CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

~ KaSiH kItA ~ TAMAT

[Copy link]
 Author| Post time 8-3-2016 12:28 PM | Show all posts
Kereta Mukriz di langgar dari belakang di traffic light yang sudah hampir dengan pejabatnya itu. Apalagi? Mukriz terus angkat handbrek lalu terus keluar dari keretanya. Dengan cepat dia tengok bumper keretanya di bahagian belakang. Memang nampak sedikit kemek. Terus dia pandang pemandu kereta yang melanggarnya itu. Pemandu itu keluar sambil menanggalkan kacamata hitam. Mukriz terkejut, begitu juga pemandu tersebut.

“Alif?”

“Mukriz?”

“Ya Allah..”

Mukriz terus bersalaman dengan kawan lamanya, Alif yang terpisah selepas masing-masing membawa haluan selepas menamatkan zaman sekolah menengah.

“Akhirnya bertemu kita kembali.” Ucap Alif sambil menepuk bahu Mukriz.

“Makin smart kau erk?”

“Kau apa kurangnya? Sado, kacak, bergaya..”

Mereka sama-sama ketawa.

“Bro, sorry aku tak sengaja langgar kereta kau ni. Salah aku, memandu sambil main handphone. Bagi tahu aku berapa perlu aku bayar.” Alif mengeluarkan dompetnya dari poket seluar belakang.

“Eh, tak pe lah. Sikit je ni.”

“Jangan macam ni, kawan. Aku rasa bersalah sangat-sangat.”

“Ok, macam ni. Kita macam dah ganggu orang lain nak lalu jalan ni. Apakata kau belanja aku makan tengah hari ni. Ok?”

“Aku ok je!”

“Good. Bagi aku nombor handphone kau. Nanti aku mesej dekat mana kau kena belanja aku makan.”

“Wahhh ahaha… nah, amik kad aku.”

Alif menghulurkan kad bisnessnya pada Mukriz.

“Pelancongan? Wow hahaha boleh la dapat tiket flight ke hotel free kan?”

“Hahaha.. insyaallah. Kawan-kawan punya pasal, harga terbaik aku boleh bagi.”

Mereka sama-sama ketawa lagi.

“Ok la, bro. Nanti aku roger. Aku dah lambat ni.”

“Ok. Aku minta maaf sangat-sangat tau pasal aku kereta kau kemek habis.”

“It’s ok la. Anyway, aku happy sangat dapat jumpa kau balik. Banyak cerita nak tanya, nak kongsi.”

“Sama dengan aku. Nanti call aku.”

“Oright!”

Sebelum mereka beredar, mereka sempat bersalaman sekali lagi.



*************************


Raisya key in surat masuk dan surat keluar di dalam system yang telah disediakan. Selepas itu terus dia buka website cariforum ‘cuci mata’ dan ‘cuci fikiran’.

Mukriz lalu dihadapan Raisya tetapi kali ini dia terus masuk tanpa tegur Raisya. Raisya terasa sedikit kecil hati. Selalunya macam mana pun Mukriz pasti akan tegur dia dulu.

“Salah aku ke?” bisik hati Raisya sambil pandang Mukriz dari dinding cermin pemisah itu.

Mukriz merebahkan punggungnya di kerusi lalu terus membuat panggilan telefon. Dia langsung tak pandang Raisya yang dari tadi asyik pandang ke arahnya.

“Apa salah aku?”

“Oii!” tegur Ana mengejutkan Raisya.

“Ko ni.. terkejut aku.”

“Nape monyok je ni?”

“Tak de apa lah.”

“Ye kee???”

Raisya kembali membaca website cariforum. Padahal mata masih menjerling ke dalam memandang Mukriz.

“Haaaa.. kau merajuk dengan bos erk?”

“Aku ok je lah.”

“Ape ni, Sya? Sejak bila kau berahsia dengan aku ni?”

Raisya memandang Ana dengan wajah yang cukup kesian.

“Alolo.. nomeynye dia!” Ana mencubit kedua-dua pipi Raisya.

“Sakit!”

“Haha.. cepat la citer.”Ana tak sabar.

“Dia terus masuk bilik dia langsung tak tegur aku langsung tadi wei!”

“Itu je?”

Raisya mengangguk.

“Adoi la. Macam besar sangat erk kes kau ni. Hmm..”

“Yelah, apa salah aku? Selalunya dia tak macam ni.”

“Adalah tu. Mesti dia cerita dekat kau punyalah nanti.”

“Yelah tu.”

“Raisya!”

Raisya dan Ana serentak terdiam lalu memandang ke arah Mukriz.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2016 12:36 PM | Show all posts
Alif masuk ke dalam pejabatnya. Baru sahaja dia hendak ‘on’ komputer, handphonenya berdering.

“Hello, Sarah.”

Sarah isteri Alif, seorang model di sebuah syarikat Syampoo terkenal.

“Sarah tak balik rumah malam ni.”

“Dah dua malam tak balik kan? Balik la, sayang.”

“Busy.”

“Hmm...”

“Bye.” Sarah terus mematikan talian.

Alif mengeluh. Begitulah hidup Alif bersama isterinya yang telah dibina bersama selama 2 tahun. Isteri yang sentiasa sibuk dengan kerjayanya. Namun, itu yang dipilih. Hadap je lah kan?



*************************



Raisya duduk di sofa bertentangan dengan Mukriz. Mukriz senyum padanya.

“Nampak macam moody je pagi ni.” Tegur Mukriz yang penuh karisma itu.

“Tak la, biasa je.”

“I happy sangat hari ni.”

Kata-kata Mukriz itu membuatkan Raisya hendak tahu apa puncanya.

“Tak nak tanya ke kenapa I happy?”

“Kenape?” Tanya Raisya sambil mengetuk pennya di buku nota.

Mukriz pandang tajam ke arah pen Raisya itu.

"Boleh stop ketuk tak?"

Serta merta Raisya terus diamkan diri. Dia tersengih.

“Macam ni. Tadi tanpa sengaja I jumpa balik kawan lama I. Dulu dialah musuh, dialah sahabat.”

“Perempuan la tu...”bisik cemburu hati Raisya.

“Tengah hari ni ada lunch dengan dia. Tak tahu nak ajak dia makan dekat mana.”

“Whatever.”bisik hati Raisya lagi. Memang dia syak perempuan sebab nampak Mukriz teruja lebih.

“Nak ikut?”

“Eh, tak kot.”laju Raisya jawab.

“Nape tak nak ikut? U PA I kan?”

“Memang betul saya PA encik tapi.. eh, baru saya ingat. Saya ada hal tengah hari ni.” Raisya cuba pujuk hati.

“Ada hal? Hal apa tu?”

“Err.. adalah!” Raisya main tarik tali pula dengan Mukriz.

“Owh. Tak nak bagi tahu.. tak pe.”

Raisya tersenyum sambil mengangkat kening kanannya berkali-kali. Mukriz tersenyum.

“Sabtu ni jangan hilang pula. I nak gi rumah U.”sambung Mukriz sambil berpeluk tubuh.

“Sampai hati Encik tak bagi tahu saya.”

“Haha.. tapi yang penting ayah U tahu. Kan?”

“Selalu datang tak bagi tahu pun, kali ni datang siap suruh jangan lari. Sesuatu sangat!” Raisya bermain dengan hatinya sambil memandang tajam ke arah Mukriz.

“Harap U tak mengecewakan I Sabtu ni.” Kata Mukriz dengan penuh menggoda.

Raisya tergamam dengan nada dan pukauan mata Mukriz yang hitam pekat itu. Mukriz tersenyum kerana Raisya tengah berada di alam khayalan.

“Raisya!” Mukriz memetik jari lalu Raisya tersedar dari lamunan.

“Dah tak sabar erk?”

“Tak sabar? Tak faham..” Raisya semakin keliru dengan kata-kata Mukriz itu.

“Sabtu ni U akan faham.”

“Ish.. suka hati Encik la. Pening bila fikir.”

“Haha Sabtu ni tak pening dah.”

“Adoi.. asyik-asyik Sabtu. Nak datang makan je pun kan?”

Mukriz tersengih.



*************************



Harraz sudah banyak hari ponteng kerja. Majikan tunggu masa untuk buang dia kerja sahaja. Masih lagi bagi peluang kedua padanya untuk berubah. Namun pada hari ini patutnya dia syif pagi tetapi dia tak masuk kerja.

Harraz lepak di Starbuck, Mid Valley sendirian lalu mengisap rokok sambil cuci mata memandang orang awam yang lalu lalang disitu.

Makin lama dia makin sayangkan Raisya. Hati menggelegak mahukan Raisya menjadi suri hidupnya. Dia cemburu apabila melihat manusia yang berpasangan. Rasa marah, geram. Dan serta-merta muncul wajah Marissa yang telah menghancurkan hati dan jiwanya. Dia memang tak dapat lupakan apa yang telah Marissa lakukan padanya.

Tanpa diduga, tengah dia geram mengenangkan apa yang berlaku antara dirinya dengan Marissa, bahunya disentuh. Dia yang tengah mengisap rokok itu terus menoleh ke belakang.

“Marissa?”

Marissa yang sendirian itu tersenyum padanya. Dia yang cukup seksi dengan memakai blouse lengan pendek bersama skirt paras lutut itu mengejutkan Harraz.

“Hai.”

“Hang buat apa kat sini?” Harraz cuba mengawal perasaan marahnya sambil terus mengisap rokok.

“Aku baru dapat keja kat KL.”

“Keja? Keja apa?”

