CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MamaMima711

Tolong tenangkan dan ajar aku cara utk redha.Aku x mampu

 Close [Copy link]
Post time 24-4-2016 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 24-4-2016 08:37 PM
MamaMima711 replied at 24-4-2016 08:21 PM
Betul la muchkin..even lps 5 thn cerai..i masih x mampu jumpa dia,tgk muka dia,even ms mesej pun i ...


Sian mama. I paham perasaan mama. Not easy i know tapi trylah. I baru perasan my aunty tu pun husband dia ex navy. My aunty bila my uncle
Dtg ckp baik baik pun dia marah sampai menggigil badan. Ni cerita dah dekat 10
tahun. Dia masih marah sesangat sangat. I takut dia mental instable nanti dia marah sampai berpisau pisau. Not worth to throw life away just because husband tu gitu. Let go. Enjoy your life. Bila life tenang happy attract positivity insyaAllah boleh jana kebaikan emosi rezeki etc.

Pasal cadangan katok tu jangan diikut. Not worth a second of your time. Kalau dia bukan ex muay tahi pun nasihat i jangan sama sekali. Tak memasal semua masuk ke dalam dengan you sekali.

Be happy. Be ceria. Stay positive. ikhlaskan insyaAllah rezeki murah.

My aunty tak marah pasal nafkah. Dia marah pasal husband tu curang tu yg dia tak leh let go. Tapi dia tak berhubung. My uncle tu bukan tak baik, cuma part curang tu jelah. Tapi dia banyak buat charity and tolong orang buat amal kebajikan. Mungkin doa dia juga turut buat aunty i senang dari segi anak anak menjadi. Tapi hati my aunty masih tak senang. Hmmm tu yg susah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2016 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 24-4-2016 08:35 PM
Sian mama. I paham perasaan mama. Not easy i know tapi trylah. I baru perasan my aunty tu pun hu ...

Haha..x de la katok tu.wpun adik i dulu offer geng2 dia nk antar org katok tp i kata x nak.
Ur aunt sebijik mcm i..cerai krn suami curang.bkn x baik..ada baiknya tp krn nafsu semua nya hancur..penceraian yg plg byk undang air mata (pernah bkk thread kt FD)
Second divorce pun i x sesedih ini..langsung x sedih pun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 09:20 PM | Show all posts
kesian akak..sy cadang..dh memandangkn dia suka tayang hidup mewah kt fb..apa kata akak tarbiah kan dia kt fb. share kt dia..hukum x bayar hutang, balasan x bg nafkah anak, hukum org zalim dan lain2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2016 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 24-4-2016 09:20 PM
kesian akak..sy cadang..dh memandangkn dia suka tayang hidup mewah kt fb..apa kata akak tarbiah kan  ...

Akk x fren dgn dia pun.hehe..akk stalk sbb post2 dia semua public
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
MamaMima711 replied at 24-4-2016 09:18 PM
Haha..x de la katok tu.wpun adik i dulu offer geng2 dia nk antar org katok tp i kata x nak.
Ur au ...

Mungkin ada memory sangat baik or sangat tak baik yg buat kita perit.

My aunty tu subconsciously dia marah sbb pengorbanan yg terlampau lampau dia buat utk suami (atas kerelaan) tapi tetap suami dia pilih pompuan lain jugak. Tu sebab dia sakit hati. Nenek i banyak bantu dia. Bagi duit bagi itu ini. Tapi dia korbankan segalanya for the husband. Bila my father nasihat, dia kata that is my husband. I kena buat sehabis baik for him. With expectation my uncle stay ngan dia. Tapi bila jadi sebaliknya, tu yg dia jadi marah sesangat. Cinta dan pengorbanan tidak dibalas.

I know how you feel. You dah berkorban dan melalui keperitan. Thats why you marah sangat. Boleh marah tapi it is more than 1 year, that is too long. Kalau susah, seek counselling or support group.

