ke ayah.

Apa yang mengejutkan Sulaiman, budak-budak kat situ mengeluarkan parang dan menuju ke arah Pak Bakar. Dia tengok Pak Bakar goyang jugak lah dengan bebudak dengan parang siap nak melibas.

"Aku balik dulu lah" Kata Sulaiman cemas. Kalau ayahnya tahu dia bermain-main kat situ memang mampos dia kena belasah.

"Tak boleh" Kata Sepol sambil pegang bahu Sulaiman.

"Sorilah. Aku kena balik la wei. Kena balik" Sulaiman menepis tangan Sepol lalu berlari ke arah Pak Bakar dan tanpa berkata apa terus duduk membonceng belakang motor. Kata Sulaiman, sepanjang balik bonceng belakang Pak Bakar tu boleh dengar jantung jiran dia berdegup kencang dengan nafas tersekat-sekat. Memang betul-betul panik Pak Bakar.

Sulaiman minta Pak Bakar merahsiakan perkara ini dari pengetahuan ayah. Pak Bakar tak cakap apa-apa cuma dia turunkan Sulaiman sekitar 20 meter dari rumah seperti diminta dan terus memecut laju pulang ke rumahnya.

Dua minggu selepas itu, kampong dikejutkan dengan berita kematian Pak Bakar dengan dua anak perempuannya. Kereta yang dipandu bertembung lori arah bertentangan di pekan ketika pulang dari menjemput anak-anak pulang sekolah.

Sulaiman masa tu dah tahu, apa yang menimpa Pak Bakar bukan kebetulan tapi mesti ada something to do dengan budak-budak kampong. Dia dah mula paranoid.

(Bersambung)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 10:13 AM | Show all posts
dammerung replied at 7-11-2016 09:49 AM
Kisah 30: Cerita Bersiri - Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Remaja-Remaja Lelaki di Kampong (Bahag ...

yahooo..            
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 11:40 AM | Show all posts
Aduh misterinya..cepat2 sambung ye damm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.478671 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list