CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13114|Reply: 196

[Tempatan] Polis tangkap suspek Isis di LRT Jelatek. Update #33,#35 Pic #55,#62

[Copy link]
Post time 16-1-2016 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-1-2016 10:40 AM

Polis tangkap suspek Isis di LRT Jelatek, dokumen dirampas

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-tangkap-suspek-isis-di-lrt-jelatek-dokumen-dirampas
Published: 16 January 2016 12:09 PM


Senjata dan dokumen berkaitan Isis dirampas polis di Stesen LRT Jelatek di Ampang, semalam. – Gambar Wikipedia, 16 Januari, 2016.

Polis menangkap seorang lelaki di Stesen LRT Jelatek, Ampang semalam kerana disyaki terlibat dengan rangkaian pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid mengesahkan tangkapan itu melalui akaun Twitternya, sambil menambah senjata dan dokumen Isis turut dirampas.

"Syabas E8 CK @PDRMsia semlm tkap 1 disyaki elemen IS di LRT Jelatik, Ampg. Senjata dan dokumen IS dirampas," tulisnya melalui akaun Twitter @KBAB51.

E8 adalah Unit counter-terrorism yang terletak di bawah Cawangan Khas (SB).

Tangkapan ini menjadi tumpuan ramai ekoran pengeboman yang berlaku di Istanbul, Turki dan Jakarta, Indonesia, 2 negara Islam yang berkait rapat dengan Malaysia.

Kedua-dua serangan ini dikaitkan dengan militan Isis.

Di Istanbul, 10 terbunuh apabila bom meletup di kawasan pelancongan bandar raya itu.

Di Jakarta beberapa siri letupan bom kedengaran 14 Januari lalu, membunuh sekurang-kurangnya 6 orang termasuk 3 anggota polis, lapor AFP.

Menurut AFP, 3 mayat dilihat terbaring di jalan besar di ibu kota itu selepas letupan.

Seorang polis Jakarta menulis di Twitter yang satu letupan berlaku di hadapan pusat membeli-belah Sarinah, lapor Al Jazeera.

Ekoran kedua-dua kejadian itu, Malaysia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Khalid dalam kenyataannya berkata, polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya ekoran serangan itu.

Polis mengetatkan kawalan keselamatan di semua kawasan awam khasnya pusat membeli-belah serta pusat pelancongan di samping mengambil langkah tambahan di sempadan selepas serangan di Jakarta.

"Kami ingin memaklumkan kepada umum bahawa semua anggota di seluruh negara dalam keadaan berjaga-jaga dan memerhati dengan teliti perkembangan ini untuk memastikan semua orang selamat," kata Khalid.– 16 Januari, 2016.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2016 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Fakutnyaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Siasat jugak lobai2 ci yg ada bau2 sokong isis demi keselamatan negara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 12:59 PM | Show all posts

Nampak macam KL jadi target seterusnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 01:02 PM | Show all posts
kl area mana yang kena jaga lebih sedikit dari pengganas islam ini?

klcc?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 01:02 PM | Show all posts
Bukit Aman Tahan Lelaki Disyaki Telibat IS

http://www.mstar.com.my/berita/b ... disyaki-telibat-is/
Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 10:35 AM



PETALING JAYA: Bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) Bukit Aman menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) di ibu negara pada Jumaat malam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek ditahan bersama senjata dan dokumen berkaitan IS di stesen LRT Jelatek, Ampang.

"Syabas E8 CK @PDRMsia semalam tangkap 1 (L) disyaki elemen IS di LRT Jelatek, Ampang. Senjata dan dokumen IS dirampas. #GoPDRMGo," tulisnya di Twitter.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahsyat abam polis boleh tau identity pejuang IS. Syabas!!! Senjata apa lah yg dijumpai,bom ker???
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
siasat juga dlm forum ni. ada yg berkeliaran. tangkap dan sumbat dlm jel terus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2016 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tembak ja terus dek
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ketekodok replied at 16-1-2016 01:17 PM
siasat juga dlm forum ni. ada yg berkeliaran. tangkap dan sumbat dlm jel terus

Yup, tangkap terus yg dlm forum ni. Nak2 ye jenis berhusnuzon memanjang, salahkan yahudi, salahkan media barat yg menipu katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 16-1-2016 04:59 AM
Nampak macam KL jadi target seterusnya.....

Tangkap jela sapa yg berbau IS ni letak pulau jerejak
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Smalam ke tgkap nya? Iols mmg hari2 blk keja naik lrt kt jelatek ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 02:02 PM | Show all posts
aku syak yang kena tangkap tu forummer @dargo . kalau betul, alhamdulillah. tapi sedih la jugak, sebab heols tak dapat nak merealisasikan impian beliau untuk mampos syahid seperti babi ni:

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa mission IS sebenarnya? Kenapa nk attack negara majoriti muslim pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 02:12 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 16-1-2016 01:40 PM
Tangkap jela sapa yg berbau IS ni letak pulau jerejak

Letupkan jer la.. kat jerejak mana ada bidadari..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
takut nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2016 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 16-1-2016 01:40 PM
Tangkap jela sapa yg berbau IS ni letak pulau jerejak

pulau jerejak tu bukan ke dorang nak bangunkan balik
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak naik lrt p letop klcc ke tew magadddd
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 16-1-2016 02:02 PM
aku syak yang kena tangkap tu forummer @dargo . kalau betul, alhamdulillah. tapi sedih la jugak, seb ...

Meletop kan diri kat khalayak ramai,korbankan org xsalah, tu syurga ke tempatnya. Mental sgt manusia skrg bpikir.

Tgkp je lah yg bau2 pengganas ni menakutkan org lain yg nak hidup aman,nak sebarkan syiar islam,sebarkan dgn cara berilmu,pendidikan tp sygnya cara bom mengebom lg disukai.mungkin lebih segera ke syurga jumpa bidadari.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 03:00 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 16-1-2016 03:04 PM
melinda_kerr replied at 16-1-2016 02:07 PM
Apa mission IS sebenarnya? Kenapa nk attack negara majoriti muslim pulak?



Kumpulan extrimis ni (tidak kisah dari mana2 kumpulan agama/bangsa)....pemikiran dorg sangat radikal..

Wlaupun anda sama agama/bangsa, kalau anda tidak mengiktiraf/menyokong sistem ideologi mereka, tidak bersetuju dengan perjuangan mereka, maka anda juga layak diperangi.

Contohnya, dalam konteks ISIS ini, perjuangan mereka nak wujudkan semula sistem khalifah..mana2 negara Islam yang tidak menyokong mereka juga akan terbuka kepada serangan.

Kita pun tahu, sbelum kemunculan ISIS, ada satu rangkaian Al-Qeeda yang berjuang untuk mewujudkan jaringan negara Islam di rantau ini. Kes  sama dengan dengan ISIS.

Mana2 negara walaupun majoritinya Islam, kalau sistem pentadbiran negara tsebut dilihat sebagai tidak islamic (dari kaca mata mereka), maka sistem negara itu wajar dilumpuhkan.

Malaysia dan Indonesia, walaupun majoriti Islam, tapi mengamalkan sistem demokrasi  yang berasal dari barat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.088776 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list