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 09:34 PM | Show all posts
MamaMima711 replied at 24-4-2016 08:22 PM
Dia bukan melayu..hehehe..kalau melayu i x brape heran sbb dh jumpa pun melayu cmtu

Ehhh bukan melayu??? Tapi from ur description tu ur ex sebijik  lelaki melayu , sebab apa I tau sebab I  ada kenal beberapa lelaki melayu macam tu.. ex you tu bangsa apa??
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-4-2016 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
timahterung replied at 24-4-2016 09:34 PM
Ehhh bukan melayu??? Tapi from ur description tu ur ex sebijik  lelaki melayu , sebab apa I tau se ...

French..kan..perangai cm lelaki melayu..sbb dh lama sgt duduk mesia.dh jd mcm org melayu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
timahterung replied at 24-4-2016 09:34 PM
Ehhh bukan melayu??? Tapi from ur description tu ur ex sebijik  lelaki melayu , sebab apa I tau se ...

Gatal jari aku nak jawab, sorry TT. Kalau salah mohon maaf dan buat pembetulan.

Tak silap aku ex TT European. Macam French gitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2016 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
MamaMima711 replied at 24-4-2016 11:39 PM
French..kan..perangai cm lelaki melayu..sbb dh lama sgt duduk mesia.dh jd mcm org melayu

Betul la aiol teka. Dulu macam pernah baca tered Mama di FD namun ingat2 lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun ada ramai juga org berhutang dgn aku tapi tak bayar dh bertahun2. Dlm berbelas ribu jugak sampai aku tak ingat sbb dh lama. Mula2 dulu rasa marah dan geram sebab org tak bayar hutang, tapi satu hari tu aku muhasabah diri.. mungkin duit tu duit yg tak berkat, mungkin masa aku dapatkan duit tu aku lalai dlm beribadah ke.. atau aku terabai keluarga ke.. so aku anggap bukan rezeki aku, alhamdulillah.. baru la boleh tenang. Sekarang ni aku dh tak harap pun diorg tu akan bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 06:22 AM | Show all posts
MamaMima711 replied at 24-4-2016 04:21 PM
Aku x redha..aku x nak halal..sbb aku nk dia dpt balasan sbb ringan2 kan hutang..boleh gitu?



memang boleh..hak ko
tapi btui ke ko nak dia bayar sebab dia ringankan bab hutang or tak tanggungjawap atau ko sebenonya nak dia rasa sakit jiwa macam mana ko sakit jiwa tanggung hutang

yang bahaya nya, kalo dia terusan degei nak bayo ko lagi tensen jiwa, lama2 jiwa kacau...ciann anak tu nanti..anak pun takmo dah kat ayah , ni dah silap

ayah macam mana pun anak wajib hormat...hal ayah ibu tu urusan depa, anak2 walo sokong salah soang camna pun wajib hormat kedua nya, haram berkasar

kalo ko halalkan aje...anggap sedekah ikhlas amal jariah ko...aku rasa jiwa ko lagi tenang, kendian bina idup baru tapi make sure anak tu tak putus hubunngan ngan ayah

mayb satu masa depan nanti dia sedor esp bila dah tuaaaaaaaa.dia bagi ko skit harta dia or balasan untuk utang ko walooo ko tak harap cam tu pun..kira berkat amal soleh ko

susah nak lawan nafsu , nak didik nafsu, tapi aku dapati cara baik didik nafsu ialah buat apa nafsu tak suka, apa nafsu suka kita tekan brekkk..stop kkendian buat sebalik nya


bumi tuhan luasssssssssssss, rahmat tuhan luassssssss, kejadian tuhan cam manusia banyokkkkkk, rezki tuhan tak terkira, mesia je kalo kita mati hidup beribu ribu kali takkan abis kita jelajah tiap ceruk danau hutan gunung seme tu haaa

so kamu lapangkan dada, luaskan fikiran, buat terbaik setelah doa kat ALlah swt, ini lah jalan aku aa gitu

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 09:14 AM | Show all posts
Mmg susah nak redha..sbb cabaran dan dugaan akak besar jua,FP simpati.
Tapi kalau FP akan cuba lupakan,redha tolak jauh muka Ex hubby dlm ingatan,
Berdoa,berusaha,,insyaallah one day akak akan dapat balasan yg baik,dan
Ex hubby akak tu akan tersungkur.

