CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6202|Reply: 17

MISTERI KREW PESAWAT TERHEMPAS 401 EASTERN AIRLINES

  [Copy link]
Post time 17-2-2016 03:30 PM | Show all posts |Read mode
MISTERI KREW PESAWAT TERHEMPAS 401 EASTERN AIRLINES


Kisah misteri sering kali dikaitkan dengan kisah-kisah seram sama ada ia sekadar cerita dongeng mahupun betul. Mungkin ada di antara kita pernah menonton sebuah filem yang bertajuk The Ghost of Fight 401. Filem ini telah diadaptasi dari kisah benar yang berlaku oleh pihak syarikat Eastern Airlines suatu ketika dahulu. Apakah yang misterinya? Ramai mendakwa mereka sering terlihat salah seorang roh krew pesawat berkenaan berkeliaran di kawasan lapangan terbang.








Malam 29 Disember 1972, penerbangan pesawat 401 Eastern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang New York menuju Miami, membawa 163 penumpang bersama 13 orang krew.


Pesawat jenis jet Tri-Star (Lockheed L-1011) itu baru empat bulan beroperasi. Dipandu oleh juruterbag berpengalaman, Kapten Robert Loft dibantu juruteranya, Donald Repo.

Tetapi, pesawat itu mengalami masalah apabila rodanya tidak berfungsi. Loft dan Repo bertungkus-lumus cuba membaiki kerosakan. Belum sempat diatasi, pesawat itu menjunam ke kawasan berpaya, tersasar lebih 30 kilometer dari landasan Miami.

Tragedi itu telah mengorbankan 101 nyawa. Kapten Loft dan juruteranya, Repo turut terkorban. Pesawat itu mengalami kerosakan teruk, namun tidak terbakar.

Setelah siasatan berkaitan insiden itu selesai, bahagian yang masih boleh dipakai daripada bangkai pesawat telah diambil, lalu dipasang ke dalam pesawat lain.

Dan di sinilah misteri bermula!

Sejak itu, para krew penerbangan mula melihat kelibat bayang-bayang roh Kapten Loft dan Repo dalam pesawat yang menggunakan komponen daripada bangkai pesawat 401 itu.

Bayangan kedua-dua mereka dikatakan dilihat jelas. Bahkan, bukan hanya krew tetapi para penumpang juga sering melihat kelibat mereka. Ramai krew penerbangan yang tidak perasan telah bercakap dengan Loft yang mereka sangka adalah juruterbang yang bertugas ketika itu.

Seorang juruterbang dan dua krew penerbangan bercerita, mereka bukan saja melihat, malah berbicara dengan Loft sebelum pesawat berlepas.

Di depan mata, mereka saksikan kelibat Loft tiba-tiba hilang menyebabkan mereka menggigil ketakutan sehingga penerbangan waktu itu terpaksa dibatalkan.

Pernah seorang penumpang wanita melihat seorang lelaki duduk di sebelahnya. Lelaki itu berpakaian seragam jurutera syarikat penerbangan yang sama. Wajahnya pucat dan sekadar diam membisu. Tiba-tiba, lelaki itu ghaib di depan mata menyebabkan wanita itu menjerit ketakutan.

Kepada krew bertugas, wanita itu menceritakan apa yang telah disaksikannya. Lalu mereka tunjukkan foto Repo kepada penumpang wanita itu. Dia mengakui, itulah lelaki yang dilihatnya ghaib secara tiba-tiba tadi.

Pada masa yang lain pula, sewaktu seorang jurutera sedang memeriksa pesawat sebelum berlepas, muncul kelibat Repo lantas berpesan: “Jangan risau. Aku sudah memeriksanya. Semuanya baik“. Sejurus selepas itu, Repo hilang begitu saja.

Seorang krew juga pernah melihat kelibat Repo dengan seragam juruteranya sedang membetulkan peralatan ketuhar yang rosak dalam pesawat.

Di waktu lain, seorang jurutera yang turun ke bahagian bawah kokpit untuk memeriksa bunyi yang didengarinya tiba-tiba melihat Repo turut berada di situ.

Kisah lain, seorang krew melihat wajah Repo yang memandangnya pada kaca ketuhar di dapur pesawat. Lantas dia memanggil dua orang rakan. Salah seorang daripadanya adalah jurutera yang juga rakan kepada Repo untuk melihat sendiri bayangan pada ketuhar itu.

Jurutera itu mengakui, itu adalah wajah Repo. Malah, ketiga-tiga mereka sempat mendengar Repo menyuruh mereka meninggalkan kapal: “Hati-hati dengan api diatas pesawat ini”.

Tidak lama kemudian, pesawat itu benar-benar menghadapi masalah enjin dan penerbangan terpaksa dibatalkan. Pesanan Repo telah menyelamatkan mereka.

