|
Edited by ladybird_ at 20-1-2016 12:05 PM
KUALA LUMPUR: Dua hari lalu, netizen kecoh dengan gambar pelakon jelita, Nora Danish yang dilihat dihantar teman lelaki, Nedim Nazri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Nora dan beberapa pelakon lain seperti Syarul Ridzwan, Juliana Evans dan Fathia Latiff berangkat ke New York, Amerika Syarikat (AS) untuk menjalani penggambaran drama arahan Erma Fatima di kota kosmopolitan itu.
Gambar itu yang dikongsi Nedim melalui akaun Instagram, disifatkan sebagai babak baharu dalam 'drama rantaian' kisah percintaan Nora dan jejaka itu. Netizen mula bertanya, apa status hubungan mereka? Jika anda masih ingat, Ogos lalu, Nora pernah mengesahkan hubungannya dengan Nedim, sudah berakhir.
Menambah 'hangat' berita terbaharu itu, Nedim berkongsi kata-kata yang menyentuh hati terhadap Nora. Apakah mereka kini sudah kembali intim?
Berikut adalah keterangan gambar yang diungkapkan Nedim mengiringi foto terbabit:
"Semoga perjalanan kamu ke New York akan selamat tiba. Selalu ingat, bahawa saya akan sentiasa berada di sisi tak kira di mana kamu berada. Berhati-hati, solat dan jangan lupa betapa kita dirahmati kerana Dia.
"Saya sanggup menyeberangi lautan dan apa saja halangan demi kamu. Saya tak akan berjalan di atas lautan api dengan kamu kerana saya mahu bersama kamu mengejar hingga ke Jannah.
"Jaga diri. Insya-Allah, saya akan bertemu kamu nanti," kata Nedim.
Sepantas kilat, gambar terbaharu Nora dan Nedim dikongsi di laman sosial. Ramai peminat mula memberi komen termasuk yang mendoakan kebahagiaan mereka.
Sebelum ini, dalam 'drama' berasingan, Nora dilihat berkongsi gambar menggayakan gaun perkahwinan rekaan Ashraff Zainal Atelier. Tindakannya itu turut mendapat reaksi netizen yang tertanya-tanya apakah Nora akan berkahwin?
Nora yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu BH Online, dia akan 'berkahwin' dengan menggayakan busana perkahwinan pereka sama.
"Saya akan melangsungkan perkahwinan di New York. Iya, saya akan berkahwin dengan Baim Wong, jika tidakpun Remy Ishak," seloroh Nora sambil menjelaskan dia akan berlakon bersama Baim dan Remy dalam projek Erma di New York.
Kredit : Berita Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|