“Darling..” suara lelaki agak dah berumur mengejutkan mereka berdua.

Harraz memandang lelaki yang berblazer hitam itu. Memang separuh rambut lelaki tua itu berwarna putih. Tetapi kemas! Di dalam hati mula fikir yang bukan-bukan. Marissa memandang Harraz.

“Aku masih guna nombor lama kalau hang nak call aku.” Kata Marissa sambil tangannya digenggam erat lelaki tua itu.

Harraz diam.

“Aku gerak dulu.”

Marissa senyum pada lelaki tua itu lalu mereka berjalan bersama menuju ke sebuah kereta mewah yang tersedia dengan pemandu peribadi.

“Ini keja hang? Memang perempuan tak dak maruah!” Harraz baling rokoknya ke bawah lalu dipijaknya sekuat hati. Marissa menambah amarah Harraz yang sedia meletus itu. Tapi hatinya masih terselit rasa sayang pada Marissa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 12:40 PM | Show all posts
Jam 12.50 tengah hari..

Mukriz mengambil dompetnya lalu terus keluar dari bilik. Kelihatan Raisya sedang sibuk menaip sesuatu di handphonenya.

“Raisya.”

Raisya memanggung kepala mengadap Mukriz.

“Ya.”

“I dah nak keluar makan ni.”

“Owh, ok.”

“Betul tak nak ikut?”

“Tak.”

“Ok.” Mukriz senyum lalu berjalan laju ke pintu lif.

Raisya pandang Mukriz hingga hilang dari pandangan.

“Yelah tu nak aku ikut. Nak sedapkan hati aku ja tu..” bebel Raisya sendirian lalu bangun dan berjalan ke tempat Ana.

Ana perasan lalu tersenyum pada Raisya.

“Bos ke mana?”

Raisya hanya angkat bahu malas nak jawab soalan Ana.

“Jangan lah sedih. Jom, aku belanja makan KFC.”

“KFC je?”

“Ok lah tu. Jom!”

Raisya hanya mengikut kehendak Ana.



*************************



Di kedai makan steamboat terkenal..

Mukriz dan Alif duduk bertentangan dan mereka mula mengungkit kisah lama suka dan duka berselang seli dengan gelak tawa. Lelaki, bila dah jumpa geng yang lain tak nampak dah. Hmm.. yeke? Bukan semua kot kan?

“Kau dah kawen ke, Alif?”

“Dah. 2tahun lebih macam tu.”

“Owh.”

“Cuma belum ada rezeki anak lagi.”

“Tak pe, teruskan usaha. Hahaha”

Mereka gelak lagi.

“Isteri dengan anak kau sihat?”

Mukriz yang baru sahaja nak suap udang masuk ke dalam mulut terus terbantut dan mereka berdua mula berlawan mata.

“Aku salah tanya ke?” Alif mula rasa tak kena.

“Isteri dengan anak aku dah tak ada. Mereka berdua meninggal dunia dalam kemalangan.”

“Innalillah.. maafkan aku, Mukriz.” Alif memegang erat tangan Mukriz tanda maaf.

“It’s ok. Aku dah redha.” Mukriz menepuk tangan Alif kembali.

“Sekarang kau macam mana?”

“Macam ni lah.”

“Sampai bila nak sendiri macam ni?”

Mukriz tersenyum.

“Senyum pula dia. Tadi cerita sedih.”

“Tak la.. dah kau tanya sampai bila nak macam ni, terus aku teringat kekasih hati aku.”

“Fuyooooo!! Cantik?”

“Cantik hati dan sikap.” Jawab Mukriz selamba.

“Hamboi, perli aku ke ape? Ada tak cantik macam izara aisyah? Alaa pelakon tu..”

“Hahaha.. ala, aku tau la wife kau cantik. Model kan?”

“Manalah tahu lebih cun dari wife aku. Macam tak adil pulak..”

“Hahaha..”

“Aku main-main je.”

“Ada-ada aje kau ni.”

“Kalau dah suka bila kau nak masuk minang dia?”

Mukriz tersenyum lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 12:52 PM | Show all posts
Jam 2.30 petang..

Tengah kusyuk merekod surat masuk, tiba-tiba Raisya rasa senak perut.

“Adoi.. angin ke nak period ni?” Raisya menekan perutnya.

“Raisya.” Panggil Mukriz yang baru masuk ke pejabat itu.

Mukriz pelik melihat Raisya yang sedang menekan perutnya itu.

“Nape, Raisya?”

Raisya menoleh memandang bosnya.

“Raisya, pucat muka U ni.” Mukriz susah hati.

Mukriz cuba nak bantu Raisya, tetapi Raisya ego.

“Saya ok, encik. Sakit sikit je ni.”

“Jangan macam ni, Raisya. I hantar gi klinik, jom!” Mukriz cuba memapah Raisya tetapi Raisya tolak.

“Saya ok, encik.”

“Degil la U ni, Raisya.” Geram pula Mukriz dibuatnya.

Raisya terus pandang Mukriz. Dah la tengah sakit, boleh pula Mukriz cakap macam tu.

Ana yang dari jauh nampak macam ada yang tak kena lalu terus bangun dan berjalan ke tempat Raisya.

“Kenapa ni?”

“Ada budak degil tak nak gi klinik.” Jawab Mukriz dengan selamba.

Semakin tajam renungan Raisya pada Mukriz.

“Ko apehal, Sya?”

“Sakit perut sikit je. Tak yah risau la.”

“Haaaa.. ko minggu ni kan ehem-ehem? Pastu tadi ko minum ais kan??” kata Ana sambil tersengih.

“Ishhh sshhhhhh!” Raisya malu.

Mukriz terfikir apa yang dikatakan oleh Ana itu. Dia baru perasan, Raisya berkemungkinan tengah mengalami symptom sakit yang tiap-tiap bulan wanita alami. Dia tersengih lalu masuk ke dalam biliknya.

Raisya cubit lengan Ana.

“Sakit la oii!”

“Tau plak sakit!” Raisya geram.

“Dah tahu nak period, gagah jugak minum air ais tadi!” Ana marah Raisya.

“Tekak kering.”

“Padanlah muka ko! Ni nak Panadol tak?”

“Aku ada.”

“Haaa dah ada tunggu apa lagi? Makan la.”

“Kau ni macam mak budak tau tak?”

“Baru nak tahu?” Ana membeliakkan matanya.

Raisya yang masih geram dengan Mukriz itu terus mengambil Panadol lalu menelannya.



*************************



Mukriz bercadang balik awal pada petang itu. Dia mengunci pintu lalu berjalan ke tempat Raisya. Kunci dihulurkan pada Raisya.

“I dah nak balik ni. U tak nak balik lagi ke?”

Raisya menyambut kunci bilik itu sambil memandang jam di dinding. Pukul 5.30 petang. Kemudian dia pandang wajah Mukriz.

“Jap lagi saya balik.”jawab Raisya sambil menyimpan kunci itu.

“Ada hal ni. Tu yang kena balik awal.”

“Ada hal la sangat! Jumpa awek la tu.” Bebel Raisya di dalam hati.

Nak sahaja dia tanya bosnya nak ke mana yang awal sangat balik petang itu. Mukriz tersenyum. Manis sangat!

“Take care.” Ucap Mukriz lalu terus berlalu pergi.

Raisya mencebik.

“Kau jangan nak berangan sangat la lelaki seperti tu nak kan kau, Raisya.”bebel Raisya sendirian.

Raisya menyiapkan saki baki dua,tiga surat sebelum pulang ke rumah. Seorang demi seorang mula beredar meninggalkan dia dan Mansor sahaja di pejabat itu.

“Raisya, hari ni gaji pun kau balik lambat erk?” tegur Mansor yang mula mengemas beg untuk pulang.

“Sikit lagi je ni.”

“Tinggal kau sorang je oii. Kang ada yang lain teman kau kang!”

“Hampeh kau ni!”

Raisya terus tutup fail dan mengemas meja. Mansor gelak sendirian. Raisya mengambil handphone lalu dimasukkan ke dalam handbeg.

“Cepatlah.. lambat la kau ni.”

“Aku suruh kau tunggu aku ke?!”Raisya berangin. Hari ini mood dia memang tak baik. Asyik nak marah je.

“Cepatlah wei!”

“Kau pergi la balik! Kau ingat aku takut sangat ke?”

“Hamboi. Cakap besar kau erk?”

“Sebok! Pergilah balik.” Marah Raisya yang memang dah mula moody. Maklumlah dah hampir ‘datang bulan’ dah tu.

“Ok, fine. Aku balik erk..”

Raisya menjerling tajam.

“Jangan kau jerit panggil aku pulak.”

“Blah la!!!”

Mansor gelak lalu terus pergi meninggalkan Raisya sendirian. Raisya dengan kelam kabut mengemas mejanya dan fail-fail sulit masuk ke dalam kabinet besi. Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu, betapa takutnya dia ketika itu. Zikir sentiasa menguatkan diri yang sedang berlawan dengan perasaan takut itu.

Tiba-tiba sebaik dia mengambil handbegnya di atas meja kecil sebelahnya, dia ternampak ada bayang-bayang melintas laju di kawasan ruang tamu di hadapannya.

“Ya Allah.. takut wei!!”

Raisya mula menggeletar namun dia kena kuat semangat. Raisya bangun lalu mata liar memandang sekeliling sambil kaki mula melangkah menuju ke pintu keluar. Langkah demi langkah sehingga dengan cepat badannya dipeluk dari belakang manakala mulutnya ditutup dengan tapak tangan yang besar. Lelaki!

