CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2145|Reply: 19

[Tempatan] {1} Baby Hatch hanya pilihan terakhir untuk bayi tidak sah taraf !

[Copy link]
Post time 14-5-2016 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Noorazlina Jindeh

PETALING JAYA, 14 Mei (Bernama) -- Peti pelindung bayi atau 'baby hatch' adalah pilihan terakhir kepada bakal ibu yang mengandung anak tidak sah taraf atau diabaikan oleh anggota keluarga masing-masing, menurut yayasan yang mengendalikan program berkenaan.

Bagaimanapun, Yayasan Orphancare yang menyediakan kemudahan itu menasihatkan bakal ibu yang ingin meletakkan bayi mereka dalam program baby hatch supaya mendapatkan nasihat daripada yayasan terlebih dahulu.

Pemegang Amanah Yayasan Orphancare Noraini Hashim berkata dengan cara itu, pihaknya akan dapat mengenal pasti identiti bayi berkenaan sebelum diserahkan kepada pasangan yang mahu mengambilnya sebagai anak angkat.

"Yayasan amat menitikberatkan kehidupan bayi tersebut, oleh itu adalah lebih baik jika mereka (bakal ibu) yang menghantar bayi ke baby hatch supaya dapat berjumpa dengan pihak kami," katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

Noraini berkata bayi yang diletakkan di dalam baby hatch tanpa identiti akan menyukarkan pihaknya untuk mengenal pasti status bayi itu dari segi agama, keturunan dan bangsa.

Menurut Noraini, sejak tahun 2009, yayasan itu menyelamatkan 137 bayi terbuang dan daripada jumlah itu, 22 adalah bayi yang diletakkan di dalam baby hatch.

Bayi yang diselamatkan itu ada di antaranya dijaga anggota keluarga mereka selepas mendapat kaunseling atau diserahkan kepada pasangan yang belum mempunyai anak untuk dijadikan anak angkat.

Namun, katanya, jumlah kecil bayi yang diletakkan di dalam baby batch menunjukkan ibu itu lebih memilih untuk membuang bayi mereka daripada dihantar ke tempat yang lebih selamat.

Katanya tahun lalu, seramai 15 bayi dan enam baby hatch diselamatkan oleh yayasan manakala tiga bayi serta empat baby hatch diselamatkan setakat ini.

Jelasnya, meletakkan bayi di baby hatch bukanlah satu kesalahan jenayah dan yayasan sentiasa bersedia menerima bayi berkenaan untuk diberikan perlindungan.

Baby hatch merupakan sebuah peti pelindung bayi yang dilengkapi dengan pendingin hawa, tilam dan bantal, lampu, kamera litar tertutup termasuk sensor berat badan yang akan mengaktifkan penggera supaya penjaga pusat berkenaan mengetahui bayi diletak di dalam peti itu.

Peti berkenaan tidak boleh dibuka semula selepas bayi diletak di dalamnya sebagai langkah keselamatan bagi mengelak bayi itu diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Noraini berkata bayi yang diletakkan di dalam baby hatch itu akan diserahkan kepada pasangan yang telah berdaftar untuk proses pengambilan anak angkat kendalian yayasan berdasarkan garis panduan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan beberapa syarat tambahan daripada yayasan.

"Antara syarat itu ialah pasangan ibu bapa angkat perlu menghadiri kursus selama lapan jam di Orphancare, menjawab soal selidik daripada JKM dan Orphancare serta kunjungan secara mengejut oleh pihak yayasan ke rumah pasangan berkenaan.

"Setakat ini, seramai 759 pasangan berdaftar dan melepasi tapisan sedang menunggu giliran untuk mendapatkan bayi daripada yayasan," katanya.

Noraini berkata yayasan juga akan memantau perkembangan anak-anak yang diserahkan kepada keluarga angkat melalui lawatan setiap enam, 12 dan 24 bulan selepas proses pengambilan anak angkat selain mengadakan majlis ramah mesra setiap tahun.

Terdapat 11 buah baby hatch ditubuhkan di seluruh negara termasuk tiga dikendalikan oleh yayasan iaitu di Kampung Tunku, Petaling Jaya; Bandar Baru Uda, Johor Baharu dan Sungai Petani, Kedah.

Baby hatch yang lain adalah di KPJ Healthcare Berhad (KPJ) di Damansara Specialist Hospital; KPJ Ipoh, Perak; KPJ Johor; KPJ Tawakal, Kuala Lumpur; KPJ Seremban, Negeri Sembilan; KPJ Pulau Pinang; KPJ Perdana, Kelantan dan KPJ Kuantan, Pahang.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2016 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat bod FD sana ramai cikki2 ngadu dpt hasben biawak hidup .....kalo le ada biawak hatch, agaknya dh lama cikki2 asalkan berlaki ni hantor hasben useless ke situ
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 14-5-2016 12:59 PM
Kat bod FD sana ramai cikki2 ngadu dpt hasben biawak hidup .....kalo le ada biawak hatch, agaknya dh ...


Kalu deme ngantor laki deme2 tu sanggup ke deme2 sumer mlm2 tido ditemani dildo?

