View: 2528|Reply: 6
|
5 Pantang Larang Ibu Muda Tak Boleh Buat
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz Hanna
Minggu lepas kecoh sebentar mengenai isu ibu muda yang 'selfie' menyusukan anak. Ditambah dengan respon daripada Ustaz, perkara tersebut memang mendapat perhatian ramai.
Selain daripada selfie 'breastfeed', sebenarnya ada banyak lagi perkara lain yang tak harus dilakukan oleh ibu muda terutamanya yang sememangnya tidak selaras dengan batas agama.
Bukan mahu menunjuk baik tetapi cukuplah, sesama kita saling mengingati. Diambil daripada Vanillakismis, CARI Infonet kongsikan 5 pantang larang ibu muda:
1. Selfie dengan pakaian tak sopan atau mendedah aurat - Namun ianya tidak salah jika selfie untuk dipertunjukkan kepada suami anda.
2. Berdua bersama lelaki bukan mahram - walaupun suami izinkan tapi fikirkan juga perasaan dan maruah suami. Ia juga boleh undang fitnah, orang lain bukan tahu pun suami anda izinkan.
3. Foto selfie intim atau bermesra dengan pasangan - apatah lagi kalau dalam bilik tidur. Orang tua pesan cerita dalam kamar jangan dikongsi. Tak perlu tunjuk satu dunia anda pasangan romantis. Cukup anda dan pasangan saja tahu.
4. Selfie jelir lidah, jilat bibir - Pose sebegini sebenarnya mengundang kepada perbuatan tidak sopan dan juga terarah kepada simbol seks. Hentikan la menjelir lidah atau mengeluarkan lidah kerana ia bukan hanya tak matang dan sebagai ibu muda anda harus tunjukkan contoh yang baik.
5. Selfie bersama bayi baru lahir - dikatakan bila kita share foto bayi yang baru lahir (0 hingga 40 hari) dikhuatiri bayi akan terkesan dengan gangguan Ain (sihir tanpa jin atau mata jahat).-CARI Infonet.
Baca selanjutnya di :vanillakismis.my |
|
|
|
|
|
|
|
no 5 tu sahih ke..tanya je |
|
|
|
|
|
|
|
rosasen: no 5 tu sahih ke..tanya je
entah lah..zaman sekarang ni slumber je org buat~
|
|
|
|
|
|
|
|
6. Melompat bintang di khalayak ramai |
|
|
|
|
|
|
|
who care, kalau me nak ambil gambar, me ambil gambar,
suka hatilah, but oh coz simpan sendirilah, tak tunjuk
kat public... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasenya selfie bf tu pon dah tau xyah post kat public. Mcm kau lah nk bf kat public mesti kau pakai nursing cover sbb malu org tgk |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|