Raisya mula meronta minta dilepaskan. Dia menjerit sekuat hati namun suaranya tersekat kerana masih ditutup kuat lelaki tersebut. Raisya diheret masuk ke dalam bilik stor yang berdekatan.

Raisya mula menolak tubuh lelaki yang berada di belakangnya itu sekuat hati. Tidak berjaya! Tiba-tiba punyalah geram, dia mendapat idea memijak kaki lelaki tersebut. Terus dipijaknya sekuat hati sehingga lelaki itu menjerit dan langsung melepaskan pelukkan. Raisya terus menoleh laju ke belakang.

“Harraz?” terkejut Raisya.

Harraz mengaduh sakit sambil mengurut kakinya.

“Macam mana awak boleh masuk ke sini?” Raisya hairan.

Harraz mula mengukir senyuman.

“Nak seribu daya.”jawab Harraz sambil membuka jaketnya.

Raisya mula fikir pasti Harraz akan ambil kesempatan ke atasnya. Dia melangkah ke belakang dan terus berpaling mengadap pintu keluar. Lari punya lari namun tak berjaya. Harraz sempat menarik baju Raisya dari belakang dan dengan itu Raisya terus terjatuh.

Harraz tersenyum. Dia berdiri mengadap Raisya yang masih terbaring jatuh itu. Terseliuh dah tu! Jantung Raisya berdegup laju.

“Awak nak ape ni, Harraz?”

“Nak hang la..”Harraz memang dah mental.

“Gila!”

“Saja pun. Sebab hang aku gila!”

Raisya cuba nak bangun tetapi dengan pantas Harraz duduk lalu terus memegang kedua tangan Raisya rapat ke lantai. Posisi Harraz sekarang di atas Raisya.

“Lepaskan aku la!”

“Aku akan lepaskan hang kalau hang bekerja sama baik dengan aku.” Harraz tersengih.

“Tolongggg!!! Tolonggg!!”jerit Raisya sambil meronta sekuat hati.

Dia cuba nak tendang Harraz tetapi kakinya dikepit kuat dengan kaki Harraz.

“Arghhhhhhhh!!!” Raisya mula menangis. Dia semakin lemah melawan kudrat seorang lelaki.

“Hang memang cantik. Raisya.”

Harraz cuba mencium mulut Raisya.

“Tak nakkkkkkkkk!!!”

Harraz cuma acah sahaja. Dia ketawa besar. Kemudian dengan tiba-tiba dia menampar pipi kanan dan kiri Raisya. Raisya yang sedia lemah itu semakin lemah. Harraz ketawa sambil membuka tali pinggang dan zip seluarnya. Dia sebenarnya tak ada niat pun nak rogol Raisya, tetapi memandangkan nafsu menguasai akal ketika itu dia mula merubah fikiran.

Dipandangnya Raisya dari atas sampai bawah. Dibelai kepala Raisya sambil meleleh air liurnya. Raisya yang memakai seluar slack pada hari itu dibuka zipnya oleh Harraz. Raisya sedar tetapi masih blur!

“Sayang..”panggil Harraz manja sambil terus mengusap pipi Raisya yang sudah kemerahan di tampar itu.

Raisya terus menangis dan mula menolak tubuh Harraz.

“Jangan, Harraz. Please..please..pleaseeeeee!!”

Semasa Raisya tengah bergelut dengan Harraz, tiba-tiba pintu bilik stor itu terbuka akibat ditendang dengan begitu kuat. Harraz terkejut. Dengan cepat dia zipkan seluarnya dan mengambil t-shirtnya.

“Kau apahal ni?!” marah Mukriz yang sudah melipat lengan kemejanya itu.

Raisya menangis sambil mengesot ke tepi kabinet fail.

“Kau buat apa dekat dia? Kau buat apa hah?!!!” jerit Mukriz sambil menolak tubuh Harraz.

Harraz hampir terjatuh namun gagahkan diri berdiri tegak kembali.

“Macam mana kau boleh masuk sini?”

Harraz diam namun dia masih berani bertentang mata dengan Mukriz.

“Kau bisu ke ape?!!”

“Aku mau pompuan ni. AKu mau dia!!!” jerit Harraz kembali sambil jarinya dituding ke arah Raisya.

Mukriz memandang Raisya. Raisya memang lemah sangat-sangat! Mukriz kembali pandang Harraz.

“Kau memang lelaki tak guna. Bukan macam ni kau nak ambil hati perempuan.”

“Habis tu?! Aku dah buat sebaik mungkin. Hari-hari aku ikut dia balik. Aku akan pastikan dia selamat. Tapi dia tak sedar kebaikan aku.” Harraz mula meluahkan perasaannya.

“Aku dah call polis.” Gertak Mukriz.

Jantung Harraz terus berlari laju dan terus laju.

"Biar kau mereput dalam jel tu." sambung Mukriz.

Harraz apa lagi, dia berpaling ke belakang lalu terus berlari keluar dari bilik stor itu. Mukriz nak kejar tetapi dihalang Raisya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 01:57 PM | Show all posts
Raisya dan Mukriz sama-sama keluar dari klinik. Raisya masih dalam ketakutan. Dari tadi dia hanya diam dan ikut sahaja kehendak Mukriz. Raisya memang tak nak ke klinik tetapi dipaksa Mukriz. Terpaksa dia akur kehendak bosnya itu.

Mukriz membuka pintu kereta untuk Raisya. Raisya pandang Mukriz.

“Masuk.” Arah Mukriz.

Raisya masuk lalu pintu ditutup semula. Mukriz menghidupkan enjin kereta lalu membawa Raisya ke balai polis.
Semasa di dalam perjalanan, Mukriz sesekali memandang Raisya yang hanya diam membisu itu.

“I akan pastikan lelaki tu ditangkap polis.”

“Jangan!” Raisya bersuara.

Mukriz terkejut.

“Jangan? Dia dah buat awak macam-macam tau!”

“Saya tak nak dia berdendam dengan saya.”

Mukriz menggelengkan kepalanya tanpa protes.

“Apalah awak ni, Raisya.Patut awak ajar dia, bukan biar dia macam tu.”

“Encik nak bawa saya ke mana ni?”Raisya ubah topik.

“Balai”

“No! Saya nak balik.”

“Raisya!”

“Saya nak balik!”Raisya tetap bertegas tak nak buat report untuk Harraz.

“I tak faham la dengan U ni.”

Raisya diam lalu memandang permandangan di luar tingkap kereta.



*************************



Selepas solat isyak, Raisya menyendiri di dalam bilik. Haji Azman cuba memujuk namun tak berjaya. Akhirnya dia biarkan sahaja Raisya bersendirian. Mukriz telah ceritakan segalanya pada Haji Azman. Memang Raisya bernasib baik, Mukriz tertinggal dompetnya di pejabat pada petang itu menyebabkan dia patah balik semula ke pejabat.

Raisya menangis. Diambil bantal peluk lalu dipeluk dengan erat sekali. Handphonenya berdering langsung dia tak endah. Menangis dan terus menangis sehingga tertidur.



*************************



Harraz masih berada di Dataran Merdeka bersendirian dengan fikiran yang cukup berserabut memikirkan apa yang dia telah buat pada Raisya petang tadi. Air mata jantan menitis setitik dua.

“Maafkan aku, Raisya. Aku tak berniat nak buat macam tu dekat hang.” Harraz bercakap sendirian sambil memandang mat-mat motor tengah berborak sesama sendiri.

Petang tadi juga Harraz dapat berita bahawa dia telah diberhentikan kerja serta merta. Memang dia bertambah kusut dan tekanan. Dalam keadaan seperti ini membuatkan ingatannya pada arwah mak dan ayah semakin mendalam.

“Mak..” Harraz mengesat airmatanya.

Jahat mana pun, siapalah kita nak lupa mak ayah kan?

“Abang!”

Harraz terkejut dengan sapaan itu. Dia yang bersandar pada motornya itu terus toleh ke kiri. Seorang gadis muda tersenyum padanya. Gadis yang berambut perang paras bahu itu berjalan lalu berdiri bertentangan dengan Harraz.

“Saya Sofia.” Gadis itu menghulurkan tangan untuk dijabat.

Dari pemakaian gadis itu kelihatan seperti dia datang bersama-sama salah seorang mat motor di situ. Harraz balas jabat tangan itu. Gadis itu senyum lalu berdiri sebelah Harraz sambil sama-sama memandang ke arah pengumpulan motor-motor rempit itu.

“Abang sorang je ke?” begitu mesra gadis itu.

Harraz hanya senyum.

“Abang ni..bisu erk?”

Harraz terus pandang tajam ke mata Sofia. Sofia tergelak.

“Ke ada emas dalam mulut tu?”

Harraz akhirnya tersenyum lalu dia mula dapat sesuaikan diri dengan gadis itu.

“Buat apa malam-malam ni? Anak dara tak elok keluaq malam-malam lagu ni.” Tegur Harraz.

“Abang orang utara? Penang? Kedah?”Sofia tertarik dengan pelat utara Harraz itu.

“Aloq staq.”

“Wahhh.. saya ada sorang member orang kedah. Tak salah, Yan kot..”

“Owh.. ada. Ada nama Yan tu kat Kedah.”

“Maknanya dia tak tipu saya la erk.”

“Tak lah.”

Sofia dan Harraz mula membalas ketawa.

“Abang tak bagi tahu lagi nama abang ape.”

“Harraz.”

“Harraz? Macam nama novel.”

Harraz sekali lagi ketawa. Terhibur dia pada malam itu dengan telatah sofia.

