CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7980|Reply: 34

Penting sangat ke nak jadi putih?

[Copy link]
Post time 17-1-2016 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Assalamu'alaikum,

Makin menjadi-jadi produk kesihatan/kecantikan untuk mencerahkan/memutihkan kulit. Tak dinafikan memang bila tengok wanita yang berkulit cerah, gebu dan mulus ni memang ada tarikan tersendiri. Tapi kalau yang dah kulit original cokelat, sawo matang, kuning langsat, hitam manis, kenapa perlu terkejar nak putihkan diri jugak? Pengaruh iklan? Kurang keyakinan diri? Rasa tak cukup cantik?

Entahla, saya sendiri pun terpengaruh jugak nak cerahkan kulit. Kalau zaman 90s dulu cuba Fair & Lovely, lepas tu dah tua sikit, cuba lah Dior la, Biotherm la, Loreal dan sebagainya. Consume Aurawhite pon pernah (agak berkesan sebenarnya). Tapi nak maintain tu, memang tak larat la. End up, cuba homemade products. Cuba meyakinkan diri, tak putih pun tak apa, asal boleh kawal jerawat, parut dan minyak di muka. Kulit lembut dan halus. Tak perlu nak tukar sangat tona warna kulit melainkan kalau kena sunburn.

Still, bila browse IG ke apa, ternampak iklan barangan untuk cerahkan kulit, ternoda juga sebenarnya. Terdetik lagi, bestnya kalau kulit aku cerah. Taknak kulit kusam, nak glowing-glowing gitu. Konsep kulit tidak kusam dan glowing akan terikat pada kulit yang berwarna putih. Seolah berkulit gelap ni tak cantik. Iklan-iklan membuatkan golongan berkulit tak berapa nak cerah ni rasa diri tak cukup cantik, lalu memperhabiskan duit untuk produk-produk kecantikan. Banyak produk yang claim, bahan-bahan natural, tak membahayakan kesihatan, err betul ke? Pasti ke? Dalam jangka masa panjang macam mana.. dah tua esok-esok... macam mana? So better kita stick to eating healthy, makan sayur, buah, ulam, air masak. Ye dok? Produk kecantikan pon boleh buat sendiri, contohnya, guna tomato, lenyek, tonyoh kat muka. Dah kering basuh. Madu, beras, timun, betik, telur, kunyit.. dan sebagainya, sauk je kat dapur tu. Masalahnya, nak kena rajin dan konsisten. Haha. Okbai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebut pasal putih ni teringat kat kawan lama. Dia ni laki. Satu hari keluar jenjalan bleh dia soh saya masuk kedai & belikan dia fair & lovely. Tak tahu lah kalau dia dah putih skang.

Kat fb tengok berjela kawan2 yang dulu hitam manis kini dah putih. Tapi bleh detect sis, sebab bibir they all still hitam. Tidak kemerahan. Berpada2 la pakai produk pemutihan ni, especially yang yang kena bancuh & minum atau pil. Silap2 umur 30,40 macam2 penyakit datang. Buah pinggang rosak, etc.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2016 02:18 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 17-1-2016 01:49 PM
Sebut pasal putih ni teringat kat kawan lama. Dia ni laki. Satu hari keluar jenjalan bleh dia soh sa ...

Itulah risau, jangka masa panjang tu. Produk2 ni semua boleh dianggap baru lagi, so kita tak tau long-term effect dia kan. Produk2 ni kena maintain, once stop efek dia akan hilang. Kembali pada kulit asal. Tapi tak tau la kalau ada produk yang boleh kekal gitu.

Laki sekarang pon dah makin conscious dengan physical depa. Ada je tengok komen-komen duk tanya, laki pon boleh makan ke produk ni? Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai never trust those whitening products.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak puteh pon ok ape

#janjijanganberkerak
#bilamandisilascrubskalinok
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 03:02 PM | Show all posts
aku pun ada terfikir gak...
budak-budak sekarang yang umur baru 16 atau 17 dah start makan supliment untuk jadi putih melepak..
ada yang start lebih awal dari tu...laki atau pompuan sama je
benda tu pulak murah dan mudah dibeli. online je.
tak takut ke diorang pada side effect untuk long term?
diorang akan pakai hingga umur 20an atau 30an...berpuluh tahun pakai benda alah tu
bukan aku nak kata benda tu tak bagus, cuma.... untuk long term aku ada muskil sikit

bukan umur masa tu badan kita ni tengah tip top ke?
paling segar, montok bagai?
entah...diorang ikut trend kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2016 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk hatta tu mcm berkesan je produk nya.  Dulu hitam berkerak kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada produk yg berkesan, ada yg x. Kena byk bereksperimentasi laa. Tapi kalo da sumbat mcm2 dlm tubuh. Bahaya la kan. Pape, seeks advice from profesional.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2016 04:08 PM | Show all posts
member serumah i cakap.. kawan opeh dia kulit gelap, makan aurawhite berbotol2 dan mmg cerah + gebu gebas.

