CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Misteri Suara Perempuan Dalam Telefon Saya, Belum Terjawab

23-4-2014 11:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17604| Komen: 59





Misteri Suara Perempuan Dalam Telefon Saya, Belum Terjawab

Semalam dalam jam 4.15 petang, di Angsana JB, saya sedang berbalas sms dengan seorang wanita, urusan kerja. Waktu itu, kawan saya lelaki telefon saya mengatakan dia tunggu dalam kereta di parking kereta. Saya jawab panggilan itu tapi bukan suara dia, suara perempuan.

"Ada di mana tu ?" Kata perempuan itu dengan ceria sambil gelak-gelak.

"Ada di Angsana". Kata saya.

"Buat apa Angsana". Tanya dia lagi.

"Beli buku sikit. Ini siapa yer ?". Jawab saya, sambil tertanya-tanya.

"Hehe, ini oranglah, mak orang, hehee" Kata perempuan tu.

Saya hairan dan semakin tertanya-tanya. Kemudian saya putuskan perbualan sebab rasa salah orang. Terfikir saya, kenapa perempuan yang telefon guna no tel kawan saya tu sedangkan dia seorang saja dalam kenderaan.  Terus saya telefon kawan lelaki saya tu, dia kata dia tunggu di parking sebelah wisma Hasil sekarang.

Dalam kereta, dia tanya saya, kenapa dia telefon,  perempuan yang jawab. Perempuan yang jawab ? Kan saya yang jawab. Dia kata dia sempat berbual sekejap dengan perempuan tu.

"Nak cakap dengan siapa yer, heheh". Kata perempuan tu.

"Ustaz ada ker ? Ini siapa ?" Kata kawan saya.

"Ini Ida, hehe". Kata perempuan tu. Kawan saya terus putuskan sebab rasa tersalah dail.

Rupanya dalam masa yang sama, saya bercakap dengan perempuan, kawan saya tu pun cakap dengan perempuan. Saya tengok semula telefon saya, tidak ada nombor telefon orang lain yang didail atau diterima. Kawan saya pun tak ada dail orang lain kecuali saya.

Suara siapa ?

Jadi suara siapa itu ? Saya syak mungkin perempuan yang saya sedang sms itu walaupun  suara itu lain. Saya rasa mungkin saya terdail nombor dia masa menerima panggillan tu. Saya hubungi perempuan itu, dia kata tak ada telefon saya dan saya tak telefon dia, cuma sms saja.

Malam tadi saya teringat lagi, suara siapakah itu ? Kekadang seram juga macam sebuah filem hantu yang saya tengok, pasal panggilan misteri dari telefon di sebuah rumah usang. Nak percaya pada cerita tu taklah, tapi seram sejuk juga malam tadi. Semuanya masih belum terjawab.

Rasa mungkin juga tersalah dail atau sistem talian terganggu. Tapi macam mana boleh jadi begitu yer ? Belum terjawab.

1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 15-4-2014 11:59 AM
secara automatik teringat @cik_es  kamsiaaaa kamisaaahhh  
Quote ilahkhatibrani 15-4-2014 12:05 PM
hmmm ilah lak dah selalu sangat bila tipon ada yg menyibuk nak jawab..siap leh menyamar sebagai kawan ilah.....ilah lak kekadang bengang jugak.....

dan jawapannya tuk tuan benang....bagi ilah kes macam nie normal dan selalu terjadi dan menjadi ikutan dikalangan dorang....
Quote ratna 15-4-2014 12:36 PM
crossline kot..
Quote cloudy_83 15-4-2014 01:07 PM
i pulak terkena kadang-kadang lepas dail no fon, bila dapat sambung keluar bunyi lain lak.
bunyinya lebih kurang macam ni

[youtube]vTrottn-38E[/youtube]


tapi lepas tu i terus letak la, tak berani nak berbual2 macam mamat kokesen ni
Quote unoryah 15-4-2014 01:34 PM
ilahkhatibrani posted on 15-4-2014 12:05 PM
hmmm ilah lak dah selalu sangat bila tipon ada yg menyibuk nak jawab..siap leh menyamar sebagai kawa ...

hai ilah,
buku dah siap ke?
nak beli

Quote ilahkhatibrani 15-4-2014 01:43 PM
unoryah posted on 15-4-2014 01:34 PM
hai ilah,
buku dah siap ke?
nak beli

kalau dah siap saya announce kat Fb......iskk...ada yg kena ngan MOD nie....

p/s:soklan personal pasal ilah sila tanya di umah ilah atau pm sahaja ek...jangan wat kat umah org ek....rasa segan lak ngan Tuan Umah Last edited by ilahkhatibrani on 15-4-2014 01:45 PM

