CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9400|Reply: 74

Aku Si Loser Dalam Kehidupan

[Copy link]
Post time 29-3-2016 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Lama rasanya tak main porem walaupun statusku hanyalah beginner sajork hahahaha.

Okay make it short. Namaku Incikyo. Berumur 21 tahun. Berasal dari Johor Bahru. Currently sedang sambung belajar di IPTA tempatan sajork. Dinegeri Pahang. Tahun akhir dah dan sekarang sedang nak perabihkan sesi praktikal di MARDI Johor Bahru. Ohyeah! Lepastu konvolah kita walaupun bukanlah Diploma First Classsssss gituew. Aku biasa-biasa je. Pointer pun tak pawer! Huhuhuhuhu.

Masalah aku adalah sejak dari sekolah lagi stay dengan parent. Tak pernah merasa hidup berdikari seperti budak-budak asrama. Persekitaran zaman sekolah aku juga mendatar sajelah gayanya. Aku bukan budak sport apatahlagi budak akademik. Biasa-biasa sajork. Disebabkan aku kurang aktif sewaktu persekolahan, badan aku tak payah cakaplah. Tapi disebabkan tinggi aku 172cm, budak-budak kata tak nampak sangat. Ah itu semua nak sedapkan hati akulah tu! Pemikiran aku lagilah bak katak bawah tempurung. General knowledge aku teruklah juga. Aku tiada daya inisiatif langsung nak maju ke depan. Apa yang orang tunjuk tang tu,.. tang tu jela aku hadam. Straight no bengkang-bengkok. Tentang cara pergaulan juga aku biasa-biasa saje. Infact, sampai sekarang aku terbawa-bawa cara pergaulan buruk itu. Kawan-kawan aku hanyalah waktu zaman itu sajork. Misalnya, kalau aku tadika--- kawan aku disitu saje. Sekolah rendah--- dah tak keep in touch dengan kawan-kawan tadika. Sekolah menengah--- Pun dah tak keep in touch dengan kawan-kawan sekolah rendah. IPTA--- Haha kawan-kawan disini sajelah. Kurang dah keep in touch dengan kawan-kawan sekolah menengah. Besok lusa kalau dah kerja?-- takkanlah aku masih nak ada pergaulan buruk ini juga?!!

Aku sejak dulu memang ada self-esteem yang sangat rendah. Aku mudah terbawa-bawa emosi disebabkan aku pun kurang lawa, body pun tak hot, pergaulan tak luas, general knowledge teruk. Orang kata orang kurang aktif bersenam ni memang ada low self-esteem. Tapi disebabkan bila aku dapat belajar jauh keluar daripada keluarga aku, nak taknak aku memang perlu berdikari sendiri. Tahun pertama, duduk asrama. Peh! akhirnya dapat juga aku merasa keadaan suasana asrama. Tahun kedua dan ketiga, duduk rumah sewa. Peh! lagilah aku mahukan rasa bebas daripada pemantuan keluarga. Culture shock tu adalah sikit. Haha! tapi yelakan zaman remaja semua benda nak dicubanya. Yedak? You Live Only Once. Okaylah aku masih boleh mengawal diri dari melakukan benda-benda menjahanamkan aku.


Ilmu am aku pun tentang donia nampaknya semakin ok walapun tidaklah pawer. Biasalah, remaja ni slalu maukan hiburan aje dititikberatkan. Benda-benda lain tidak pula mau berdaya inisitiatif usaha fahamkan. Masalahnya adalah kursus aku sendiri belajar. Aku memang tak minat langsung. Tapi apa boleh buat? belajar hadam sebab nak lulus test, kuiz je. Ilmu tu bukan nak praktikkan diluar bidang. Inilah masalah aku, bila je mula sesi praktikal untuk tahun akhir ni teori-teori yang dibelajar memang tak reti nak aplikasikan. Tak lama lagi aku nak convo, lagilah aku rasa teruk bilamana selama 3 tahun kau belajar apa yang aku dapat pun tak tahulah. Soalan aku, macammana nak keluar daripada zon selesa aku sendiri dan mengubah sikapku menjadi lebih serius dalam kehidupan?

Aku anak no 3 daripada 6. Akak-akak aku pun belajar di IPTA dekat dengan rumah. Tapi, sulung tu memang dah diajar berdikari sejak zaman sekolah lagi. Budak-budak asramalah. Hoho! Start dengan angah and the rest sekolah harian je depan rumah. Apa yang aku nampak antara kami adik-beradik, pemikiran si akak sulung juga yang matang. Yela diakan dah diajar buat keputusan sendiri waktu sekolah dulu. Beza dengan aku, tak pandai nak buat keputusan sendiri dan lalang pun ada. Mungkin disebabkan itu, aku bersikap acuh tak acuh bila sesuatu situasi itu berlaku dekat aku. Walaupun tengah serius woh! dan aku pun jenis tak ambil serius tentang kehidupan. Soalan aku, aku rasa nak dihencap dulu agaknya baru betul sikit jadi orang. Disebabkan itu mental aku tak kuat bila kena lahar sikit. Terus rasa down nak mampos. Hahahahahahahaha! Gwa tak kental lah sis nak hadapi dunia luar nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2016 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Hai adik...tiada siapa pun yang malang dalam hidup.  Awak muda lagi..jgn sia2kan kehidupan Dan nyawa yg Allah anugerah ...sentiasa bersyukur  Dan berusaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2016 11:43 AM | Show all posts
noor2 replied at 29-3-2016 11:41 AM
Hai adik...tiada siapa pun yang malang dalam hidup.  Awak muda lagi..jgn sia2kan kehidupan Dan nyawa ...

