CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2222|Reply: 17

[Tempatan] Catatan Badrul, 10.29 saat, KOM salahkan pegawai teknikal

[Copy link]
Post time 31-12-2015 08:37 AM | Show all posts |Read mode
PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim menempelak Persatuan Olahraga Brunei (BAA) kerana tidak peka terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

BAA didakwa tidak mengikut beberapa spesifikasi ditetapkan IAAF sewaktu menjadi penganjur acara olahraga Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) di Bandar Seri Begawan, Brunei bulan lepas antaranya meletakkan alat pe­ngukur angin di tempat yang tidak sepatutnya.

Justeru, rekod baharu 100 meter negara milik Badrul Hisyam Abdul Manap yang dilakukan sewaktu temasya tersebut berkemungkinan besar tidak sah kerana ia tidak mengikut peraturan ditetapkan IAAF.

Bagaimanapun Karim mendedahkan, pihaknya enggan terburu-buru membuat keputusan sama ada rekod itu dibatalkan atau sebaliknya selagi belum menerima laporan penuh daripada BAA berhubung perkara tersebut.

“KOM telah menghantar (e-mel) kepada mereka (3 Disember) dan Brunei telah pun membalasnya pada 28 Disember lalu. Brunei sudah berjanji (memberikan laporan penuh) selepas bermesyuarat de­ngan pihak ASG minggu ini.

E-MEL penjelasan BAA kepada KOM berhubung isu rekod baharu 100m yang dilakukan Badrul pada ASG di Brunei bulan lalu.

“KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) juga sebahagian daripada ASG tetapi mereka tidak memaklumkan apa-apa kepada kami. Kami akan memutuskannya pada mesyuarat ahli majlis seterusnya sebaik terima laporan penuh.

“Badrul tidak bersalah dalam hal ini dan saya berasa sangat kasihan terhadapnya disebabkan kesilapan bodoh dilakukan pegawai teknikal ASG,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sekiranya catatan Badrul, 10.29 saat di Brunei itu tidak sah kelak, bermakna rekod 100m kebangsaan akan kembali menjadi milik penyandang sebelum ini, Watson Nyambek yang memegangnya sejak 17 tahun lalu dengan masa 10.30s.

Sementara itu, Setiausaha Agung BAA, Siti Adia Tawang mengakui kesilapan daripada pihaknya dan keputusan sama ada mahu mengesahkan rekod 100m tersebut atau tidak sebenarnya terletak di tangan KOM.

“Alat pengukur angin diletakkan pada kedudukan yang betul iaitu 50m sebelum garisan penamat tetapi di lorong lapan, bukan bersebelahan lorong satu seperti ditetapkan IAAF. Itu kesalahan kami,” katanya menerusi e-mel maklum balas kepada KOM baru-baru ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2015 08:45 AM | Show all posts
menempelak...
buruk beno bunyinye..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 08:46 AM | Show all posts
Wah Zaman Watson Nyambek lagi record tu ye
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 08:47 AM | Show all posts
sayangnya. isu teknikal ni ptt kne peka sket.

good job badrul. see u in 2017
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 09:52 AM | Show all posts
budak ni ada masa depan cerah
masih awal lagi dan bukan dipuncak prestasi semasa catat rekod
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 09:56 AM | Show all posts
Banyak lagi peluang Badrul pecah rekod
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2015 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia mesti malu dan tertekan kalau rekod tak sah..ye la disambut kat airport macam wira,keluarga ditemubual sampai kat paper 2,3 page pasal dia saja..tapi aku yakin perkara ni akan buat dia lebih bersemangat nak pecah rekod
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 10:41 AM | Show all posts
Rileks la. baru umur 18 budak ni kan. ada lagi lebih 10 tahun dia dalam sukan ni. bnyk lagi masa yg dia ada. dia boleh buktikan. bagi peluang. tahun depan sukan sea dekat bumi malaysia sendiri. buktikan depan penyokong sendiri. anda pasti boleh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2015 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba lagi dik jangan putus asa
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 12:18 PM | Show all posts
KOAM ni desperate sangat ker nak update rekod rekod olahraga malaysia yang dah lama statik....

cari banyak banyak pelapis ler weeiiii....
baru satu jer prospect muncul ... bising sesangat....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 12:18 PM | Show all posts
Alat pengukur angin diletakkan pada kedudukan yang betul iaitu 50m sebelum garisan penamat tetapi di lorong lapan, bukan bersebelahan lorong satu seperti ditetapkan IAAF. Itu kesalahan kami

Then akan ada ralat ker dlm pembacaan halaju angin dgn kedudukan sedemikian???

Apapun catatan 10.27s pada umur Badrul Hisyam mmg sesuatu potensi yg sgt besar, Azmi Ibrahim ketika zaman kemuncak pun sekadar 10.48s dgn bantuan angi melebihi had yg dibenarkan di Lisbon dahulu

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 31-12-2015 12:18 PM
Alat pengukur angin diletakkan pada kedudukan yang betul iaitu 50m sebelum garisan penamat tetapi di ...


Badrul masih punya peluang yg tinggi utk pecahkn rekod 100m & 200m. Dia masih muda.

Catatan 10.29 yg dia buat tu pun blh dikatakan pada tahap yg blum sempurna teknik larian dia. Cara dia buat pelepasan dgn teknik angkat kaki masa brlari pun masih byk kelemahan.

KOAM mmg kne start guide badrul perbaiki teknik dia. Aku yakin dia blh jd lbh brjaya kalo asuhan btul. Taknak satu lg kes flop mcm nazmizan dulu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelari malaysia takat mana sangat boleh pergi..kebanyakan early peak..harapan palsu yang banyak..sama macam bola je
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 11:03 PM | Show all posts
bukannya 9.76s....ni pon nak gaduh2
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 11:07 PM | Show all posts
Badrul - bulan sudah gerhano
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
akukah replied at 31-12-2015 07:52 PM
Badrul masih punya peluang yg tinggi utk pecahkn rekod 100m & 200m. Dia masih muda.

Catatan 1 ...

Mmg dia punya harapan cerah nk pecah both record..... it's just about time.....

Aku rasa dia mampu jadi pelari pertama negara yg clock sub10.20s utk 100m dan sub20.75s for 200m
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2016 01:10 AM | Show all posts
oh tahniah ,  try  harder next time .
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
qronaldo7 replied at 31-12-2015 08:47 AM
sayangnya. isu teknikal ni ptt kne peka sket.

good job badrul. see u in 2017

ni kes org yg dberi tugas tak fhm tugas dan tanggungjawab...mentang2 sukan budak2 sekolah...buat sambil lewa je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.064859 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list