CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3214|Reply: 5

3 Langkah Mudah Untuk Hilangkan Kaki “Cramps”

[Copy link]
Post time 15-4-2016 05:54 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO






Aduh, arghh, tolong! Kaki aku cramps! Memang tak tertanggung rasanya kalau kaki tiba-tiba kejang atau bahasa inggerisnya 'cramps'.


Ia datang tanpa dijangka. Boleh jadi ketika bersukan, bangun dari tidur dan kadang-kadang duduk saja-saja pun boleh jadi kejang!


Kekejangan pada bahagian kaki ini biasanya disebabkan oleh otot mengalami kontraksi terlalu keras, biasanya terjadi pada otot betis, bawah bahagian lutut dan mempengaruhi otot-otot kecil yang lain. Biasanya kaki kejang berlaku dalam masa beberapa minit sahaja.


Nak kena pergi hospital ker???


Tak payah. Anda boleh cuba 3 langkah yang mudah berikut untuk menghilangkannya:








1. Standing Calf Stretch
Cuba berdiri menghadap ke dinding. Tapakkan kedua belah tangan anda ke dinding separas dengan muka anda. Lenturkan kaki kanan sedikit dan kaki kiri lurus di belakang. Perlahan-lahan turunkan badan menghala ke dinding. Tahan 10 saat dan ulang kepada kaki kiri pula. Lakukan 3-4 set.








2. Hamstring Standing Stretch
Mudah sahaja. Letakkan kaki kanan anda di atas tempat tinggi seperti meja atau kerusi dan luruskan. Kaki kiri pula ditegakkan untuk seimbangkan badan. Kemudia, luruskan tangan ke hadapan dan cuba pegang jari kaki kanan sampai dapat. Tahan 10 saat dan tukar kaki pula. Lakukan 3-4 set.








3. Seated Calf and Hamstring Stretch
Sekarang, duduk atas lantai dengan kaki dilunjurkan ke hadapan. Depakan tangan ke hadapan dan cuba sentuh jari kaki. Pastikan badan sentiasa lurus. Ulang 3-4 set.




Amalkan senaman-senaman ini untuk menghilangkan kaki kejang dari hidup anda!- CARI Infonet


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2016 11:30 AM | Show all posts
tQSM for the advise  
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2016 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
selalu cramp kaki. sakitnya nk berguling je rasa
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2016 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg siksa seb baik kejap je cramp
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Drive lama
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 10:33 PM | Show all posts
kalo ada kipas yang dipasang ketika kaki tengah rasa kebas, tutup dulu kipas tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.060719 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list