CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1871|Reply: 11

[Tempatan] Najib Terima Kad P'hargaan drpd famili mangsa MH17

 Close [Copy link]
Post time 31-3-2016 09:46 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun  Razak pada Khamis mengucapkan terima kasih kepada seorang daripada ahli keluarga mangsa tragedi MH17 atas ucapan indah yang diterimanya.

Ucapan itu diterima daripada Harbinder Kaur, isteri mendiang Karamjit Singh Karnail Singh, 54, seorang daripada mangsa tragedi MH17.

"Terima kad yang cantik ini daripada Puan Harbinder. Terima kasih atas ucapan yang sungguh indah ini. Perkara kecil sebeginilah yang memberi dorongan kepada saya," kata beliau menerusi catatan dalam laman Facebook dan Twitter malam Rabu.

Dalam ucapan pada kad itu, Harbinder mengucapkan terima kasih kepada Najib atas sumbangan bermakna dengan memberi bantuan kewangan untuk pendidikan anaknya, Annarpal Singh.




Mendiang Karamjit, yang berkhidmat sebagai penasihat keselamatan dengan ExxonMobil, sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas bertugas di pelantar minyak di Usan, Nigeria apabila tragedi itu melanda pada 17 Julai.

Pesawat Malaysia Airlines itu dipercayai telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu di timur Ukraine, dekat sempadan Rusia semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat malang itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2016 10:03 AM | Show all posts
Guna duit Najib sendri ke? Hebat seyy...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 10:05 AM | Show all posts
so???????

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 10:39 AM | Show all posts
Najib ni personally, baik orangnyer.
Ramai ex staff, orang yang pernah berhubung dengan dia cakap dia baik
Tolak tepi la kak mah and anak2 yang glamer.
Tapi susah nak pertahankan dia sebab nanti kena hencap.
kbai.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 10:56 AM | Show all posts
Deadsoul replied at 31-3-2016 10:39 AM
Najib ni personally, baik orangnyer.
Ramai ex staff, orang yang pernah berhubung dengan dia cakap d ...
setiap org ade sisi baik mereka

tpulang kpd kita nak tgk yg mane

kalo dah xde sisi baik/kejam tu setan namenye


Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 11:11 AM | Show all posts
dapat berapa harbinder sejota?? heartfelt gratitude bagai... duit poket sejota...harga kad hbs2 RM5 jibon reimburse 500K
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2016 11:30 AM | Show all posts
sorang je ke...yang lain????
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
si jibon ni xpaham maksud kad tu...tu yg sonok tetiba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2016 12:05 PM | Show all posts
Deadsoul replied at 31-3-2016 10:39 AM
Najib ni personally, baik orangnyer.
Ramai ex staff, orang yang pernah berhubung dengan dia cakap d ...

kwn aku dulu pernah jd secretary najib masa kt kem. pertahanan...
dia ckp najib mmg baik tp ada sorang yg porak perandakan keadaan
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 12:21 PM | Show all posts
duit sendirik ke duit tabung kementerian
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 12:30 PM | Show all posts
MH370 pandai pulak ko batalkan saman mereka
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 01:44 PM | Show all posts
tu sbb org mcm PM kena ada duit....tak kira lah dari derma mana....

kalau PM miskin xada duit mcm mana tolong org...mcm mana org nak hormat....

bila kamu ada kedudukang baru kamu tahu betapa sakitnya jadi boss....sikit sikit org minta...bagi sikit org cakap apa pulakan??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047299 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list