Woha! Terima kasih ya. Amat menghargai komen ini. Nasiblah baik tiada unsur-unsur melahar, breakdown mental seminggu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
incikyo replied at 29-3-2016 11:43 AM
Woha! Terima kasih ya. Amat menghargai komen ini. Nasiblah baik tiada unsur-unsur melahar, breakdo ...

Sebenarnya adik kurang keyakinan diri....kena rajin bergaul walau kita bnyak kekurangan...yg penting buang sifat malu.... ..bila kita ramai kawan maka kita akan jumpa bnyk.peluang...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 11:55 AM | Show all posts
br 21 tahun dekk..byk lagi benda nk lalui..plus uols pompuan elok ler dok dgn parents..iols neh jejanz umo 32 still dok ngan parents..lagi looser kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2016 11:59 AM | Show all posts
noor2 replied at 29-3-2016 11:54 AM
Sebenarnya adik kurang keyakinan diri....kena rajin bergaul walau kita bnyak kekurangan...yg penti ...

Ya betul kena luaskan lagi pergaulan. Tenkiu sis!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2016 12:00 PM | Show all posts
Edited by incikyo at 29-3-2016 12:02 PM
harkktuih replied at 29-3-2016 11:55 AM
br 21 tahun dekk..byk lagi benda nk lalui..plus uols pompuan elok ler dok dgn parents..iols neh jeja ...

Hahahaharkktuih ni dah beranak-pinak belum? ke masih solo dan family-man?
Woha!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 12:10 PM | Show all posts
harkktuih replied at 29-3-2016 11:55 AM
br 21 tahun dekk..byk lagi benda nk lalui..plus uols pompuan elok ler dok dgn parents..iols neh jeja ...

ni sarcastik punya ayat nehh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2016 12:11 PM | Show all posts
biasa lah tu..u tak kerja laagi.nanti dah mixed around dgn org akan jd lebih confidence..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2016 12:14 PM | Show all posts
sue_0684 replied at 29-3-2016 12:11 PM
biasa lah tu..u tak kerja laagi.nanti dah mixed around dgn org akan jd lebih confidence..

Itu yang penting masa zaman sekolah kena luaskan cari kawan-kawan barukan? Baru tahu dan nampak donia sebenar. Saya jenis segan nak berkawan dengan strangers yang berumur kategori matang. Segan!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 12:19 PM | Show all posts
aku rasa situasi ko skrg seiring dgn umo ko. baru umo 21 dikk.. orang kata pengalaman mendewasakan. as you are getting older, you will learn more and more. Mcm aku umo 21 pun pemikiran cm ko jgk pikir diri sendiri tak campur hal orang.. bila dah tua sikit, dari tak minat hal lain, terus jadi nak amik tau. cth politik. Bila dah kawen, rasa tanggungjawab terbit dgn sendiri. So you don't have to be worried. people will grow gracefully as the time passes by.

Orang yang loser ni bila dia putus cinta duk meratap Ex siang malam padahal orang tu sikit pun tak kisah. Itu baru loser.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2016 12:24 PM | Show all posts
Jajabeans replied at 29-3-2016 12:19 PM
aku rasa situasi ko skrg seiring dgn umo ko. baru umo 21 dikk.. orang kata pengalaman mendewasakan.  ...

Woha! Woha!

Rasa bersemangat balik! Pasal ex itu deep woi hahahahahaha.  

Biasalah golongan BBNU memang camtulah. Emosi memanjang dan rasa acah-acah dah hidup lama je. Sayalah tu contoh~
Kecelaruan identiti chuols.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai adik. Tak da siapa pun dilahirkan dan ditakdirkan gagal dalam hidup. Hidup kita pilihan kita yg tentukan. Mcm org kat atas ckp, banyakkan pergaulan dgn org yg positif tp bukan bukan bermaksud adik kena tinggal kawan2 lama. Teruskan hubungan dgn kawan lama, dlm masa yg sama cari connection baru. Akak pun dulu dari sekolah sampai kerja pun duduk dgn family kt kampung. Tp last year dpt kerja kt kl, akak berdikari sensorang kt sini. Bila kat kl akak belajar mcm2 benda, pengalaman hidup yg tak boleh beli kt memana. Akak bergaul dgn org yg sentiasa positif, iaitu ofismate akak so secara tak lansung kita pun jd positif.