Erm..kdg2 mmg susah redha,aku bg satu Cite TP xda kait mengait,TP ni tentang redha lah.
Hubby aku banyak tlg kawan baik,kena tipu dgn kawan baik,berhenti kerja,hutang melambak,
TP aku jenis suruh hubby sabar,xpayah minta simpati Org,bgtau Org masalah..even makan pun
MCM mana,,TP dalam sabar n usaha,Allah curahkan rezeki bantuan setelah setahun dr sumber yg mmg xmasuk akal kita nak pikir,skrg Alhamdulillah bila kita redha muhasabah diri,tuhan akan bantu kita cuma antara cepat dan lambat,,redha ni bagusnya untuk xmemeningkan kepala kita,supaya kita terus bergerak ke depan,kalau kita xredha,kita akan asik bpikir,dalam masa sama kdg2 kita xperasan kita buang masa.skrg
Bila aku Cite kat ipar masalah yg aku n suami pernah hadap,dia dok tanya xpernah tahu,knp xbagitahu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 11:45 AM | Show all posts
hidup umpama roda.. kena beringat nikmat dan kesenangan yg diberi hanye sementara takkan kekal..  
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 12:37 PM | Show all posts
nk tgk fb ex ko ble?heheheh

bertabahla..mmg ramai bila dh bercerai..jadi gitu..

Aku memang sumpah ex laki aku..x kan senang hidup dia smpi bila2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 12:51 PM | Show all posts
Edited by ablishan at 25-4-2016 12:52 PM

Mama, aku dah lalui apa yg kau rasa. Nama aku pernah blacklist sebab ex aku tak bayar installment kereta yg dia guna tapi atas nama aku. Aku ingat dia bayar. Aku taupun sebab aku dapat surat saman dari bank. Aku mintak dia serahkan kereta tu kat bank dia tak nak. Sampai aku kena minta polis tolong baru dia serahkan.

Bila aku nak beli kereta dengan rumah (selepas almost 10 tahun), nak clearkan nama aku, bank minta aku bayar RM 13k. After rayuan aku bayar 8k. Menangis aku masa bayar duit tu. Dahla nafkah anak dia tak bagi. Hutang credit card more than 10k aku settle sorang2. Anak aku yg dia jaga tak bagi aku tengok/jumpa. Almost sasau gak kalau aku pikir2kan.

But trust me. Times will heal. After almost 15 years, aku dah lupakan semua tu. Tapi aku rasa hidup aku lately makin senang sejak aku abaikan aje kesakitan hati aku bayar semua hutang2 dia tu.

Aku bagi je dia ambik anak kami yg dengan aku anytime dia nak ambik, i.e kalau cuti sekolah. Aku even bawa anak aku tu balik kpg dia jumpa atuk nenek sebelah ayah dia dua tahun lepas masa aku ada kerja kat sana.

Aku dah tak tau apa perasaan aku bila pikir hutang2 dia yang aku terpaksa bayar tu. Even anak aku yg dia jaga tu further study, kalau tak cukup duit scholarship, minta kat aku, aku bagi jer. Dah anak akukan. Selalu pulak tu tak cukup  . Bila suruh minta ayah dia, dia kata ayah dia tak de duit, belajar lagi.

Ex aku plak still further study sambil kerja. And dia ada 2 anak dgn wife baru dia. Ada one time dia outstation, sesaklah sangat minta wife dia carikan duit. Wife dia dah tak tau nak minta saper, minta kat anak aku tu. Anak aku apa lagi, mintakla kat aku. Dan disebabkan aku tanak study anak aku terganggu aku bagi je la. Bukan sampai seribu pun. Lagipun aku fikir wife dia jaga anak aku baik. Sian pulak wife dia.

Ex aku kalau ada duit, melancong oversea sekeluarga ajer kejernya, Australia, Vietnam. Kalau Bandung tu blh kata tiap2 tahun pegi. Tak yah aku stalk IG, FB segala. Anak2 aku bagi tau. Sian anak yang duduk dengan aku tak pegi mana2. Hutang/nafkah anak buat2 lupa. Mula2 aku sakit jugak hati. Aku pegi luar negeripun company hantar attend conference ajer. Tapi lama2 malas dah. Yang aku nampak aku dah settle down. Dia masih boros berbelanja dan selalu tak cukup duit. Rumah pun tak de lagi. Syukur gak aku dah berpisah dengan dia. Kalau tak, akupun sama dalam kesesakan memanjang. Tak de financial planning.