Quote rayonronie 15-4-2014 01:51 PM
cloudy_83 posted on 15-4-2014 01:07 PM
i pulak terkena kadang-kadang lepas dail no fon, bila dapat sambung keluar bunyi lain lak.
bunyinya ...

i cant focuslah suara yg keluar tu
biru mata mamat tu sgt mengganggu tumpuanku
mmmmm
Quote unoryah 15-4-2014 01:54 PM
ilahkhatibrani posted on 15-4-2014 01:43 PM
kalau dah siap saya announce kat Fb......iskk...ada yg kena ngan MOD nie....

p/s:soklan perso ...

ok ilah,
aku peminat cerita2 misteri ilah, tu la lupa diri kejap..
sorry tt

back to topik,
misteri juga pengalaman tt ni
seram pun ada juga
nak tanya tt, masa berbual dgn pompuan tu tak ada rasa aneh ke?


Quote cloudy_83 15-4-2014 01:55 PM
rayonronie posted on 15-4-2014 03:51 PM
i cant focuslah suara yg keluar tu
biru mata mamat tu sgt mengganggu tumpuanku
mmmmm

memang suara yang keluar tu macam rekod rosak..
language yang tak faham dan mumbling gitu..
pandai dia, sempat lagi record

biru mata dia kan?
Quote rayonronie 15-4-2014 02:02 PM
cloudy_83 posted on 15-4-2014 01:55 PM
memang suara yang keluar tu macam rekod rosak..
language yang tak faham dan mumbling gitu..
...

rsnya gangguan bunyi mcm line xclear je
xde mende lah

yg tt nye misteri plak, rsnya ada org line die t'msk dlm call die
xde pape lah
jgn dipk sgt
setan mmg suka klu korang jd takut smpi lupa tuhan


Quote edoraixora 15-4-2014 02:43 PM
cloudy_83 posted on 15-4-2014 01:55 PM
memang suara yang keluar tu macam rekod rosak..
language yang tak faham dan mumbling gitu..
...

mamat tu ade install apps call recorder kot...

udah ler mate biru, bibir pulak merah bak delima merekah
Quote cloudy_83 15-4-2014 02:47 PM
rayonronie posted on 15-4-2014 04:02 PM
rsnya gangguan bunyi mcm line xclear je
xde mende lah

tak pk sangat, cuma kebetulan keluar topik ni..  
tq for the reminder..

kalau betul-betul berkomunikasi macam kisah TT ni lagi haru kot
Quote cloudy_83 15-4-2014 02:50 PM
edoraixora posted on 15-4-2014 04:43 PM
mamat tu ade install apps call recorder kot...

udah ler mate biru, bibir pulak merah bak delima ...

ada apps eh? tiba-tiba teringin nak install juga..

pening paler bila telemarketing call.. dia rekod kita, kita pun nak rekod dia juga
Quote edoraixora 15-4-2014 02:54 PM
cloudy_83 posted on 15-4-2014 02:50 PM
ada apps eh? tiba-tiba teringin nak install juga..

pening paler bila telemarketing call.. dia r ...

ade....ko search jer call recorder kt playstore tu
nanti die bagi la beberape choice
nak pilih yg mane satu, ko bace la komen2 tu dulu

call recorder ni penting jugak kekadang
sebagai bukti utk certain cases

Quote cloudy_83 15-4-2014 02:58 PM
edoraixora posted on 15-4-2014 04:54 PM
ade....ko search jer call recorder kt playstore tu
nanti die bagi la beberape choice
nak pilih y ...

roger..
nanti nak try eksperimen..

tq edoraixora
Quote Ipo 15-4-2014 03:10 PM
misteri ni...teringat plak citer  WHEN STRANGER CALL...

Ipo pernah gak ada pengalaman mcm ni..tapi mcm crossline je..tengah syok sembang dengan client (lelaki)..masa tu kat ofis, tiba2 ada  suara lelaki dan perempuan bertengkar mencelah, lebih kurang macam ni

Perempuan : Kau bodoh! Aku benci kau!
lelaki : Aku tak suka kau!
perempuan : Lelaki tak guna! pergi mampus!

Sampai situ Ipo terkedu sebab lelaki/ klien  yang Ipo call tu plak mencelah, dia siap marah Ipo, dia kata, mengapa Ipo cakap kat dia lelaki tak guna??
ipo terkedu sekejap..lalu Ipo jawab..errr.encik, bukan saya yg cakap..ada orang mencelah perbualan kita tadi.



Quote kinki 15-4-2014 03:22 PM
guna line ape?
meksis ke?
Quote Lula2 15-4-2014 03:42 PM
seram jugak la aku baca...
Quote afira 15-4-2014 04:15 PM
AbukRokok posted on 15-4-2014 11:59 AM
secara automatik teringat @cik_es  kamsiaaaa kamisaaahhh

aku baru nk cakap bnda yg sama...freddy ka itu?? hahaha

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.190130 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top