Cuaca panas yang melanda negara sejak dua minggu lalu telah menyebabkan harga minuman dan buah-buahan potong yang dijual oleh penjaja naik antara 10 sen hingga 50 sen. Segelas air kelapa dan air tebu yang sebelum ini dijual pada harga RM1.50 dinaikkan sebanyak 20 sen, air oren atau air sirap pula pada harga RM1.20. Pelbagai air minuman bergas pula RM1.30 dan air jus yang sebelum ini dijual pada harga RM2 secawan dinaikkan kepada RM2.20, sementara air soya pula yang dijual RM1.20 sebelum ini, naik kepada RM1.30. Seorang penjaja air di pasar Ampang berkata, harga kelapa dinaikkan oleh pembekal, lantaran itu taukehnya terpaksa menaikkan harga air kelapa. Kata pekerja Indonesia yang dipanggil Sudi itu, meskipun harga air kelapa meningkat namun permintaannya cukup tinggi. Beliau yang berniaga daripada pukul 8 pagi hingga 3 petang berkata, setiap hari kedainya menjual kira-kira 200 gelas air kelapa, tidak termasuk air limau, air cincau dan air tebu. "Berbanding air tebu, air kelapa paling banyak dijual," katanya. Sudi mengakui pendapatan warung airnya bertambah sejak musim panas, maka taukehnya juga perlu mendapatkan bekalan buah kelapa dan air pada jumlah yang banyak setiap hari. Sementara itu, seorang peniaga buah-buahan di Jalan Raja Chulan pula mendakwa harga buah-buahan naik sejak kebelakangan ini, mendorong beliau menaikkan harga buah-buahan. Uncle Wong yang berniaga buah-buahan di Jalan Raja Chulan sejak 10 tahun lalu berkata, harga buah-buahan naik 50 sen hingga RM1.50 sekilogram. Antara buah-buahan yang naik ialah nenas, betik, sengkuang Cina, mangga, ciku dan tembikai. Kenaikan itu menyebabkan beliau menjual buah nenas, sengkuang cina dan betik pada harga RM1.50, tembikai RM1.20 dan buah mangga RM2. "Bukan buah-buahan tempatan sahaja yang naik, buah epel, buah oren pun naik juga," katanya sambil mengeluh kerana kenaikan harga buah-buahan itu menyukarkannya. Beliau mengaku susah hati setiap kali harga barangan naik kerana menyebabkan jualannya terjejas. "Lima tahun dulu, saya jual buah 70 sen atau 80 sen, ramai pekerja pejabat yang lalu lalang di sini beli banyak. Tetapi sekarang mereka beli, tapi sedikit. "Mereka pun bising kalau saya naik harga. Ada pelanggan kata harga buah-buahan saya sudah sama dengan harga di gedung membeli-belah tapi saya pun kena naikkan juga sebab saya beli pun mahal," ujarnya.
|
5
![]() Bagus |
12
![]() Marah |
7
![]() Terkejut |
6
![]() Sedih |
2
![]() Lawak |
17
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Acong_II posted on 25-6-2014 11:36 PM
ptg tadi minum fresh oren & ABC....... RM5 jer...... takde laa mahal sgt kan?
Acong_II posted on 25-6-2014 11:36 PM
ptg tadi minum fresh oren & ABC....... RM5 jer...... takde laa mahal sgt kan?
5229 posted on 26-6-2014 01:45 AM
jeles ngn orang kg..panas ada byk pokok..nk buah pon banyakk..takat nk mintak tembikai sebijik kt ji ...
Acong_II posted on 25-6-2014 11:36 PM
ptg tadi minum fresh oren & ABC....... RM5 jer...... takde laa mahal sgt kan?
FanTasyCreaTioN posted on 26-6-2014 06:09 AM
murah sangat2 dah tu bang Acong
sini fresh oren ja dah rm5
belom nak tambah ABC tu
...
FanTasyCreaTioN posted on 26-6-2014 06:55 AM
morning yang
kita suka bubur buang panas time panas2 gni
ADVERTISEMENT