“Sofia, dah lewat ni. Baik pegi balik.”

“Abang nape? Abang tak suka borak dengan Sofia erk?”

“Bukan macam tu..”

“Hai, bro!” tiba-tiba datang seorang pemuda lalu menepuk bahu Harraz dari belakang.

Terkejut Harraz. Pemuda itu tersenyum lalu berdiri sebelah Sofia. Pemuda itu berjabat tangan dengan Harraz.

“Saya Mat, abang Sofia.”

“Owh.”

Rupanya dua beradik. Harraz masih tersenyum memandang dua beradik itu.

“Kami anak terbiar, abang. Sekolah pun tak pernah habis. Mak ayah dah lama terpisah.” Kata Mat meluahkan perasaan.

Harraz tiba-tiba terperangkap dalam kisah hidup anak remaja. Dia membuka mindanya. Tak salah ketika itu dia lupakan seketika kisah hidupnya dan fokus pada cerita anak muda tersebut.

“Kami duduk dengan mak. Mak pun kadang balik rumah, kadang ikut pelanggan dia tidur hotel.”sambung Mat.

Harraz diam. Rupanya masih ada yang kurang bernasib baik.

“Abang ni mesti polis yang menyamar kan?”teka Mat.

Harraz terkejut dituduh begitu. Dia mula senyum dan ketawa kecil.

“Abang nampak macam polis erk?”

“Abang bukan polis ke?”tanya Sofia pula.

“Dak la. Abang ni pengangguq ja”

“Yeke? Ni motor besar ni. Penganggur apanye? Abang cuba perangkap kami erk?” kata Mat mula takut.

“Aku nak perangkap apa jadahnya? Aku mai sini pun aku ada masalah.”jawab Harraz sambil tersengih.

Mat dan Sofia saling berpandangan antara satu sama lain.

“Kami ingat abang ni polis.”

“Dak la.”

Harraz rasa terlalu letih sangat malam itu. Mengantuk pun ada! Dia memakai helmet lalu menghidupkan enjin motor.

“Abang dah nak balik ke?”tanya Sofia seperti tidak puas berborak dengan Harraz.

“Riso demam.” Jawab Harraz lalu bergerak laju menyusur ke jalan raya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 02:05 PM | Show all posts
Pada keesokkan paginya..

Adam yang baru lepas mandi itu berlari masuk ke dalam bilik.

“Baju Adam ayah dah iron.” kata Haji Azman sambil mengemas dapur.

“Terima kasih, ayah.” Adam terus tutup pintu.

Haji Azman berdiri di depan pintu bilik Raisya.

Tok! Tok!

“Raisya.. ayah dah siapkan sarapan.”

Beberapa minit kemudian Raisya membuka pintu. Dia gagahkan diri senyum pada ayahnya.

“Raisya ok?”

Raisya mengangguk lemah dan masih tersenyum.

“Dah. Jom makan. Tak makan kang nanti sakit perut. Bila sakit perut nak buat keje apa pun susah.”
Raisya angguk lalu mengikut ajakan ayahnya itu. Dia duduk sebelah ayahnya.

“Raisya pegi keje gak ke?”

“Ari ni hari jumaat banyak keje nak kena settle, ayah.”

Haji Azman tahu anaknya itu masih lagi lemah nak menghadapi apa yang berlaku semalam. Adam yang telah bersiap kemas dengan baju sekolah itu berjalan ke meja makan.Raisya bangun lalu mengambil bedak dan memakaikan ke muka Adam.

“Ayah masak nasi goreng. Makan sikit erk.” Kata Raisya lalu sendukkan nasi goreng itu pada pinggan Adam.

Adam duduk lalu terus makan dengan berselera.

“Raisya gi keje macam mana pagi ni? Motor tinggal dekat ofis kan?”

“Naik teksi je, ayah. Tak pun naik je bas.”

“Ayah hantarkan lah. Dah alang-alang ayah hantar Adam.”

“Tak pe. Sebelum ada motor tu pun, Sya naik bas je.” Raisya cuba melawan perasaan takutnya atas kejadian petang semalam.

“Assalammualaikum!”

Raisya terkejut.

“Siapa pula datang awal-awal pagi ni, ayah?”

“Jap ayah gi tengok.” Haji Azman bangun lalu ke pintu depan.

Raisya lap mulut adiknya yang comot itu sambil terintai-intai ke ruang tamu.



*************************



Di dalam kereta..

Akhirnya Raisya mengalah dengan ajakkan Mukriz mengikutnya ke pejabat dengan menaiki keretanya. Itu pun atas dasar pujukan dari ayahnya juga. Risau akan keselamatan Raisya.

“Saya dah banyak menyusahkan encik.”

“I lagi risau kalau mamat tu masih kacau hidup U.”

Raisya terus pandang wajah Mukriz yang sedang kusyuk memandu itu.

“Saya perlu selesaikan hal ni dengan dia.”

“Pastikan I ada bersama masa tu.”

“Sebab?”

Mukriz diam. Laju dia menyusur masuk ke basement parking B2. Harraz dari jauh hanya memandang kereta yang di pandu Mukriz itu hilang dari pandangannya. Dia memang nak jumpa Raisya lagi!



*************************



Raisya dan Mukriz masuk ke dalam lif.

“Saya tak nak menyusahkan Encik Mukriz lagi.” Raisya meluahkan rasa bersalahnya.

“Ini bukan masalah menyusahkan ke tidak. Ini masalah keselamatan. U tu bawah tanggungan I.”

“Saya boleh handle seorang diri.”

“Jangan degil, Raisya!” Mukriz tegas dengan pendiriannya.

Pintu lif terbuka. Raisya terus berjalan laju meninggalkan Mukriz di belakang jalan sendirian. Raisya tak masuk ke biliknya, tetapi dia ke tandas terlebih dahulu. Mukriz perasan, dia hanya gelengkan kepala lalu masuk ke dalam biliknya. Beberapa staf yang datang awal perasan dengan gelagat bos dengan PA nya itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-3-2016 02:09 PM | Show all posts
Harraz buntu sangat! Semalaman dia tidak tidur. Rupa dan kebersihan diri sudah tidak seperti dulu. Memang tidak terurus langsung.

Karim, Auni dan kakaknya Syakilla berkali-kali cuba hubunginya, langsung dia tak jawab. Panggilan pun tak jawab tambahan mesej. Lagilah tak balas!

Dia masih setia menunggu, parking motornya di sebelah pokok besar berhadapan dengan pejabat Raisya itu. Dia duduk atas motor lalu menghidupkan sebatang rokok. Disedut dan dihembus asap rokok ke atas dengan penuh gelisah memikirkan tentang Raisya.

“Aku nak jumpa hang, Raisya. Nak jadi apa pun, jadilah!”

Harraz akan tunggu Raisya di situ. Langit semakin gelap. Kemungkinan awal pagi itu hujan akan turun.



*************************



Sengaja Mukriz membuka langsir jendelanya lalu cuci mata memandang suasana pagi ketika itu. Tiba-tiba dia ternampak Harraz sedang duduk di atas motor sambil menghisap rokok.

“Apa dia nak sebenarnya?”

Mukriz tutup kembali langsir itu lalu terus pandang Raisya melalui cermin dindingnya yang bertentangan dengan meja utamanya itu. Raisya tengah sibuk mengemas handbeg dan mejanya.

Mukriz menekan satu punat di telefon rasmi pejabat.

“Ya.” Jawab Raisya.

“Masuk kejap.”arah Mukriz sambil pandang Raisya.

Raisya menjerling matanya ke Mukriz. Diletaknya ganggang telefon lalu terus masuk ke dalam bilik Mukriz.

“Ya. Encik nak ape?” Raisya seperti malas nak melayan Mukriz.

Mukriz menarik langsirnya. Raisya seperti faham apa yang dimaksudkan Mukriz itu. Dia terus berjalan ke jendela lalu memandang sekeliling sehingga dia nampak apa yang Mukriz nampak. Kemudian dia pandang Mukriz.

“Saya nak jumpa dia.”

Mukriz terus genggam lengan Raisya.

“Jangan degil sangat, Raisya!”

“Saya perlu settlekan hal ini.” Raisya tetap dengan pendiriannya.

“Tapi bukan di sini. Sini tempat U cari rezeki. I tak nak orang luar cakap yang bukan-bukan pasal U.”

Raisya dan Mukriz bertentangan mata. Mukriz masih kuat menggenggam lengan Raisya.

“Tolong lepaskan tangan saya.”

Mukriz tersedar. Dia terus melepaskan genggaman tangannya.

“Sorry.”

Raisya perlu selesaikan hal ini secepat mungkin.

“Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu.”

Raisya terus berjalan keluar dari bilik Mukriz. Mukriz terus mengambil handphonenya di atas meja lalu terus menghubungi Joe, pemandunya.

“Joe, kat mane?”

“Bilik pemandu, bos. Nape?”

“Macam biasa. Tolong pantau Raisya.”

“Baik.”

“Thank you.”

Talian terus dimatikan. Joe adalah orang pertama yang tahu memang Mukriz sayang dan cintakan Raisya. Joe bukan hanya pemandu peribadi Mukriz sahaja, dia juga mata-mata setiap gerak geri Raisya. Semua maklumat tersebut akan dimaklumkan pada Mukriz. Sejak awak perkenalan lagi! Joe memang setia dan amanah dalam  tanggungjawab yang diberi Mukriz.

Rahsia ini hanya Mukriz dan Joe sahaja yang tahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 02:17 PM | Show all posts
Guruh sudah kedengaran dan hujan sudah mula rintik-rintik membasahi bumi. Harraz memandang jam di tangannya.