Aku bukan nak kata aku baik ke apa. Cuma once kita dah redha, which is kita kena doa dgn Allah minta ketenangan jiwa etc, Insha Allah. Allah akan bagi kita rezeki dari sumber2 yang kita tak jangka. Kesihatan yg baik pun rezeki, tak sesak duit pun rezeki, kerja tak stress/stabil pun rezeki dan hati yg tenang serta jiwa yg tenteram tu sangatla besarnya rezeki. Belum lagi anak2 yang baik, sihat serta support dari keluarga & kawan2.

Macam aku kata. Times will heal. Aku ambik masa more than 10 years nak heal.


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 01:10 PM | Show all posts
Salam guys..kisahnya panjang tp dipendekkan ..aku punya ex hubby yg dh brpisah selama 5 thn.sepanjang 10 thn bersama..kewangan byk atas aku.hutang pun byk sebab dia.bila dh brpisah,hutang2 semua jd beban atas aku.dia keje x de slip gaji so gaji bersih semua dpt kt diri dia..gaji dia yg aku tau dulu 3000..2 thn lps dia langsung x contact anak kami.not even duit nafkah.tp aku tau dia enjoy idup dia bukti dr statement2 bank dia yg smpai rumah.bila aku mesej dia buat bodoh.benda plg bodoh aku buat ialah bg dia pakai keta wira atas nama aku wpun lps cerai.tp dia byr bulan2 .sebab kesian dia merayu nk guna pegi keje,aku bg tp akhirnya kereta tu trsadai 6 bulan tanpa jalan dan tunggakan bank smpai 2000.sbb x tahan asyik kena ganggu dgn bank,aku usahakn korek duit tbg aku byrkan keta.last2 aku mtk dia antar blk kereta yg masih brbaki loan 7k tu pd aku.dia antar guna tow truck dgn keadaan kereta yg sgt2 dahsyat.sampah bersepah dlm kereta,cermin pecah.betul2 keta trbiar..meraung aku ms dpt keta tu.sakit hati Allah je tau.aku spend 2000 byr repair.gadai brg kemas dan pinjam kwn utk byr tunggakan 4000 sbb surat saman dh kuar.then aku jual keta tu.x dpt utg pun tp aku lega dh lps dr beban keta.lps tu br aku dpt tau kenapa dia dh x pakai keta tu.rupanya dh seronok dpt drive toyota camry janda kaya.
Setahun aku mesej dia mtk byr balik hutang2 aku..dia buat bodoh je.walhal dr fb dia aku nampak kemewahan dia 'dibela' janda tua kaya.siap makan angin merata tmpt..Tuhan saje tau sakit hati ini.aku cuma sorang cikgu,gaji cikgu bkn byk.nak tanggung anak lagi.aku cuma mtk hutang aku je.smpai satu tahap,famili aku semua mtk aku redha je.lupakan je..
Masalahnya..aku x mampu..trbaru dia dh kawen dgn janda kaya tu..meriah majlisnya.dia ada mesej aku mtk bwk anak aku hadir.tp anak aku x nak.dia menangis2 x nak jumpa ayah dia yg dh lupakan dia.aku masih dlm usaha mtk dia byr hutang2 aku..x byk aku mtk.aku cuma nk duit aku.tp smpai skarang dia mmbisu..fb dia masih galak dgn pics idup mewah dia..
Mcm mana aku nak redha dn lupakan je hutang tu?perlu ke aku lupakan?kalau aku berduit,aku xpandang dah tp hutang ribu riban tu at least blh buat tampung belanja aku dn anak aku..lgpun itu hak aku.kenapa semua org suruh aku lupakan je?aku x mampu...aku nk redha tp aku x mampu.

