CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4676|Reply: 22

Konsert 2 dekad Siti (Free Concert - 5-6 mac)

[Copy link]
Post time 22-1-2016 03:05 PM | Show all posts |Read mode
http://www.hmetro.com.my/node/109129


Oleh Sudirman Mohd Tahir

sudirman@hmetro.com.my

Sambutan ulang tahun ke-37 penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin lebih bermakna apabila dia mendapat tawaran mengadakan konsert sempena dua dekad pembabitannya dalam dunia seni tanah air.

Konsert percuma anjuran aplikasi muzik, Yonder Music Sdn Bhd itu diadakan khas buat peminatnya selama dua malam pada 5 dan 6 Mac depan di Dewan Plenari, KLCC, Kuala Lumpur.
“Konsert ini tidak ada dalam perancangan saya. Tambahan pula selepas keguguran tahun lalu, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika.
“Bagaimanapun, apabila Yonder Music menawarkan peluang ini, hati saya berbelah bahagi. Saya kemudian berbincang semula dengan suami. Jadi, saya tukar perancangan berehat selepas konsert,” katanya.
Menurut Siti, antara faktor dia menerima tawaran itu adalah kerana Yonder Music sudah kukuh dan dikenali di luar negara.
Malah, dia terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan termasuk Minggu Setiausaha.
“Kadang-kadang, rezeki datang tidak dijangka. Tawaran berkenaan sangat menarik terutama konsep persembahan.
“Memandangkan ia sebuah jenama antarabangsa, sudah tiba masanya saya bawa nama ke peringkat lebih tinggi. Sebelum ini peluang sudah ada, cuma belum ada rezeki,” katanya.
Menariknya konsert itu, peminat yang ingin mendapatkan tiket perlu melanggan aplikasi muzik Yonder menerusi perkhidmatan Celcom.
Memandangkan kapasiti dewan terhad pada satu masa, hanya 6,000 peminat bertuah dapat menyaksikan Siti beraksi.
“Saya sudah bersedia berdepan satu lagi cabaran baru dari segi susunan muzik. Konsep yang bakal ditampilkan jauh berbeza daripada konsert terdahulu.
“Pada malam itu nanti, terdapat tiga set muzik berbeza iaitu akustik, pop dan orkestra. Justeru, ia menuntut persiapan mental dan fizikal,” katanya.
Seperti biasa, konsert itu nanti bakal menampilkan penyanyi jemputan yang masih dalam perbincangan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yonder Music Sdn Bhd Adam Kidron, pemilihan Siti adalah tepat berdasarkan pencapaian diraih sepanjang 20 tahun dalam gelanggang muzik tempatan.
“Kami menjanjikan sesuatu yang berbeza dalam persembahan Siti. Bukan saja dari segi muzik, tetapi juga penampilan. Saya yakin dia mampu buat yang terbaik.
“Konsert ini bukan sekadar mahu meraikan Siti, tetapi juga peminat yang tidak pernah jemu menyokongnya selama ini sekali gus membawa pengalaman baru kepada pelanggan Yonder Music,” katanya.
Menjelang konsert itu, Adam menyasarkan pertambahan pelanggan aplikasi 150,000 daripada jumlah sebelumnya sebanyak 100,000.
Siti dijangka menyanyikan 20 lagu sebagai simbolik dua dekad melakar nama sebagai penyanyi.
Berehat tiga bulan
Menurut Siti, konsert itu adalah hadiah istimewa buat peminatnya sempena ulang tahun kelahirannya pada 11 Januari lalu, sekali gus konsert terakhirnya sebelum berehat selama tiga bulan.
“Insya-Allah, selepas Aidilfitri saya akan aktif semula. Sepanjang berehat, saya mahu meluangkan masa bersama suami dan keluarga.
“Selain itu, saya merancang bercuti ke beberapa lokasi pilihan bersama suami dan kawan-kawan,” katanya.
Sambung Siti lagi, sepanjang tempoh itu dia cuba mencari masa merakamkan beberapa lagu bagi album terbaru.
“Untuk sesi rakaman di studio, ia tidak menjadi masalah. Cuma saya ingin berehat seketika daripada mengadakan persembahan pentas berskala besar.
“Insya-Allah, tahun ini saya akan tampil dengan album baru. Buat masa ini sudah ada dua lagu duet. Satu dari Indonesia bagi runut bunyi filem apabila saya bergandingan dengan Glen Fredly.
“Satu lagi lagu saya berduet dengan Malique. Namun, semuanya masih dalam proses perbincangan. Untuk lagu solo pula, belum ada lagi,” katanya.