“Sakit giler kepala! Balik dulu lah. Nanti datang balik.”

Harraz mengambil helmet lalu pakai. Dia mula menghidupkan enjin motor. Tiba-tiba dia nampak Raisya sedang berlari ke arahnya. Harraz rasa seperti mimpi ketika itu. Dia senyum lalu turun semula dari motor. Helmet ditanggalkan dan diletak atas seat motor.

“Raisya..”

“Awak jangan ingat saya dah lupa apa awak buat pada saya!” kata Raisya dengan tegas.

Sementara itu Mukriz pandang dari jauh dalam biliknya.

“Saya tahu.” Harraz bernada perlahan.

“Saya nak selesaikan hal ni dengan awak.”

“Maksud Raisya?”

“Jumpa saya dekat taman depan masjid klcc petang ni pukul 6.”

“Hah?”

“Kita jumpa petang ni.”

Raisya terus toleh ke belakang dan berlari semula masuk ke pejabatnya dengan kelam kabut kerana hujan sudah mula turun dengan lebatnya. Harraz tersenyum.

“Harraz!”

Terkejut! Harraz toleh ke kanannya. Marissa tersenyum sambil memegang payung. Harraz cuba cari dengan siapa Marissa datang. Nampaknya seperti keseorangan.

Raisya sempat toleh memandang Harraz sebelum masuk ke dalam lobi pejabatnya. Dia nampak ada seorang perempuan berskirt pendek tengah sembang dengan Harraz.

“Siapa pula perempuan tu?” bisik hati Raisya lalu berjalan menuju ke lif.

Harraz dan Marissa berteduh di bawah pokok besar itu.

“Hang buat apa kat sini pagi-pagi?”tanya Harraz endah tak endah.

“Keja macam aku ni biasalah. Kalau tak layan dengan baik, kena tinggai tepi jalan. Balik sendiri jalan kaki kalau tak ada duit tambang.” Jawab Marissa selamba.

Dari jauh, Mukriz tersenyum melihat Harraz sembang dengan Marissa. Dia kembali duduk ditempat duduknya sambil memandang Raisya yang baru sampai dengan baju sedikit basah itu.

Harraz memandang Marissa dari atas sampai bawah. Kemudian dia geleng kepala.

“Hang nak jadi apa, Marissa? Rosak..rosak..”

“Apa boleh buat? Aku dah tersasar jauh. Dah alang-alang aku ni memang tempatnya kat neraka, teruslah buat dosa ye dak?”

Harraz terus pandang Marissa.

“Hang cakap serupa tak ada iman.”

“Semua sebab jantan! Jantan semua tak guna. Syazwan pergunakan aku sampai aku jadi macam ni. Aku dah tak boleh lari dari dia. Dia ada banyak bukti tentang kejahilan aku. Dia ugut kalau aku tak ikut cakap dia, dia nak sebaqkan aib aku dekat mak ayah aku.” Marissa mula menitiskan airmata.

Harraz diam.

“Aku goda hang selama ni pun atas arahan dia. Dia nak musnahkan hidup hang sebab arwah ayah hang.”

“Hah?”

“Ya. Dia tak puaih hati dengan arwah ayah hang.”

Hujan semakin lebat dan guruh bersilih ganti.

“Sebab apa?”

“Ntah. Aku tak amik tau plak. Dia cuma cakap arwah ayah hang pernah hancoqkan kebahagiaan keluarga dia.”

Harraz mula fikir dan cuba ingat kembali apa yang dikatakan Marissa itu.

“Syazwan tu bukan betoi sangat! Yang aku pun bodoh, boleh plak dengaq cakap dia.”

“Haaa..baru aku teringat.”Harraz potong cakap Marissa.

“Padia?”

“Aku macam ingat-ingat lupa yang arwah mak aku pernah crita yang arwah ayah aku pernah masuk hutan dengan arwah ayah dia cari ayam hutan. Tapi ayah dia meninggai sebab selamatkan arwah ayah aku dari kena sondoi ngan babi hutan. Mungkin sebab tu kot dia cakap arwah ayah aku penyebab keluarga dia musnah.”

“Ntah. Yalah kot. Aku tak tau sebab memang dia tak da crita apa-apa kat aku.”

Harraz terdiam. Kemudian dia pandang Marissa semula.

“Selama ni memang hang pura-pura la sayangkan aku?” tanya Harraz untuk dapatkan kepastian.

“Aku hanya mengikut arahan.”

Harraz mengeluh.

“Aku minta maaf.”

Marissa memang tak ada perasaan langsung pada Harraz tetapi Harraz masih ada lagi segelumit rasa cinta pada Marissa.

“Rumah hang kat mana?”

“Flat murah ja.”jawab Marissa sambil mengesat airmatanya.

“Mak ayah hang tau dak hang mai sini?”

“Tau. Aku bagi tau aku dapat keja kat KL ni.”

“Hang tak sayang diri hang ka, Marissa?”

Marissa diam sambil memandang ke bawah menahan sebak. Dia terperangkap dengan kata-kata dan janji manis Syazwan. Dia cuba lari, tetapi bila dapat tangkap semula memang teruk dia dikerjakan oleh Syazwan. Dia dah tak sanggup.

“Syazwan mana?”

“Dia kat Singapore. Katanya jumpa kawan.”

Harraz mengeluarkan beberapa duit dalam poket jeansnya lalu dihulurkan pada Marissa.

“Aku ada banyak ni ja. Aku pun dah kena berhenti keja. Duit tak dak.”

“Eh, buat apa bagi duit ni kat aku.”

“Amiklah buat tambang teksi.”

“Tak payah lah.”

“Amik la hang ni pun. Nak bawak hang balik naik motor aku pun aku ada satu helmet ja. Sat gi nak bayaq saman duit lagi.”

Marissa mengambil duit itu.

“Terima kasih.”

“Aku nak hang tau yang aku sayang dan cintakan hang. Aku ingat hang ikhlas terima aku selama ni.”

“Aku minta maaf.” Mata Marissa mula berkaca.

“Aku cinta hang selama ni sepenuh hati aku. Jujur aku cakap aku masih belum boleh lupa hang..lupa apa hang dah buat dekat aku.” Harraz cuba menahan perasaan geramnya.

“Habih tu, perempuan tadi tu?”

Marissa sempat nampak Harraz berbual dengan Raisya sebelum dia datang sapa tadi. Harraz terdiam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2016 02:29 PM | Show all posts
Jam 5.30 petang..

Raisya mengemas tempat kerjanya. Dia mesti kena sampai taman klcc tu sebelum pukul 6. Dan dia akan pastikan semuanya selesai pada petang itu jugak.

Mukriz yang tiada mesyuarat pada petang itu perhati akan sikap Raisya. Dia tahu Raisya pasti akan berjumpa dengan Harraz.

Mukriz berjalan keluar dari biliknya dan berdiri berhadapan dengan meja Raisya.

“Awal bersiap nak balik.”

Teguran Mukriz itu mengejutkan Raisya yang sedang memasukkan semua fail di dalam kabinet besi di belakangnya. Raisya menenangkan dirinya yang baru lepas terkejut disapa Mukriz itu.

“Saya ada hal. Kerja pun dah siap.”

“Jumpa Harraz kan?”

Raisya terus diam. Dia pandang Mukriz.

“Saya gerak dulu.” Raisya mengambil jaket, handbeg dan kunci motornya lalu berjalan laju menuju ke pintu keluar.

Mukriz memang takkan biar Raisya bersendirian.



*************************



Hampir setengah jam Raisya tunggu akan kedatangan Harraz. Letih wei menunggu orang  ni! Boleh naik darah tinggi dibuatnya.

Raisya mengeluh.

“Lagi 5 minit dia tak sampai, aku blah! Jangan harap nak bercakap atau berjumpa dengan aku lagi.”

“Raisya!”

Pasti itu Harraz. Raisya bangun dan toleh ke belakang. Kelihatan Harraz termengah-mengah berjalan ke arah Raisya.

“Sorry lambat.”

Raisya perasan Harraz seperti tidak sihat. Mukanya pucat dan rambut yang kusut masai itu.

“Tertidoq. Mujoq terjaga. Tengok-tengok dah lewat. Kelam kabut saya pecut mai sini.” Terang Harraz sambil senyum.

Raisya bukanlah kejam sangat. Dia masih lagi ada perasaan simpati pada Harraz.

“Demam ke?”

“Eh, sikit ja. Jangan risau.” Harraz rasa dihargai pula.

Raisya dan Harraz duduk di bangku yang telah disediakan itu.

“Saya nak selesaikan hal kita.” Raisya memulakan perbincangan.

“Ok. Silakan.” Harraz teruja.

Raisya pandang wajah Harraz.

“Apa yang sedang bermain di fikiran awak sekarang?”

Harraz gelak.

“Saya serius ni!” Raisya bengang la juga. Dalam tengah serius boleh pula duk gelak-gelak.

“Ok..ok! Sekarang ni dalam fikiran saya ada awak.”

“Apa perasaan awak dekat saya?”

“Saya sukakan awak.”

“Suka yang macam mana?”

“Suka..suka..”Harraz tak tahu nak terangkan perkataan ‘suka’ itu.

“Hati saya ada pada orang lain.”

Harraz terus terdiam apabila ayat itu terkeluar dari mulut Raisya.

“Saya anggap awak tak lebih dari kawan. Ya, saya hargai pertolongan awak dulu semasa saya jatuh motor tu. Tapi itu bukan bermakna saya terus boleh balas budi awak dengan terima cinta dan ‘suka’ awak tu.” Terang Raisya panjang lebar.