MoD plis jgn move ke FD..ini bkn masalah rumahtangga.tks
dalam hidup..
akan ada satu kenangan perit..pedih yang harus ditanggung seumur hidup..
dalam hidup..
kita akan buat perkara yang terbodoh...

tapi, pada iols la mama...
walau setegang mana kita rasa...
at the end...sememangnya kita kita kena redha.
hakikat hidup yang sakit kita nak terima pada mulanya..

bila kita akan redha..?
hanya masa yang boleh menentukan..

bila hati kita masih belum dapat terima..
orang keliling heboh suruh kita redha....sabar..
memang iols rasa macam nak baling selipar aje..
diorang tak rasa apa yang kita rasa..

tapi...
selama mana kita nak merintih..dan tak boleh terima hakikat..?
kan?

hidup kita kena diteruskan..
macam u...demi anak u..

tambah tambah pulak..
ex u dah tepek dalam fb..betapa bahagianya dia sekarang..betapa senangnya dia sekarang..

sedangkan u..?
menanggung bangkai hutang yang dia tinggalkan..

siapa yang tak sakit hati..?

sekarang ni..

1)  u kena kuat..
jangan stalk dia...pergi jahanam sama dia..
takde mananya dia senang..
doakan dia melingkup..

benci je dia..
benci...tapi bukan berdendam..

takpe..u bencikan dia..
dia memang makhluk yang patut u benci sebab dia tu ibarat melepaskan anjing tersepit...
dia lepas..
u pulak yang tersepit..

2)  berkenaan dengan hutang..
lama lama bayau akan habis jugak..
u cikgu...lama lama gaji makin naik...makin besar..
hutang tu makin lama..makin kecik..

u kena belajar anggap..dan percaya...itu bukan rezeki u..
u kena buat percaya macam tu..
kalau u tak boleh..
itu akan membuatkan makin lama u nak redha..

3) u kena buktikan pada anak u..
yang u boleh jaga dia dengan sangat baik..
insyaallah...
lama-lama...anak u pun boleh terima keadaan ini..
tak payah cerita dengan dia meleret leret pasal ayah dia dah kawin dengan janda la...gitu la..gini laaa..
yakinkan anak u yang anak u boleh hidup dengan sebaiknya di sisi u..

bukan nak pisahkan anak dengan ayah..
dah laki u yang tak ingat anak sebab dapat janda kaya..
so..
buat apa u nak lukakan hati anak u lagi..

tapi..
sebelum u yakinkan anak u..
u kena yakinkan diri u..

kalau diri u tak kuat..tak yakin..
tak siapa boleh tolong u..
orang akan asyik asyik suruh u redha...sabar...
tapi...
sssaakkeeetttnya tuh di sini..?
hanya u yang tanggung..

5) kalau u rasa u boleh fight untuk nafkah anak u..
silakan..
dapatkan ilmu dah info macam mana nak proceed..

tapi..depends on u..
kadang kadang perangai bekas suami yang TAKNAK bayar nafkah ni..banyak menyakitkan hati aje..
kita yang penat naik turun mahkamah..
hasilnya...habuk..

melayankan drama bekas laki..
membuatkan u bermain dengan perasaan yang bukan bukan..
dari rasa nak pulih..lagi rasa berapi dibuatnya..

so..lagi la lama u nak redha..

6) kuatkan semangat dan jiwa u..
fokus dengan apa yang u buat..
bacalah kata kata hikmah yang boleh menguatkan jiwa u..
solat...berdoa sepenuh hati untuk Allah permudahkan u dalam menempuh dugaan ini..

7) gambar laki u...semua sejarah silam u kasi buang...
jangan nak kenang kenang lagi...
dia baik...dia seorang ayah yang baik...konon..?
kalau dia baik...
dia takkan buat u macam ni..?
tinggalkan u bontang..?

dia..? dah bersenang lenang...

8) jaga kerja u baik baik..
u kena bersyukur..
u ada kerja tetap yang gajinya alhamdulillah..
jangan u melayan perasaan..sampai kerja u terganggu..

bila u bekerja..
pastinya u boleh berdikari..
boleh bawak kereta..boleh beli rumah...boleh apa saja yang u nak...

mungkin sekarang ni perit sikit...

tapi..insyaallah..masa akan datang...kewangan u akan bernafas sikit..

9) u kena kuatkan menerima macam mana nak bersyukur..
sekurangkurangnya u kena bersyukur..
u sihat..
u ada kerjaya..
u punya anak untuk menjadi sebab u nak teruskan hidup dengan sebaiknya..

orang lain ada yang lebih teruk bekas lakinya..terkontang kanting ditinggalkan tanpa apa apa..