Salah seorang lembaga pengarah syarikat penerbangan itu juga pernah melalui pengalaman sama. Di dalam pesawat bahagian kelas pertama, dia berbual dengan seorang lelaki berpakaian kapten. Namun, setelah dia menyedari itu adalah Kapten Loft, ia hilang begitu saja.

Dalam insiden lain pula, Repo muncul di depan kapten yang bertugas dan memberitahu: “Pesawat ini tidak akan terhempas. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku!”.

Satu demi satu peristiwa membabitkan kemunculan Kapten Loft dan Repo menyebabkan golongan paranormal dipanggil untuk membuat kajian namun tidak mendapat kebenaran daripada pihak syarikat penerbangan tersebut.

Beberapa buah buku dan filem pernah diterbitkan berjudul ‘The Ghost of Flight 401′ pada penghujung tahun 80an berkisar tentang tragedi penerbangan 401 dan misteri jelmaan kapten dan juruterbangnya yang telah terkorban.

Dikatakan, setelah pihak syarikat penerbangan mengarahkan komponen yang diambil daripada bangkai pesawat 401 dikeluarkan dari kapal terbang baru tersebut, sejak itu kelibat roh Loft dan Repo tidak pernah muncul lagi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 03:36 PM | Show all posts
serpihan kapal berhantu kekdahnya..tapi memang seram la kalau nampak kelibat org mati dalam flight..
nasib tk usik pilot yg sedang bawa kapalterbang tu..kalau tak naya je...




Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 04:22 PM | Show all posts
klu kehadiran mereka bawa msg yg baik, napa nak takut..
lain la klu mereka kacau sampai terhempas pulas kapal terbang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
hantu omputeh muka mcm masa depa hidop bezanya pucat jah. hantu asia tiba2 muka jadi buruk mengapa ni sis????
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 08:17 AM | Show all posts
macam citer siam tu pulak
tak ingat pulak tajuknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 09:38 AM | Show all posts
best.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2016 09:44 AM | Show all posts
hantu diorg berpakaian lengkap.. hantu kita mesti...(korg pikir la sendiri)..hehe..

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 09:59 AM | Show all posts
mmg femes cite ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 01:36 PM | Show all posts
rosasen replied at 18-2-2016 09:44 AM
hantu diorg berpakaian lengkap.. hantu kita mesti...(korg pikir la sendiri)..hehe..

hantu kita job banyak..banyak mangsa menunggu..tak dan nak dress up kasi proper cun2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 02:22 PM | Show all posts
halimunah replied at 18-2-2016 01:36 PM
hantu kita job banyak..banyak mangsa menunggu..tak dan nak dress up kasi proper cun2...

Hahaha...sian kena buat kerja multitask..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 02:27 PM | Show all posts
rosasen replied at 18-2-2016 02:22 PM
Hahaha...sian kena buat kerja multitask..

3D uolss.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 09:50 AM | Show all posts
rosasen replied at 18-2-2016 09:44 AM
hantu diorg berpakaian lengkap.. hantu kita mesti...(korg pikir la sendiri)..hehe..

org putih mati dipakai kan sut... org kita pakai kain kapan... hehee.. leh pakai tk pdpt aku ni..?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 08:57 AM | Show all posts
minahmanja replied at 19-2-2016 09:50 AM
org putih mati dipakai kan sut... org kita pakai kain kapan... hehee.. leh pakai tk pdpt aku ni..? ...

yes, make sense! hehe....

chop, EL tu sape? (rujuk signature)..hhehe...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 11:28 AM | Show all posts
rosasen replied at 21-2-2016 08:57 AM
yes, make sense! hehe....

chop, EL tu sape? (rujuk signature)..hhehe...

hahhaa.. ok kau org no 3 tnye soalan tu... el as in Ezwan Lutfi... TLU ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 03:25 PM | Show all posts
Si mati masih sayang lagi dgn flight nya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 17-2-2016 11:03 PM
hantu omputeh muka mcm masa depa hidop bezanya pucat jah. hantu asia tiba2 muka jadi buruk mengapa n ...

hahahahas..

betul juga kan..rambut semua elok terletak cuma muka je pucat, kalau yg asia semestinya rambut panjang xtersikat bagai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 03:01 PM | Show all posts
kalau x silap kisah flight ni ada diceritakan dalam documentary Air Crash Investigation.....even pasal kelibat hantu tu pon dia ada cerita sebab flight lain pakai spare part flight yg terhempas tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 01:22 PM | Show all posts

punca kepada terhempasnya plane ni, adalah kerana sebuah mentol lampu yang berharga USD 12....

video ni terangkan secara ringkas kes plane ni :

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.110575 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list