    

Asal berlaki kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 01:42 PM | Show all posts
untuk mengenal pasti status bayi itu dari segi agama, keturunan dan bangsa


bngok,orang buang bayi sbb x mau dikenali

mcam hiv test tanpa identiti.........last last balik umah pihak sepital canang kat fb,orang tu duk mana,kerja apa,gmba die pun ade...............bngok
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 09:55 PM | Show all posts
revoc replied at 14-5-2016 01:42 PM
untuk mengenal pasti status bayi itu dari segi agama, keturunan dan bangsa

sangat bongok..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 10:05 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 14-5-2016 12:59 PM
Kat bod FD sana ramai cikki2 ngadu dpt hasben biawak hidup .....kalo le ada biawak hatch, agaknya dh ...

Amboi ko kak. Tergelak besar aku dibuatnya. Haha.

Idea bagus nih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2016 10:06 PM | Show all posts
bunnyhoney replied at 14-5-2016 01:07 PM
Kalu deme ngantor laki deme2 tu sanggup ke deme2 sumer mlm2 tido ditemani dildo?

      ...

Pedasnya komen ko nok.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 10:40 PM | Show all posts

apa yg u nak smpaikan nieh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2016 10:48 PM | Show all posts
tak payah lah sampai jumpa2
kalau dah baby d hantar ke baby hatch makna nya mak dia dah tak sanggup nak jaga lah tu dan tak nak di kenali

Noraini berkata bayi yang diletakkan di dalam baby hatch tanpa identiti akan menyukarkan pihaknya untuk mengenal pasti status bayi itu dari segi agama, keturunan dan bangsa.
nak titik berat kan sangat agama keturunan dan bangsa tak perlu jumpa2
tau la yang nak membuang tu tinggal kan nota ke apa2 clue


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 10:54 PM | Show all posts


Bagi wanita yang belum berkahwin, boleh memohon anak pelihara tanpa mengira jantina kanak-kanak, tetapi bagi lelaki bujang, hanya boleh memohon kanak-kanak lelaki sahaja.

Borang Permohonan Anak Pelihara boleh didapati secara on-line di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia atau mendapatkan borang di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran. Kelulusan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh JKM dan pemohon perlu menyertakan dokumen di bawah semasa menyerahkan borang permohonan (jika walk in):
1. slip gaji
2. Laporan perubatan/kesihatan
3. salinan Kad Pengenalan
4. 4 keping gambar bersaiz passport
5. Sijil perkahwinan (jika telah berkahwin)


Maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat di kediaman Puan.
credit


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 10:57 PM | Show all posts
malu?

pakai macam ni


daripada jenuh nak baca berita macam ni hari2


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
revoc replied at 14-5-2016 01:42 PM
untuk mengenal pasti status bayi itu dari segi agama, keturunan dan bangsa



Kalau kt tawakal KPJ x yah reveal register bagai sis....campak je baby kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 11:16 PM | Show all posts
revolusi_30 replied at 14-5-2016 11:01 PM
Kalau kt tawakal KPJ x yah reveal register bagai sis....campak je baby kat situ

good

kene send benda nih pada baby hatch nie

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 11:31 PM | Show all posts
revoc replied at 14-5-2016 10:40 PM
apa yg u nak smpaikan nieh

kan awak kata,bongok, orng yg yg buang bayi sbb xmau dikenali,

saya mengiyakan apa yang awak kata,awak kata bongok, saya kata memang bongok..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 11:38 PM | Show all posts
mak_wa95 replied at 14-5-2016 11:31 PM
kan awak kata,bongok, orng yg yg buang bayi sbb xmau dikenali,

saya mengiyakan apa yang awak ka ...

haqhaqhaqhaqhaq

bongox nye lahai aq nieh
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 11:48 PM | Show all posts
revoc replied at 14-5-2016 11:38 PM
haqhaqhaqhaqhaq

bongox nye lahai aq nieh

sendiri membongokkan diri,

memang bongok..haxhaxhaxhax
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2016 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 14-5-2016 12:59 PM
Kat bod FD sana ramai cikki2 ngadu dpt hasben biawak hidup .....kalo le ada biawak hatch, agaknya dh ...

Besau sangat noks kalo biawak hatch tu..besor keranda baru muat biawak hidup tu alang2 bekas dah besor keranda elok tanam terus je hidup2..hidup pun nyusahkan orang jah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2016 12:14 AM | Show all posts
mak_wa95 replied at 14-5-2016 11:48 PM
sendiri membongokkan diri,

memang bongok..haxhaxhaxhax

hahaha

u bru tao ker evoc bngokx?



Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2016 12:17 AM | Show all posts
revoc replied at 15-5-2016 12:14 AM
hahaha

u bru tao ker evoc bngokx?

mlm ni baru tau..


haxhaxhax
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2016 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 14-5-2016 10:06 PM
Pedasnya komen ko nok.

Aku bukan ape nok...
Kdg2 bila baca rintihan kolbu dorg... yg aku nmpk dorg tu ada jer pilihan nk buat..boleh jer amik tindakan... tp bila forumer bg cadangan mulalah sentap n pusing sana sini .alasan byk sgt....dri 10 org yg citer 1 or 2 org jer yg take action..lain2 nan hado nok...so gtu jerla kesimpulan aku.... takut mlm2 kena solo..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.085449 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list