kawan dia td ni, dia baru kawin n nk peknen cepat, doc suh dia breti makan apa2 supplement  utk clear badan dari sebarang anasir.

lps stop je, terus kulit jd hangusss malah teruk dari b4 try that product...

kawan meols yg bercerita ni, terus stop sb dia makan jgk yelah terpengaruh dgn kwan dia yg dh lawa.. so far mujur dia xde la jd mcm opismate die tuh... syukurlah dia ok.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 05:42 PM | Show all posts
Dulu ada budak praktikal sama aku..dia india muslim..memg mcm hindu..tp x la gelap sgt..

punyala gigih nak putih kulit sampai megelupas kulit muka..pastu pedih2 dia mengadu kt kami..lawakla dia tu ! Cara dia nak putih kulit yg memg sedia gelap tu aku rasa lawak...

lainla kalau ang memg cerah tp gelap sbb sunburn bagai  lojik la nak putih semula kann...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 10:57 AM | Show all posts
Memang penting tau putih tu..kalau hitam orang lelaki pandang..hu..hu..dulu masa sekolah memang aktif. Kuat bersukan. Muka ahkak macam negro tau..hitam legam. Sorang jejaka pun tak pandang...Lepas masuk matrik..ahkak jaga penampilan. Kalau boleh kulit tak mau cecah matahari. Start pakai moiturizer hari2. Srub muka n badan sentiasa. Berhenti bersukan, lama2 kulit jadi makin cerah. Lps tu baru ada jejaka kim salam...ha..ha...tu la penangan kulit cerah....hu..hu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 11:22 AM | Show all posts
dulu teringin jugak putih tapi bila tgk Anggun kt tv, terdetik di hati, eh cantik kulit dia, kecantikan wanita nusantara. cuma nk kulit sekata sbb muka sunburn dulu keje site. paling penting nk kulit sihat. satu lagi suka tgk Grace Park, tak putih tak itam. sedang2 je kulit dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 01:59 PM | Show all posts
julia5094 replied at 18-1-2016 10:57 AM
Memang penting tau putih tu..kalau hitam orang lelaki pandang..hu..hu..dulu masa sekolah memang akti ...

nak buat macam mana chuols
dari dulu lagi masyarakat dah terapkan putih tu cantik
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 11:03 AM | Show all posts
ari tu tengok muzik2 tv3 fara fauzana pun da putih melepak kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:01 PM | Show all posts
zoe1511 replied at 18-1-2016 01:59 PM
nak buat macam mana chuols
dari dulu lagi masyarakat dah terapkan putih tu cantik

Tau tape chuolssss....jejanz ni suka judge books by cover kan??
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:50 PM | Show all posts
nak buat camna, dunia...dari kecik lagi kita dah disogokkan kalau baby putih, cantik, cute,comel
kalau gelap je sikit, x cantik lah...
sama gak kalau cerita pasal kejelitaan sesorang..mostly akan tanya, "putih x si anu tu?"
takyah putih2 sangat pun xpe, tan cantik pe,gold2 gtu, sapu pulak blusher color bronze..ahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 11:48 AM | Show all posts
aku pkai krim kunyit herba saje..alhamdulillah...dlm 2-3mggu ni ramai gak org tegur muka cerah skit..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kan bila kita Asian dah dibrainwashed bahawasanya kulit putih itu equal to cantik. Sedangkan kokesen pandang kulit tan cantik. They want a bit of color katanya. Bosan pale white, macam vampy. Kulit tan lawa apa hihi. Syukur wpun iols tan, ramai yg puji cantik. Mwahahahah perasan jappp
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 04:45 PM | Show all posts
produk mane yg ok utk cerah2 ni? byk sgt...pening nak pilih.
yg pasti xnak yg bancuh2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 11:18 PM | Show all posts
Member saya kesian. Dia tu agak cantik sebenarnya cuma takdelah putih.. Dah kawen 3 tahun dah. Baru2 ni dia mengadu, suami dia baru install instagram. Yg suami dia follow kat ig tu, mostly awek2 kulit putih gebu mulus. Skrg member saya tu pulak nak try produk2 putihkan kulit nie. Hurmm.. tak tau la nak ckp camne
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 1.190973 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list