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109129#sthash.eyPLP6wC.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2016 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yay! Malique dalam dendiam ada projek baru! ^~^
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 02:19 AM | Show all posts
mantap duet dgn malique
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 12:20 PM | Show all posts
Malique? Wow can't wait for the song!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 10:40 PM | Show all posts
minx2 lagu ngn malique kali ni lagi sedap drpd 2 dunia ...  
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 10:46 PM | Show all posts
You can find out more about local celebrities and other inspiring figures on www.malaysiaresume.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2016 07:40 PM | Show all posts

ctdk Get ur free concert pass now !!#Repost @officialhafizfc with @repostapp.
・・・
PC Dato CT&Friends Concert with @hafizsuip @faizal_tahir @afgansyah.reza @anggun_cipta
Date : 2nd April 2016 (8pm)
Venue : Stadium Negara
#yondermusicmy #sitiandfriends2016 #datositiandfriends

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 07:42 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2016 07:43 PM | Show all posts
x kuasa aku nak upgrade plan rm80 tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 12:50 AM | Show all posts
Benci laaaa....bersemangat aku nak pergi ni
Nak ambik pack tue Rm80...kalau dah setahun rm960

Lebih baik beli tiket jerkkkk kalau jual.

Dah ;a tue....kalau upgrade pun BUKANNYA PASTI DAPAT PASS

BERPELUANG Saja untuk MENANG PAS

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 07:56 PM | Show all posts
Alhamdulillah me dah menang tiket ni....ada sp2 tau x route g stadium negara with public transport....maleh nk drive....mntk tlong sgt2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2016 02:18 AM | Show all posts
wizardLy_boy replied at 10-3-2016 07:56 PM
Alhamdulillah me dah menang tiket ni....ada sp2 tau x route g stadium negara with public transport.. ...

Monorail Hang Tuah paling dekat.
Turun situ...jalan kaki sikit dah boleh jumpa Stadium Negara


Macammana dapat...langgan paej gold tue ker?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 09:02 PM | Show all posts
ColbyRaikkonen replied at 18-3-2016 02:18 AM
Monorail Hang Tuah paling dekat.
Turun situ...jalan kaki sikit dah boleh jumpa Stadium Negara

tq...tocee tocee td dah g survey......route
aku lggan 40 hinggit je rezeki dpt.....jatuh time mybesday lak....mmg hadiah hari jd
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 11:07 AM | Show all posts
aku benci giler la konsert camni..org yg beriya nk tgk kponsert ni n sggp beli tiket tp xdi jual tp kna perjudikn nasib dengan sertai peraduan xpax....xadil utk org2 cam i yg mmg peminat setia dr zaman dulu....

mmg nasib je la saper dpt tikjet tu...yg xpki cemcom laie kesian..nsb iol ni mmg pki celcom utk 2nd phone tp ttp xdpt gak nk dpt tiket tu ngan website xpax yg xpenah nk update nama pemenang...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 04:23 PM | Show all posts

kawan i share tiket siti nurhaliza i memamg jealous nk juga tiket tu....tapi mana nk dapat lagii


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 10:23 PM | Show all posts
lucyducy replied at 28-3-2016 04:23 PM
kawan i share tiket siti nurhaliza i memamg jealous nk juga tiket tu....tapi mana nk dapat lagii
...

tanya kwn ko mana dapat tiket tu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2016 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade yg nak jual tiket konsert ni x?
Looking for 1 tix
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 04:46 PM | Show all posts
apang replied at 29-3-2016 12:08 AM
Ade yg nak jual tiket konsert ni x?
Looking for 1 tix

ada lagi kwn aku yg kerja kt pavi bgi tahu esok ada meet&greet Joe Flizzow and Sonaone so kt sana ko berpeluang dapat tiket free siti nurhaliza dalam pkul 8 pm mcm tu laaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 04:49 PM | Show all posts
esok last dapat free tiket tu laaa..so tempat esok kt pavillion blue cube laa nie
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 04:50 PM | Show all posts
a'ah maybe esok boleh jmpe Joe Flizzow kt blue cube pavi mana tahu dapat tiket free
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.090762 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list