View: 3014|Reply: 10
|
Kereta Nyaris Dikebas Sekumpulan Pegawai kastam
[Copy link]
|
|
SEORANG pengguna facebook, Asmawi Mohamad menceritakan pengalaman malangnya apabila dia dan isterinya nyaris menjadi mangsa sekumpulan penjenayah yang menyamar sebagai penarik kereta dalam kejadian di hadapan sebuah hotel baru-baru ini.
Melalui cerita mangsa, kumpulan penjenayah yang terdiri daripada tiga lelaki itu cuba memeras ugut mangsa dengan alasan sebagai penarik kereta yang kononnya mewakili pihak kastam.
Ketiga-tiga individu terbabit turut menuduh mangsa menggunakan nombor plat palsu walhal nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan adalah sah dan tidak mempunyai sebarang masalah undang-udang.
Lantas perkara tersebut membuatkan mangsa segera dapat ‘menghidu’ taktik kumpulan terbabit yang mana menyebabkan dia segera menghubungi kenalan-kenalan rakannya yang terdiri daripada pihak berkuasa bagi menyiasat ketiga-tiga individu tersebut.
Mari kita ikuti luahan mangsa seperti yang dikongsi di halaman Facebooknya.
Alhamdulillah. Dilindungi Allah dari satu malapetaka lagi hari ini. Saya wajar berkongsi dengan rakan taulan supaya dapat diambil pengajaran.
Kereta isteri saya di parkir di depan Sun Inns di Sunway. Saya dan isteri dalam kereta berasingan, menghantar anak perempuan kami pulang ke sekolah beliau setelah mengikuti pertandingan debat di Taylors University, Lakeside Campus.
Datang satu kereta parkir di belakang, betul2 memblok kereta isteri saya. Oleh kerana saya belum bercadang untuk beredar, saya biarkan sahaja. Mungkin beliau mahu double park. Cuma saya jeling2 ke kereta. Tengok kepada badan mereka macam penarik kereta, saya rasa agak cuak. Cuma oleh kerana kereta saya tidak dibawah pinjaman mana2 bank, saya buat selamba sahajalah.
Tiba2 lelaki itu datang menghampiri saya dan bertanyakan adakah saya pemilik kereta itu. Saya pun angguk. Dia membelek telefon dan bertanya adakah kereta itu didaftarkan atas nama Norhaliza Mohd Nor, iaitu isteri saya. Saya rasa hairan macam mana beliau boleh tahu nama pemilik kereta itu? Kemudian beliau kata, beliau adalah informer kastam, dan kereta itu didapati memiliki plat number palsu.
“HAAAAHHH!? GILA KE APA?!”
Saya tahu integriti kereta itu. Sudah melalui pemeriksaan puspakom, dan sudah pernah kena roadblock JPJ di Terengganu, dan sudah dikeluarkan dokumen putih laporan dari JPJ bahawa semuanya mantop tentang kereta itu, hatta kesalahan saman pun tidak ada.
KERETA SAYA TIDAK DIBENARKAN BEREDAR
Saya menelefon kenalan2 dalam JPJ, dalam PDRM dan dalam Kastam. Kastam kata, mereka memang ada inteligen, tetapi pihak inteligen kastam tidak berurusan dengan awam, mereka hanya laporkan kepada kastam dan kastamlah yang akan ambil tindakan. Tambahan pula, kalau ini kes nombor plet palsu seperti didakwa, maka ia di bawah kuasa JPJ, bukan kastam.
Melalui kenalan dalam JPJ, saya minta mereka menghantar kereta peronda seberapa segera. Melalui kawan dalam polis, saya minta mereka tolong maklumkan kepada kawan-kawan mereka. Tentulah di usia penghujung seperti ini, kenalan saya semasa di sekolah atau universiti samada di dalam polis, kastam dan JPJ adalah yang sudah puluhan tahun berkhidmat, dan memegang jawatan yang bukan junior.
TUNGGU POLIS DAN JPJ DATANG
Lelaki ini berulang kali kata, tunggu polis datang. Mereka sudah laporkan kepada polis. Saya kata saya tunggulah.
Kemudian polis datang, dan kereta yang blok saya itu pun dialih. Semasa polis sedang mengambil gambar kenderaan dan sebagainya, tiba pula peronda JPJ. Sebaik sahaja peronda JPJ tiba, dua dari tiga lelaki ini hilang menaiki sebuah MyVi.