Harraz cuba tenangkan dirinya.

“Saya tak sangka petang semalam sanggup awak buat macam tu dekat saya. Kejamnya awak!”

Harraz terus berdiri.

“Saya sayangkan awak.” Jawab Harraz.

“Sayang? Heh! Kalau awak sayang saya, sentuh saya pun awak takkan buat.” Jawab Raisya sambil menahan airmata dari mengalir keluar.

“Saya tak mau awak terlepas ke tangan orang lain. Maksud saya lelaki yang bernama Mukriz itu.”

Raisya terus pandang Harraz.

“Saya sayangkan awak, Raisya.”

“Tapi saya tak sayangkan awak.”tegas Raisya.

“Tentu hati awak ada pada lelaki tu kan? Kan?!” Harraz mula meninggikan suaranya.

Orang awam yang lalu lalang mula memberi perhatian pada perbualan mereka berdua.

“Kita bukan nak bincang pasal tu. Sekarang ni saya panggil awak datang sini nak bagi tahu awak jangan taruh harapan pada saya. Saya tak kisah nak berkawan dengan awak tetapi bukan lebih dari itu. Jangan sakitkan hati sendiri dengan memaksa orang yang tak sukakan kita. Awak boleh jumpa perempuan yang lebih baik dari saya di luar sana.”

Harraz diam.

“Saya merayu pada awak, Harraz. Tolonglah faham perasaan saya. Saya memang tak ada perasaan langsung pada awak. Jangan buang masa menanti cinta dari saya.”

Harraz masih diam.

“Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik dari saya. Dan saya doa hidup awak selepas ini lebih bersinar dan berjaya.” Raisya lega dapat meluahkan perasaannya.

Mereka berdua bertentangan mata.

“Kenapa nasib saya selalu tak baik?” Harraz mula sebak.

Raisya rasa kata-katanya tadi berkesan ke hati Harraz.

“Jangan cakap macam tu, Harraz.”

“Saya anak yatim piatu. Hidup terumbang ambing selepas tu. Bila saya jumpa Marissa saya ingat dialah penyeri hidup saya. Rupanya dia pun sama!! Sama macam Najwa kekasih hati pertama saya dulu. Perempuan jalang!!”

“Astaghfirullah.. istighfar banyak-banyak, Harraz. Ingat Allah..”

“Saya dah penat. Penat sangat!” Harraz kembali duduk.

Raisya bersimpati dengan nasib Harraz. Dia pun kembali duduk disisi Harraz. Masing-masing melepaskan nafas dan tenangkan diri.

“Allah dah tak sayangkan saya.”

“Harraz!"

Harraz terus pandang wajah Raisya.

“Allah sayang semua hambaNya. Cuma kita ja yang kadangkala alpa dengan dunia.” Raisya cuba tenangkan hati Harraz.

“Allah tengah menguji awak, Harraz. Dia uji sebab dia tahu awak mampu. Dan Dia juga uji sebab dia sayangkan awak. Dia rindukan rintihan, luahan hati awak.”

Harraz sebak. Begitu juga Raisya.

“Kita sama-sama balik pada Allah. Insyaallah, ingat Allah hati kita tenang.”

Harraz menangis. Dia dah tak malu menangis di hadapan perempuan.

“Banyak dosa saya, Raisya..”

“Allah Maha Pengampun, Harraz. Allah Maha Pengampun.”

Raisya cuba memujuk Harraz. Namun dari sudut jauh, Mukriz yang berada di dalam kereta tersenyum kerana dia tahu Raisya dapat selesaikan masalah tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 02:38 PM | Show all posts
Sebaik sampai rumah, Harraz terus masuk ke dalam biliknya. Haikal agaknya balik lewat pada hari itu.
Harraz menangis. Dia bersyukur dia masih belum terlambat.

“Ampunkan aku, Ya Allah..”

Harraz bangun lalu masuk ke dalam bilik air membersihkan diri. Sepuas hati dia menangis sambil menjiruskan air ke muka.

Selepas tunaikan solat isyak, terus dia solat Taubat. Taubat sepenuh hati agar Allah ampunkan segala dosa-dosanya.



*************************



Raisya masuk ke dalam rumah. Dia tersenyum apabila terpandang ayahnya dan Adam tengah bergelak menonton kartun chibi maruko chan.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam. Lewat balik, Raisya.” Haji Azman tak risau kerana Mukriz awal-awal ada menghubunginya bagi tahu yang Raisya ditemaninya dari jauh.

Raisya salam cium tangan ayahnya.

“Dah settle.” Raisya tersenyum puas.

“Apa yang settle?”

“Raisya dengan Harraz.”

“Raisya jumpa dia ke tadi?” Haji Azman pura-pura tak tahu.

“A’ah.”

“Astaghfirullah. Sorang?”

Raisya angguk.

“Jangan la macam ni, Raisya. Kalau dia apa-apakan lagi macam mana?”

“Jumpa dekat tempat awam la, ayah. Allah kan ada..”

“Berani sangat anak ayah ni.”

“Terpaksa, ayah. Tapi alhamdulillah semua dah settle. Raisya dah selesai dengan cara baik. Dah berterus terang dengan dia.”

“Yalah. Pegi mandi. Jap gi pegi makan dengan Adam. Dia belum makan lagi ni. Asyik tengok kartun je. Mentang-mentang esok tak sekolah.”

Adam hanya tersengih.

“Along mandi jap. Nanti kita makan sama.” Raisya sempat mengusap kepala Adam lalu terus berlalu masuk ke dalam biliknya.


*************************


Mukriz datang ke rumah Pak Tehnya di Gombak bersama dengan Alif. Berborak dan makan malam bersama dengan keluarga Pak Tehnya. Mukriz masih ada ibu tetapi ibunya tinggal di Korea hampir 15 tahun selepas berpisah dengan arwah ayahnya. Dia kalau nak jumpa ibunya, dia akan ke Korea.

Sedih kisah hidup keluarga Mukriz ni namun dia tabah hadapi semua ujian itu kerana dia yakin Allah Maha Penyayang.

Selepas selesai makan malam, mereka ke ruang tamu sambung berborak sambil minum kopi panas.

“Mak kamu dah tahu ke hal merisik kamu ni?” tanya Mak Teh sambil tuang kopi ke dalam cawan.

“Dah call mak. Dia cakap teruskan.”

“Mak tak nak balik?”

“Mukriz tak harap pun, Mak Teh. Masa Mukriz kahwin sebelum ni pun mak tak balik.”

“Kerasnya hati mak kamu tu. Tapi mak kamu tu Mak Teh tahu dia teringin nak balik tetapi ego dia tu menghalang segalanya.”

“Entahlah, mak teh. Saya dah banyak kali pujuk mak, tapi mak macam tu gak. Tetap dengan pendiriannya.”

“Teruskan berdoa moga Allah lembutkan hati mak kamu.”

“Insyaallah. Ingat kalau mak tak balik juga masa majlis kahwin nanti, nak kena bawa Raisya jumpa mak di sana.”

“Baguslah.”

“Esok Pak Teh ngan Mak Teh nak singgah rumah Mukriz atau jumpa mana-mana?”

“Berkumpul rumah kamu dulu la senang.”

“Yelah. Saya mana-mana pun ok.”

Alif hanya diam teman dan senyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 02:48 PM | Show all posts
Semasa di dalam perjalanan Mukriz menghantar Alif pulang ke rumah, mereka sempat berborak lagi.

“Terima kasih temankan aku jumpa Mak Teh dan Pak Teh aku.”

“Haha.. small matter.”

“Habis la wife kau bising dekat aku jap gi lambat hantar laki dia balik.”

“Haha.. yelah tu. Dia tak kisah sangat pun aku balik awal ke lambat ke. Dia always busy dengan kawan-kawan dia.”

“Kau kurang beri perhatian pada dia ni.”

“Mungkin kot.”

“Perempuan ni sukakan perhatian. Alaaa acah-acah pun dah ok.”

“Haha.. banyak pengalaman.”

Alif menepuk bahu Mukriz. Mereka gelak bersama.

“Mukriz, aku nak tanya boleh tak? Itu pun kalau kau tak kisah la”

“Tanya je.”

“Pasal mak kau.”

“Aku dah agak. Mesti kau nak tanya pasal ni.”

“Kalau kau rasa macam tak selesa, aku faham. Aku..”

“Boleh je nak cerita. Mak aku ni kahwin dengan arwah ayah aku dengan cara kahwin lari. Sebab tok aku ni tak kenan dengan arwah ayah aku. Arwah ayah aku ni bukan orang senang. Keja kampung. Kira kahwin tanpa restu la.”

“Owh..”

“Lepas arwah ayah aku meninggal, mak aku buat keputusan sambung belajar dekat Korea dengan kawan dia. Sebab tok aku memang tak terima mak aku. Sampaikan tok aku meninggal pun mak aku tak balik. Sedih sangat! Memang langsung tak balik sini. Aku kalau rindu dia, aku berlepas ke sana.”

“Kau dah pujuk?”

“Tak larat nak pujuk. Memang ego mak aku ni lain sikit. Kalau itu yang dia cakap, itulah jawapannya. Tapi kan, aku bagi tau kau sorang je ni.”

“Ape?”

“Aku dah ada bapak tiri.”

“Hah?”

“Sape pun tak tahu dia dah kahwin baru.”

“Tapi tak mustahil juga kan? Kita ni manusia perlukan teman untuk hidup bersama. Bapak tiri kau orang Malaysia?”

