View: 3074|Reply: 6
|
Tip Menghadapi Lelaki Yang Ego
[Copy link]
|
|
Anda wanita yang mahu memenangi ego seorang lelaki? Hakikatnya lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan kerana ia memang telah menjadi lumrah alam. Ciri-ciri maskulin ini pasti akan ada dalam diri setiap lelaki yang normal. Ia bukanlah sifat diri yang sengaja dibuat-buat, tetapi memang telah tertanamkan dalam diri setiap lelaki.
Walaupun begitu jika anda wanita yang mahu berdepan dengan lelaki sejati ini tak perlu takut sangat kerana ego lelaki bukanlah bermaksud sesuatu yang negatif semuanya. Kebanyakkan lelaki rasional dan pandai mengendali ego masing-masing.
Selain itu tips dibawah ini juga antara cara terbaik untuk berdepan dengan ego lelaki:
Dengar apa yang mereka katakan
Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya 100% tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.
Buatkan mereka berasa bijak
Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal sekalipun, jangan memberi kenyataan sehingga mereka menganggap anda memikirkan mereka tidak bijak! Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba untuk mempertahankan walaupun mereka sebenarnya sedar mereka salah.
Buatkan mereka merasakan sebagai SUPER HERO
Tidak dapat dinafikan setiap lelaki di dunia amat mengharapkan untuk menjadi hero kepada seseorang wanita. Buatkan mereka merasakan mereka adalah penyelamat anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dan tahu bahawa pasangan anda mungkin tidak dapat membantu, jangan sesekali cuba untuk menyembunyikannya. Tanyakan pendapat mereka walaupun peratus mereka untuk membantu adalah amat sedikit.
Jangan lokek beri pujian
Hanya dengan pujian yang sederhana sahaja mampu untuk mengurangkan keegoan seorang lelaki. Bukan wanita sahaja yang gemarkan pujian, tetapi lelaki juga sama. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka kata-kata pujian. Ini akan membuatkan mereka merasakan anda betul-betul menghormati mereka. Apabila anda telah menunjukkan rasa hormat, tidak mutahil untuk mereka juga menghormati dan menghargai diri anda. Anda boleh rujuk ebook Rahsia Memahami Pasangan Anda untuk penerangan yang lebih mendalam.
Pada dasarnya untuk menjinak ‘ego’ seorang lelaki bukanlah perkara sukar hanya perlu hargai dan sentuhi hatinya hingga ke dasar lubuk hatinya. Buat dia tersentuh dengan apa yang anda (wanita) lakukan.
Namun pada hakikatnya bukanlah suatu hal mudah untuk menyentuh hati seorang lelaki apatah lagi yang pernah merendahkan egonya demi seorang perempuan namun akhirnya dikecewakan. Jika ada wanita yang berfikir mampu mempermainkan maruah seorang lelaki dengan menjatuhkan egonya lebih baik berhati-hati kerana mungkin perbuatan itu akan memakan diri wanita itu sendiri. Jadi jangan ambil mudah mempermain ego seorang lelaki.
Sumber: Forum Tentang Cinta
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ego jer lebih tapi tak reti nak jaga perhubungan, menghargai pasangan buat haper!
Hidup ler dengan ego tu nakkkk |
|
|
|
|
|
|
|
bosan.. ego tinggi melangit
macam bagus! |
|
|
|
|
|
|
|
bg aku terlalu ego sgt akan menampakkan kebodohan diri.jd pndai2 la control. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi iols hidup ni singkat sangat nak melayan benda2 bodoh camni. Kau ego yer? Pegi mereput dekat sana. Aku angkat kaki. Ramai jah lelaki yang boleh tolerate in a relationship. Boleh give and take. Kau nak ego sangat ha pegi tunggu sana! Untung sabut adalah pompuan yang sabar nak melayan ego kau tu. Untung batu ha mereputlah dikau selamanya! |
|
|
|
|
|
|
|
biarkan ajer jantan ego tu mereput...
mula2 rajinlah nk pujuk..kalo dah selalu, menyampah tau?
jadi, dari sakitkan hati melayan, baik buat dunno..
hambekkk.. nak sgt julang ego tu khennn |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lawan ego dengan ego gak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|