Kemudian polis dan JPJ melakukan pemeriksaan ke atas kereta saya, dan dalam masa 10 minit, saya sudah boleh beredar. Peronda JPJ menawarkan diri menghantar kami hingga sampai ke rumah, kerana bimbangkan keselamatan kami.
SINDIKET BARU TARIK KERETA
Dari kejauhan saya ada nampak satu tow truck biru di kawasan stesen minyak di situ. Saya difahamkan ini adalah taktik yang digunapakai untuk memisahkan anda dari kereta anda secara halus. Kereta itu akan diambil/sita, dan akan dihantar ke negara asing. Mengikut JPJ pula, memang jenis kereta yang dipakai itu amat digemari oleh sindiket pengklonan pendaftaran kereta.
Saya difahamkan, alasan nombor plate palsu adalah paling ganteng, untuk membolehkan kereta anda disita dan kemudiannya dibawa ke Siam dsbnya.
Berakhirlah satu episod mengerikan dari jam 10.40 hingga 12.00. Saya ada semua gambar watak2 tadi, tetapi biarlah saya simpan. Laporan polis sudah pun dibuat di Sg Buluh.
Semoga ini menjadi pengajaran. Polis pun menasihati isteri saya tadi, kalau memandu berkeseorangan, dan berlaku perkara yang sama, minta pengenalan diri pihak berkenaan. Dan jangan keluar dari kereta. Terus hubungi polis. Saya pun ada minta pengenalan diri informer kastam itu, tapi takkanlah semudah itu beliau mahu menyerahkannya.
Kalau dulu, sewaktu membaca insiden ini, saya menganggap ia hanya kisah yang berlaku kepada orang lain. Bila hari ini ia berlaku kepada diri kami suami isteri, barulah saya sedar bahawa ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Dan tidak ada sesiapa pun yang berkecuali.
Semoga Allah selamatkan kita semua dari manusia yang jahat.
Sumber: Facebook Asmawi Muhammad
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalau dulu ckp tunggakan bank... skrg main isu plet palsu plak
semoga kaki2 ni tertangkap |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah...hatta polis, kastam, jpj, dan mana2 badan beruniform dimana ade org menyatakan mereka dr salah satu badan beruniform, minta diorg tunjukkan kad kuasa diorg. kalo was2 telefon polis. jgn percaya. lagi2 apabila mereka mula berkasar dgn anda.
yg paling penting, jgn cepat panik. |
|
|
|
|
|
|
|
Yup..isu tunggak bank pun hati2.
Dah kena..mamat ni siap bawak laptop,
Konon2 taip2 cari data, dlm situ,
Badan besar India dua org,mana ko xtakut.
Mujur laki dtg.kalau x kita yg pompuan bodoh2 sbb takut,
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam dapat tau je sape pnye keje ni.jaga2..modal dorg akan cakap kete clone je.kalau kete korg bukan clone.jgn bg kunci.panggil poliss teruss jee |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chinta89 at 27-3-2016 10:28 AM
Kalau dulu, sewaktu membaca insiden ini, saya menganggap ia hanya kisah yang berlaku kepada orang lain. Bila hari ini ia berlaku kepada diri kami suami isteri, barulah saya sedar bahawa ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Dan tidak ada sesiapa pun yang berkecuali.
aku suka ayat dia yg last. dan ak suka ingatkan kita2 juga kpd diri sendiri utk kes 'tertinggal anak dlm kereta' dan 'tinggal anak d rmh sorg2 tetiba anak jatuh dari tingkat 5 ditemui mati' utk sentiasa berfikir mcm dia ni, barulah saya sedar bahawa ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Dan tidak ada sesiapa pun yang berkecuali . kalau kita asik pk "ala takkan la terjadi kat aku" sampai bila2 pun kita akan ambik lewa. beringat sebelum kena. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah berlaku pada aku juga, padahal tak pernah ada tunggakan kereta
alasan aku 'saya tak berhutang dengan bank'
terus aku kol polis & bagi beritahu ada orang cuba ugut
tahu takut macha tu, terus blah
kena konfiden lah time tu walau berlawanan jantina |
|
|
|
|
|
|
|
amboiiii... laptop pun angkut. kerja sunggoh2 lah tu.
nak menipu, mmg beribu taktik muncul
|
|
|
|
|
|
|
|
pos je muka hantu2 tu..baru tau rasa malu nak pindah luar Negara..jgn ingat laporan polis boleh menangkap mereka senang2..biar orang awam bantu mana tau mereka kenal hantu2 tu tadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 cara nak menipu sekarang ni kena berhati-hati selalu |
|
|
|
|
|
|
| |
|