“Korea.”

“Hah?! Wow hahaha”

“Haha.. tup-tup dapat adik korea amik kau hahaha”

“Tak mustahil kan kalu rezki hahaha”

Mereka berdua gelak lagi.

“Masing-masing ada kisah hidup kan? Eh, bakal tunang kau tu siapa? Kenal dari mana?”

“PA aku.”

“Astaghfirullah hahaha kisah hidup kau ni banyak mengejutkan aku.”

“Dah yang tu kenan di hati.”

“Dah bagi tahu dia esok kita sampai pukul berapa? Kang kelam kabut plak dia.”

Mereka sudah sampai di depan rumah Alif.

“Dia tak tahu aku nak datang merisik dia ni.”

“Kau ni. Adoi sekali lagi kau terkejutkan aku. Kau ni biar betul?”

“Aku cuma cakap nak datang makan-makan je. Tapi tak tahu lah kalau ayah dia bocor rahsia.”

“Adoi la kau ni. Buatnya dia tolak?”

“Haha.. confirm dia terima.”

“Ewah. Tinggi confident kau ni.”

“Insyaallah. Doakan aku erk.”

“Insyaallah. Moga Allah permudahkan urusan kau esok kononnya nak surprisekan dia.”

“Hahaha.. amin.”

“Esok pagi aku parking kereta aku dekat rumah kau la erk.”

“Boleh..boleh. no hal!”

“Thanks hantar aku sampai depan rumah.”

“Ok.”

Mereka berjabat tangan sebelum Alif masuk ke dalam rumah.



*************************



Raisya mengemas dapur sebelum masuk ke dalam bilik. Dia sapu dan mop lantai dengan bersih dan kemas. Haji Azman keluar dari biliknya lalu berjalan ke arah dapur.

“Belum tido lagi, Raisya?”

Haji Azman tarik kerusi di meja makan tu lalu duduk melihat Raisya tengah mop lantai.

“Tak leh tido la ayah kalau tak kemas semua ni.”

“Raisya, ayah ada sesuatu nak bagi tahu kamu walaupun Mukriz sebenarnya nak buat surprise untuk kamu.”

Raisya terus berhenti mop lantai.

“Ayah jangan takutkan Raisya.”

Raisya terus tarik kerusi dan duduk dekat dengan ayahnya.

“Baik ayah cakap apa yang ayah dengan Mukriz tengah kauntim ni.” Raisya ugut ayahnya.

“Err..”

“Ayah tak bagi tahu, Raisya tak bagi ayah berniaga dah lepas ni.”

“Eh jangan lah macam tu. Bosan la ayah duduk rumah je.”

“Haaa..kalau tak nak Raisya kurung ayah, ayah kena berterus terang dengan Raisya.” Sengaja Raisya gertak ayahnya macam tu supaya dia dapat tahu hal yang sebenar.

“Mukriz datang esok ada tujuan.”

“Tujuan? Tujuan ape?”

“Mukriz nak bawa rombongan nak masuk merisik meminang kamu.”

Raisya memang terkejut.  Nak gelak ke, nak lompat ke nak ape sekarang ni? Dia nak senyum tapi malu-malu dengan ayahnya.

“Raisya marah ayah ke?”

“Kenapa ayah tak terus je sembunyikan semua ni dari Raisya?”

“Ayah tak tahu. Ayah tak boleh nak simpan. Mesti nak luah juga dekat Raisya.” Haji Azman risau anaknya marah.

Raisya senyum. Haji Azman terus lega dan lapang dada apabila melihat anaknya tersenyum.

“Dah pandai erk kauntim bersama.” Raisya menumbuk manja perut boroi ayahnya itu.

Ayahnya gelak geli diusik anaknya. Tanpa disangka Haji Azman terus memeluk Raisya dengan eratnya.

“Ayah..”

Haji Azman menangis.

“Ayah, nape nangis ni?”

“Anak ayah dah besar. Tak lama lagi dah nak jadi isteri orang.”

“Alaa ayah ni. Sedih pulak…ni yang buat Raisya nak nangis sama ni.”

Raisya memeluk erat ayahnya.

“Raisya sayang sangat ayah. Ayah pengganti ibu dalam hidup Raisya. Nanti Raisya dah kahwin Raisya nak bawa ayah dan Adam tinggal dengan Raisya.”

“Tinggal mana?”

“Err..” Raisya terlepas cakap.

“Maknanya Raisya setuju la erk terima pinangan Mukriz esok ni?”

Raisya malu. Merah mukanya diusik Haji Azman.

“Itu yang ayah nak kan?”

“Kalau ayah nak pun, kalau tuan badan tak nak apa boleh buat?”

“Betul!”

“Ni terima ke tak?”

“Istikharah dulu boleh?”

“No problem. Esok pagi bagi tahu ayah.”

“Ai ai chip!!” Raisya tabik hormat ayahnya.

“Macam-macam kamu ni, Raisya.”

Raisya tersenyum sambil mula terbayang wajah Mukriz.

“Hampeh punya bos. Berahsia dengan aku erk? Patutlah tak bagi aku ke mana-mana esok. Hmmm” bisik hati nakal Raisya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 02:56 PM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Alhamdulillah, urusan merisik dan pertunangan selamat dan dipermudahkan semuanya. Cincin merisik dan tunang di sarungkan oleh Mak Teh Mukriz ke jari Raisya. Cantik Raisya memakai baju kurung serba soft pink itu.

Mukriz dan Alif masih di dalam kereta menunggu arahan dari Pak Tehnya. Berdebar juga la walaupun ini kali kedua dia menempuh alam pertunangan ini. Dia harap Raisya dapat menerima dirinya yang serba kekurangan itu. Seorang staf pun masih belum tahu kecuali Joe.

“Releks, bro.” pujuk Alif sambil mengurut bahu Mukriz.

“Tengah releks.”

Tiba-tiba Pak Teh muncul lalu tunjuk isyarat ‘thumbs up’. Mukriz terus berlapang dada dan bersyukur semuanya dah selamat.

“Jom, kita masuk dalam.” Ajak Mukriz.

Mukriz dan Alif sama-sama keluar dari kereta tersebut. Di dalam perjalanan ke rumah Raisya, Alif terpandang motor scooter yang pernah dia tengok itu.

“Raisya?”

Jantung Alif berdegup laju.

“Jap.” Alif menarik lengan Mukriz.

“Nape?”

“Apa nama tunang kau?”

“Baru nak tanya? Haha.. nama dia Raisya. Raisya Haji Azman. Dah, jom masuk.”

ALif masih termenung.

“Alif, kau menung apa ni?”

“Eh, kau masuk dulu. Aku tertinggal handphone dalam kereta kau.”

“Owh, ok.”

Mukriz masuk ke dalam rumah Raisya manakala Alif masuk ke dalam kereta Mukriz.

“Astaghfirullah.. ujian apakah ini?” Alif mengumpul semangatnya untuk masuk ke dalam rumah Raisya.

Mukriz bersama ahli keluarganya berkumpul menunggu makanan dihidangkan. Haji Azman bersama anak buah menghidangkan lauk makanan kampung di ruang tamu kecil tersebut. Raisya yang masih duduk di pelamin simple itu sibuk bergambar dengan anak-anak buahnya.

Mukriz tersenyum melihat gelagat Raisya yang seperti keanak-anakkan itu. Namun dia masih menunggu kehadiran Alif.

Setelah perbicangan sebelum menyarungkan cincin tadi, mereka berdua akan melangsungkan perkahwinan dua bulan dari sekarang. Mukriz tak nak lewatkan perkahwinan bagi mengelakkan fitnah.

“Assalammualaikum.” Alif masuk bagi salam dan dijawab semua penghuni di dalam rumah tersebut termasuk Raisya.

Raisya dan Haji Azman terkejut.



*************************



Haji Azman dan Alif berdiri di satu sudut di depan halaman rumah. Alif memberanikan dirinya bertentangan mata dengan bekas bakal bapa mertuanya suatu ketika dulu.

“Maafkan saya, ayah.. eh, pak cik.”

Haji Azman melepaskan nafasnya perlahan-lahan. Kemudian dia menepuk bahu Alif.

“Panggil je ayah.”

“Saya minta maaf, ayah.”

“Benda dah lama berlalu. Dah tak ada jodoh kan? Lagipun Raisya dah redha.”

Alif toleh ke pintu rumah Raisya. Dia nampak Raisya sedang berborak dengan Mukriz di halaman rumah.

“Mak ayah sihat?”

“Ya?” Alif kembali fokus pada Haji Azman.

“Mak ayah sihat?”

“Alhamdulillah sihat.”

“Alif dah kahwin kan dengan anak Pak cik Saiful tu?”

“Aah.”

“Alhamdulillah. Jom, jumpa Raisya.”

“Eh, tak pe ayah.”

“Jangan macam tu. Raisya dah ok dah tu.”

Alif mengikut Haji Azman dari belakang menuju ke pintu rumah kembali. Mukriz mula rasa macam ada yang tak kena. Haji Azman tersenyum memandang Mukriz.

“Tahniah dah jadi tunang anak pak cik.”

“Terima kasih, pak cik.”

“Eh, lupa nak kenalkan. Ni..”

“Ni kawan saya pak cik, Alif.” Jawab Mukriz risau bakal bapa mertuanya tidak tahu.

“Tahu. Untuk pengetahuan Mukriz, Alif ni bekas tunang Raisya dulu.”

