Ibu, dua anak Orang Utan hangus
http://www.hmetro.com.my/node/120019
AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 4:44 PM
Jakarta:Tiga Orang Utan betina termasuk seekor yang masih bayi, mati hangus selepas terperangkap dalam kebakaran hutan di Kalimantan yang dipercayai berpunca daripada pembakaran haram bagi membersihkan hutan, hari ini.
Orang Utan dewasa dan dua lagi dipercayai anaknya itu ditemui di Bontang, Taman Negara Kutai dan renjer taman itu sedang menyiasat kejadian berkenaan selepas gambar bangkai haiwan itu tersebar di Internet.
Seorang pegawai taman itu, Dede Hidayat, berkata: “Kami ke tempat kejadian kira-kira satu kilometer di luar taman dan menemui Orang Utan itu terbaring dengan kesan melecur teruk.”
Polis sedang menyiasat kes itu tetapi belum ada sesiapa ditahan. Jika didapati bersalah, mereka yang menyebabkan kematian haiwan berkenaan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun. |