|
Apa ada pada rupa?
Fa Abdul
| March 20, 2016
Lumrah hidup zaman ini, tutur kata, kesusilaan, budi bicara serta perwatakan bukan keutamaan.
COMMENT
Saya menghadiri satu mesyuarat tempoh hari di sebuah rangkaian televisyen milik kerajaan. Mesyuarat tersebut adalah bagi mengkaji keberkesanan program-program yang di terbitkan oleh salah satu jabatan di sana.
Dihadiri oleh pegawai-pegawai atasan, mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar, di mana setiap program melalui satu proses kritikan bagi membaik-pulih prestasi serta kualiti produksi.
Setelah menonton, mengkritik dan memberi pandangan bagi beberapa buah program, tibalah pula giliran satu rancangan kanak-kanak yang dihoskan oleh seorang budak perempuan berusia dalam lingkungan 10 – 12 tahun. Budak tersebut berpakaian ringkas, bertudung serta berkulit hitam-manis.
Sebaik sahaja selesai menonton program tersebut, ahli-ahli mesyuarat bertindak mengulas serta memberi cadangan bagi memperbaiki inti-pati rancangan tersebut apabila seorang pegawai kanan dari bahagian kualiti jabatan tersebut mula bersuara.
“Pada pandangan saya, hos rancangan tersebut tak sesuai. Macam budak kampung. Sepatutnya kita pilih budak yang lebih cantik dan ada gaya.”
Bagai terkejut biawak saya mendengar komen lelaki tersebut.
“Lain kali, adakan ujibakat dan cari budak yang betul-betul sesuai. Tak payahlah nak pilih budak yang pakai tudung. Ada banyak lagi budak-budak yang lawa untuk jadi hos rancangan kita.”
Pandangan saya yang makin haru-biru itu saya lemparkan pula pada ahli-ahli mesyuarat lain yang rata-ratanya dari kalangan wanita belaka. Tiada seorang pun yang bersuara. Masing-masing tersenyum, ada yang mengangguk dan ada pula yang mengiyakan cadangan tersebut.
Sedih. Sungguh sedih.
Di era globalisasi ini di mana para wanita menuntut kesaksamaan dengan kaum pria, ada pula ruang untuk perkara sebegini berlaku. Tapi yang geramnya, para feminis yang sering mendabik dada meminta lelaki berhenti bertindak seksis dan mula menghormati bakat dan kebolehan yang ada pada wanita kini tampaknya tidak kurang beda.
Nasib baik jugalah saya punya mulut laser yang takkan berdiam diri mendengar seorang gadis manis yang berbakat dikutuk dek kerana rupa parasnya. Tapi sedihnya tiada sesiapa pun yang sanggup membuka mulut dan menyokong bantahan tersebut, masing-masing berpandangan bahawa bakat tidaklah sepenting rupa. Memang bebal.
Rata-ratanya pada firasat saya, bukan sahaja para lelaki yang berlaku bebal, malah wanita juga turut bebal sekali. Jika masing-masing bertindak bebal, bagaimana mungkin kita lahirkan generasi masa depan yang kurang bebalnya? Ish, sakitnya hati.
Perkara sebegini bukanlah sesuatu yang baru di kalangan masyarakat kita. Lihat sahajalah artis-artis tempatan kita yang cukup glamour meskipun bakat taklah sehebat mana. Masing-masing mengharapkan rupa paras serta potongan tubuh badan untuk menempa nama di persada seni tempatan. Patutlah rancangan-rancangan tempatan kita jauh ketinggalan dari aspek mutunya.
Dalam kehidupan sosial juga tak banyak bezanya – yang berkulit cerah, berambut lurus dan berbadan kecil mendapat layanan yang lebih baik daripada mereka yang sebaliknya. Tutur kata, kesusilaan, budi bicara serta perwatakan tidak pernah menjadi keutamaan. Bagai meluruskan benang yang basah, acapkali saya lihat wanita sendiri yang berpandangan sedemikian.
Dalam urusan mencari jodoh juga begitu. Kalau mencari bakal isteri, bukan sahaja para lelaki mahukan yang comel dan lawa, malahan ibu mertua sendiri inginkan anak menantu yang cantik rupa parasnya. Apalah nasib mereka yang kurang dari aspek fizikal namun memiliki nurani yang cukup hebat serta tiada tolok bandingnya? Melepaslah jawabnya dek terlalu obses pada keanggunan fizikal semata.
Itulah lumrah hidup kita di zaman ini. Keperibadian tinggal menjadi liabiliti manakala kecantikan fizikal menjadi aset. Nampaknya dalam kita bergerak ke hadapan bagi menggapai wawasan sebagai bangsa yang membangun, banyak yang akan kita cicirkan di belakang. Agaknya satu masa nanti kita akan tinggal menjadi satu masyarakat yang tak punya akal yang bijak, cuma obsesi pada sifat-sifat luaran semata.
Secara jujurnya, kalau diteliti, rasanya manusia zaman batu yang tidak mengenal akan kecantikan luaran manusia lebih maju daripada kita di zaman moden ini.
Alahai.FMT
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa, memandangkan ianya utk komersil, harus la nak cari yg cantik dimata. lepas tu, kalau sekadar cantik tapi hazab mengacara cam neelofa, tetap akan kena hambat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ada pada rupa? cuba kak gost muncul tetiba masa tgh meeting tu, mau semua melompat keluar bilik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk komersial itulah harga yg mesti dibayar sekarang...
|
|
|
|
|
|
|
|
tunggu eh malam ni dek ken
|
|
|
|
|
|
|
|
haipp!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu, memenuhi kehendak pelanggan , budak yang tulis ni nak fefeling syurga ka banyak pelanggan banyak duit |
|
|
|
|
|
|
|
mmg org nk tgk kat tv yg cantik2 jah..hakikatnya sebegitu...truth hurts... |
|
|
|
|
|
|
|
walau mcm mana pun di Msia mmg mereka mencari rupa.. tiada rupa mmg lah ke lautlah jawab nya |
|
|
|
|
|
|
|
apa2 pun orng tetap pandang rupa |
|
|
|
|
|
|
|
aku sendiri sgt suka kpd lelaki tampan
apa hal bohong diri sendiri ,rupa xde apa2...kita bukan buta ......siapa nak yg hodoh ? lepas tu xcukup dgn hodoh jaid bodoh pula nya...sial! |
|
|
|
|
|
|
| |
|