Mukriz terdiam. Dia dan Alif bertentang mata.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 kejutan dlm citer momey ni
Mau sakit jantung akak taw
Btw akak suka jer jln citer yg bersimpang siur
Tp cam kejam sikit nk speku, bini Aliff tu selain buat modelling jd call girl gak ke......huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 03:18 PM | Show all posts
fatehana replied at 8-3-2016 03:16 PM
Mcm2 kejutan dlm citer momey ni
Mau sakit jantung akak taw
Btw akak suka jer jln citer yg bersimpa ...

hahaha.. tp kak dh nk abih dh ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Smbung esk na insyaallah utk epi last
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
momey replied at 8-3-2016 04:58 PM
Smbung esk na insyaallah utk epi last

Oklah akak tunggu esok utk last episode ek
Happy ending gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2016 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu momey buat novel ni sure pelbagai konflik bakal timbul
Tp sbb Harraz pun dah insop so bg ajelah kepak kepung kat raisya dan mukriz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2016 07:14 AM | Show all posts
fatehana replied at 8-3-2016 08:00 PM
Klu momey buat novel ni sure pelbagai konflik bakal timbul
Tp sbb Harraz pun dah insop so bg ajelah ...

morning kak

hahaha dh leh agak erk hepi ending

xpa2.. jom smbung bg abih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2016 07:22 AM | Show all posts
Semasa di dalam perjalanan pulang ke rumah Mukriz, masing-masing mendiamkan diri. Kalau Alif tahu begini ceritanya, dah lama dia pandu sendiri keretanya dan tak perlu susahkan Mukriz.

“Mukriz, aku..”

“Aku ok.”

“Aku tak sangka pula benda macam ni akan terjadi.”

“Biasa. Kadang yang tak jangka tu akan berlaku.”

“Tapi aku nak kau tahu yang aku dah tak ada apa-apa perasaan dekat Raisya. Sumpah!”

Mukriz diam.

“Lepas ni aku takkan ganggu hidup kau lagi. Aku..”

“Aku ok lah, Alif. Kau jangan risau pasal aku. Lagipun korang dah lama terpisah kan? Bila dah bertemu balik ni takkan aku nak putuskan silaturrahim pula? Kan?”

“Kau jangan ingat aku nak pikat balik Raisya.”

“Aku percaya dengan kau.”

“Aku tak nak putus sahabat sebab benda yang macam ni.”

“Ya. Aku tahu.”

Mukriz memberhentikan kereta di depan rumahnya. Kemudian dia pandang Alif. Alif serba salah sangat-sangat.

“Kau jangan risau lah. Aku faham. Semua ni pun dah takdir.”

“Aku dengan kau masih kawan kan?”

“Yee..”

Alif terus memeluk Mukriz. Mukriz menepuk belakang badan Alif.

“Aku doakan kau dan Raisya berbahagia hidup bersama. Raisya memang gadis yang baik. Memang dia layak untuk kau.”

Mukriz tersenyum mendengar doa dari Alif itu.

“Terima kasih sebab doakan yang baik-baik untuk aku.”

“Aku..gerak dulu erk.”

“Ya,silakan.”

ALif terus keluar dari kereta Mukriz dan berjalan menuju ke kereta Hondanya. Dia sempat lambai tangan pada Mukriz.



*************************



Raisya cuci mukanya dengan make up remover Hadalabo yang menjadi skincare kegemarannya. Sambil cuci sambil teringat akan kedatangan Alif tadi. Kedatangan Alif itu membuatkan dia teringat balik sewaktu saat-saat putusnya pertunangan di pertengahan jalan.

Alif memilih Sarah dari dirinya hanya kerana Sarah lebih cantik dan bekerjaya ketika itu. Lagipun Sarah lebih pandai mengambil hati Alif. Dia redha. Dia redha semua itu adalah ujian buat dirinya. Dia tahu Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk dirinya.

“Kenapa perlu jumpa dia lagi? Tapi aku tahu sekarang sudah tentu dia bahagia bersama isteri tercinta dia tu. Dan aku..aku dah ada tunang yang aku sayang. Eh, cewahh!”

“Raisya! Awak tu belum makan lagi. Baik keluar makan dulu ni.” Jerit Haji Azman dari luar bilik.

“Ops! Ingat ayah terdengar apa aku cakap tadi. Ye, ayah!! Jap gi Raisya kuar makan. Tengah cuci make up ni.” Jerit Raisya lalu bersihkan mukanya.



*************************



Isnin..

Raisya meletak hanbegnya di atas meja sambil curi pandang di dalam bilik Mukriz. Mukriz sedang sibuk membelek surat di dalam fail.

“Ada meeting ke pagi ni?”

Raisya terus semak jadual harian Mukriz.

“Aik? Hari ni langsung tak ada meeting. Appointment pun tak de. Tapi busy semacam je.”

Raisya angkat bahu lalu mengemas mejanya.

“Oii!!!” sergah Ana lalu ternampak dua cincin yang bersinar di jari Raisya.

“Kau ni kan!” Raisya terus menampar lengan Ana.

“Boleh tak kau jangan terkejutkan aku?”

“Haha.. marah benar. Hamboi dia! Merelit aihh cincin di jari. Sape bagi?”

“Adalah!” Raisya angkat keningnya sambil tersenyum.

“Berahsia plak dia. Cincin tunang ke wei?”

Raisya angguk.

“What?!!!”

“Shhhhh.. kau diam sikit boleh tak?”

“Kau tunang dengan sape wei?”

“Adalah!” sengaja Raisya kenakan Ana.

“Eee..nyampahnya aku! Merajuk la macam ni.” Ana terus berlalu ke tempatnya semula.

“Laaa..merajuk pula.”

“Raisya!”

Terus Raisya pandang ke pintu bilik Mukriz.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2016 07:34 AM | Show all posts
Raisya masih berdiri bertentangan dengan Mukriz di dalam bilik Mukriz itu. Raisya menunggu Mukriz memulakan perbualan terlebih dahulu.

Mukriz mengeluh kecil.

“I ni kuat cemburu tau.”

Raisya yang dari tadi tundukkan mukanya terus panggung mukanya mengadap Mukriz.

“Jangan bagi I hilang kepercayaan pada U.”

Raisya dah dapat syak. Ini mesti kes Alif semalam.

“Alif tu dah kahwin kan?” jawab Raisya selamba.

“Tapi hati manusia boleh berubah.”

“Tapi bukan hati saya.”

Mukriz diam.

“Saya dengan Alif dah lama putus tunang. Kita orang jumpa semalam pun dah tak rasa apa-apa dah perasaan dalam hati ni.”

Tajam pandangan Mukriz padanya. Kalau boleh tembus, pecah mata Raisya dibuatnya!

“I hope so.”

“Terpulang.”

Baru sahaja Raisya nak beredar, Mukriz menarik lengan Raisya.

“I love u so much, Raisya.” Ucap Mukriz dengan suara machonya itu.

Ya Allah, cair dibuatnya Raisya.

Tok! Tok! Tok!

Mukriz melepaskan pegangan tangannya. Mereka sama-sama memandang ke arah pintu.



*************************



Harraz datang ke rumah Raisya pada majlis pertunangan itu namun dia tengok dari jauh sahaja. Dia sedar siapa dirinya dalam hati Raisya dan dia tahu sebenarnya dia masih di dalam dilemma dengan hatinya sendiri.

Harraz minum kopi di sebuah kedai tepi jalan itu. Dia melihat Marissa tersenyum berjalan ke arahnya dengan penuh lenggang lenggok. Marissa yang baru keluar dari tandas kedai kopi tersebut menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Harraz.

“Hang dah order makan ka belum?” tanya Marissa sambil mengenakan lipstick merah darah.

“Dah.”

Marissa sengaja muncungkan mulutnya pada Harraz.

“Cun tak?”

Harraz hanya tersengih.

“Eh, kita tanya dia boleh plak gelak ja.” Marissa menyimpan semula lipstiknya di dalam handbeg.

Harraz terus memegang tangan Marissa. Marissa sentap!

“Aku tak boleh tengok la hang macam ni. Aku tak mau hang terus hanyut.”

Marissa menarik tangannya semula.

“Aku dah biasa.”

“Sampai bila?”

Marissa diam.

“Hang nak biaq Syazwan terus hancuqkan hidup hang?”

“Aku tak mampu nak berlawan.”

“AKu rasa dah sampai masa hang berterus terang dengan keluarga hang.”

“Gila!”

“Biar gila dari la ni.”

“Hang cakap senang!” Marissa terus bangun dan keluar dari kedai kopi tersebut.

Harraz menggelengkan kepalanya sambil meletak duit rm5 di atas meja. Kemudian dia mengejar Marissa dari belakang.

“Dia untung! Tapi hang dapat apa?!!” jerit Harraz.

Marissa mematikan langkahnya.

“Aku masih sayangkan hang, Marissa. AKu tak tau pasai apa aku tak boleh lupakan hang.”

Marissa terus toleh ke belakang.

“Aku bukan perempuan yang baik, Harraz. Hang sendiri pun tau aku ni keja apa. Pompuan murah ja aku ni! Aku tak layak untuk hang. Ramai lagi perempuan kat..”

Belum sempat Marissa menghabiskan ayatnya, Harraz terus meletakkan jari telunjuknya pada bibir Marissa yang mungil itu.

“Aku juga manusia biasa, Marissa. Aku pun banyak dosa.”

“Lain, Harraz.. lain” Marissa menangis.

“AKu akan bawak hang. Aku akan pimpin hang. Kita sama-sama bersatu berubah demi Allah.”

Marissa bertentang mata dengan Harraz.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.071725 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list