Berbalik pada soalan adik tu, akak rasa adik perlu ada sifat tanggungjawab tu. Kena study hard, sebab tu pun tanggungjawab adik jugak as student and sebagai anak. Bila dah masuk alam kerja, semua benda kena urus sendiri dik. Sekarang ni pelan2 belajar utk menghadapi situasi tu, jgn terlampau berharap bergantung dgn org lain. Berani buat keputusan sendiri, bila bila buat keputusan berani untuk ambik risiko. Tak payah merasa rendah diri. Yg penting kena belajar rajin dpt kerja yg bagus then at that time org tak peduli pun awak hodoh ke lawa ke janji kerja bagus gaji banyak. Tak payah takut nk hadapi dunia luar, diorang bukan boleh tentukan hidup awak, bukan diorang yg bagi awak makan, pakai semua. Lantak sana org nk ckp apa janji apa yg awak buat tu boleh gembirakan diri sendiri dan org yg awak syg.

Tak dinafikan, akan ada situasi yg akan buat awak down nanti. Mungkin masalah kerja, masalah kawan pejabat ke, masalah kewangan ke. Tp anggap tu perjalanan hidup yg mewarnai hidup awak. Tp yg penting kena bijak buat keputusan dan tindakan. Jgn ambik jalan singkat. Matang tu bukan tetiba lahir sendiri, dia kena cari dik. Kalau kita nk jd matang umur 18 pun dah matang. Jd org lebih bertanggungjawab. Good luck!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2016 12:32 PM | Show all posts
ciklaser replied at 29-3-2016 12:24 PM
Hai adik. Tak da siapa pun dilahirkan dan ditakdirkan gagal dalam hidup. Hidup kita pilihan kita yg  ...



Meresap terussssssssssss ke lubuk hatiku!
Ya betul, matang perlu dicari.
Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 12:48 PM | Show all posts
Edited by tiramisuu at 29-3-2016 12:49 PM

bagi aku plak, berkawan la dgn org2 yg positif..kalau xde kawan, banyak public figure kat fb ko blh follow..bila baca psl bende positif, memang minda mudah jadi positif..kalau asik bukak insta/fb tgk kebahagian org dlm rship, asik melawa, beli brg itu ini..memang jd loser sbb kita asik bandingkan..padahal niat memasing tayang something tu ada sebab

senang cite, ko buatla matlamat hidup ko..setaun ko nk achieve apa dlm rship/kerjaya, 3 tahun ko nk ada apa, pastu buat plan..cthnya ko low self esteem sbb badan berisi, cuma la achieve dgn cara kuruskan badan, berjogging kat taman..dlm masa yg sama blh biasakan diri dgn strangers..banyakkan senyum..bagi aura positif..bila asik down, memang nampak kat tingkah laku..org pn tak nak dekat..cth dlm kerjaya..kalau x minat apa yg ko blajar, cari minat ko dan cuba kerja dlm bidang tu..

lagi satu, ko rasa ko jenis tak pandai buat keputusan/lalang..cari punca kenapa sikap ko mcm tu? sbb asik pikirkan apa pandangan org ataupun ko jenis bergantung pd org lain utk buat keputusan..cari punca then cari la penyelesaian..yg paling bagus..ko list down kelebihan dan kekurangan ko..then kekurangan ko tu ko tulis solution dan plan2 nak ubah jd better..then ko study..dan buat action

aku rasa ko tak tahu apa yg ko nak..so ko kena sit down, pikir dan pikir apa matlamat ko nk capai..dlm tempoh setahun/2 thn/3 thn
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik minat fynn jamal tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2016 12:58 PM | Show all posts
incikyo replied at 29-3-2016 12:00 PM
Hahahaharkktuih ni dah beranak-pinak belum? ke masih solo dan family-man?
Woha!

solo lagi dekk..masih kumpul reta utk diri sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 01:00 PM | Show all posts
sue_0684 replied at 29-3-2016 12:10 PM
ni sarcastik punya ayat nehh..

bukan pe..bila stay dgn parents mmg terasa la nk bebas mcm org lain dok sendiri..tp sbnrnya byk lg kot yg baik stay dgn family sendiri..cut cost pun yer gak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2016 01:21 PM | Show all posts

Mengapakah? apakah bahasaku ada terikut-ikutnya?
Habislah the #Karatz akan melaharku. Breakdown mental lagi sebulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2016 01:23 PM | Show all posts
harkktuih replied at 29-3-2016 12:58 PM
solo lagi dekk..masih kumpul reta utk diri sendiri..

Woha abam sololah!

Semuga abam mendapat jodoh yang baik-baik hendaknya atas kebaikkanmu menjaga orang tuamu.
Ini baru betul a guy with a quality~


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.328948 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list