10) percayalah...
mendung ini tidak lama..
bila u dah dapat rentak u nanti..
u akan redha dengan sendirinya..

berapa lama..?
depends on u jugak mama..
lagi cepat u pulihkan keyakinan diri u..
lagi cepat u redha..
percaya la..

hari berganti..bulan berubah..makin ke belakang..
u akan maju ke depan..

hari ni..
laki u berjoget kebahagiaan..
biaukan..
semoga masa akan datang...dia akan melingkup pulak..

u..?
insyaallah..
tahun tahun yang mendatang..
hidup u akan bertambah stabil..
u akan bertambah senang..

buat masa ni..
biar takde connection antara u dengan bekas suami u pun takpe..

sementara u nak cari hati dan kekuatan u..
u stabilkan diri..

sekarang ni,
iols tau...
dalam kepala otak u...ada banyak persoalan yang u nakkan jawapan..
tapi takde jawapan..

tapi,
insyaallah..
percaya la...
satu persatu akan terjawab bila sampai masanya..

at the end..
u akan redha dengan sendirinya..
semua persoalan u akan terjawab..
yang tak terjawab...u pun dah rasa tak nak cari jawapan lagi dah..

dan nanti,
mungkin Allah akan beri yang terbaik pula untuk u..

kalau u tak tempuh keadaan sekarang ini dengan baik..
manakan u jumpa...
apakah yang terbaik itu..













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2016 01:11 PM | Show all posts
MamaMima711 replied at 24-4-2016 02:47 PM
Mcm mana makcik rs nk smackdown..lg teruk sy rasa..huhuhu..smpai satu tahap sy bgtau dia sy doakan ...
Mcm mana makcik rs nk smackdown..lg teruk sy rasa..huhuhu..smpai satu tahap sy bgtau dia sy doakan dia ms nazak akan trbyg muka sy dan anak sy yg dia zalimi..tau pulak dia marah.huh
iols aaminnkan aje..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2016 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 24-4-2016 11:42 PM
Betul la aiol teka. Dulu macam pernah baca tered Mama di FD namun ingat2 lupa.

Hahaha..ada kt fd tu..kalau mod x move ke arkib
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2016 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
virgo19 replied at 24-4-2016 11:55 PM
Aku pun ada ramai juga org berhutang dgn aku tapi tak bayar dh bertahun2. Dlm berbelas ribu jugak sa ...

Ye lah..kdg2 hutang tu Allah byr dgn cara lain kan.maybe kehidupan yg bahagia atau kesihatan yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 01:48 PM | Show all posts
TT, redho jer la.
bukan laki TT je begitu.
ramai lagi org kat luar tu macam tu skang
baik laki baik pompuan, tua muda, islam ke,
muka nampak baik alim ke, skang mmg ramai org macam ni
berhutang tapi xnak bayar.

aku paham ape TT rasa bila kesempitan, tapi tgk FB org yg berhutang kita tu jalan sana sini,
upload pic tgh makan sedap2, kuar sana sini dgn kengkawan bagai
mesti rasa marah, geram sakit hari semua
tp percayalah, diorang ni memang ade alzheimer yg menyebabkan diorg ingat semua benda kecuali hutang piutang
actually ingat, tapi memang attitude mereka xnak bayar hutang tu

aku pun penah kena TT, dengan kawan2 pompuan TT
manis mulut masing2 pinjam
dah tersepit hampir kena kerat, tadah muka meminjam
lepas tu dah senang, terus hilang
bila kita cari dia tanya hutang tu TT, dia jawab "pegi mampus"
padahal kita tanya secara baik
"astaghfirullahaladzim" je jawapan aku masa kena sound pegi mampus tu TT
lepastu tengok hidup dia bahagia sgt kat media sosial mcm anak menteri
aku dah malas nak layan
aku cuma cakap dgn dia aku tak halalkan ape yg dia ambik dari aku
pandai2 la dia nanti TT

redho je la TT. mmg dia takkan bayar punya
lagi pulak xde black n white
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.082194 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list