CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naik Gaji Pekerja Sebelum Naik Harga Barang!

3-1-2014 05:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9719| Komen: 55

Description: Shah Alam - Bagi Meringankan Beban Rakyat Mengharungi Kehidupan Seharian, Akibat Kenaikan Harga Barang Dan Kos Sara Hidup, Kerajaan Digesa Menaikkan Kadar Gaji Pekerja Di Malaysia.

Gambar hiasan


SHAH ALAM - Bagi meringankan beban rakyat mengharungi kehidupan seharian, akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kerajaan digesa menaikkan kadar gaji pekerja di Malaysia.
       
Saranan itu dikemukakan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang berkata, kadar kenaikan harga barang serta kos sara hidup  di Malaysia tidak selari dengan kenaikan gaji pekerja di Malaysia yang akhirnya memberi tekanan hidup kepada rakyat.
       
“Ramai orang beranggapan majikan adalah orang yang bertanggungjawab menaikkan gaji, tetapi sebaliknya kerajaanlah yang bertanggungjawab dalam hal ini, ini kerana majikan terpaksa akur dengan dasar buruh kerajaan, sebab itulah kebanyakan sektor, gaji pekerjanya tidak dinaikkan.
       
“…Dasar ini (buruh)  telah dilaksanakan sejak tahun 2000 lagi, oleh itu saya gesa kerajaan agar ubah dasar ini, agar pekerja di Malaysia dapat menikmati gaji yang lebih tinggi supaya kenaikan kos sara hidup dan barang tidak terus memberi bebanan kepada mereka (rakyat),” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
       
 Sehubungan itu, Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan, menggesa kerajaan menghentikan segala kenaikan cukai baharu serta kenaikan kos sara hidup rakyat selagi gaji rakyat Malaysia tidak dinaikkan kepada kadar yang sepatutnya.
       
“Sepatutnya kerajaan selesaikan isu gaji rakyat dahulu sebelum dasar rasionalisasi subsidi diperkenalkan.
       
“…oleh itu kenaikan cukai serta harga barang hanya akan memberi bebanan kepada rakyat, jadi prihatinlah kepada nasib rakyat,” katanya.

17

Bagus
22

Marah
16

Terkejut
19

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cipOt_cedOt 3-1-2014 12:42 PM
ahahah... sapa percaya memang bangang semulajadi la... tak pernah terjadi kat mana-mana dunia waimah negara komunis sekalipun harga barang tak naik bila gaji naik... ekekeke...

ni apa punya charted accountant ni... ekekeke...

barang naik jer naik gaji... gaji naik barang pun naik la... gaji tu sebahagian dari kos perniagaan... tatau la kot PR menang boleh kasi gaji kerani cabok RM 1'000'000.00 sebulan... ekekeke... itu pun aku kompom harga barang akan jadi mahal gak... ekekeke...

sepatotnya kuatkuasakan hukuman tembak ke atas pengguna bangang yang asyik komplen gaji tak cukop sebab asyik makan kat kedai mahal pastu komplen mahal tapi still lagi gi makan kat kedai tu dengan alasan... dah termasuk takan tak beli kot... atau sebab anak nak makan takan nak halang kot... ekekeke...
Quote chenta_dewi 3-1-2014 01:01 PM
cipOt_cedOt posted on 3-1-2014 12:42 PM
ahahah... sapa percaya memang bangang semulajadi la... tak pernah terjadi kat mana-mana dunia waimah ...

ni mesti spesis nak lalu tol berbayar
Quote pakwetizzaqyah 3-1-2014 02:09 PM
bagaimana GST tidak boleh meningkatkan harga barang?                           (8 Markah)

Beban GST boleh dipindahkan kepada pengguna. Adakah anda setuju? Bincangkan.                                (10 Markah)

Cukai tidak langsung dan cukai langsung. Bezakan.                                                  (2 Markah)

lol
Quote leylapple 3-1-2014 02:26 PM
naik gaji ---> harga barang naik ---> gaji tak cukup, so mintak naik gaji, gaji naik ----> rega barang pun naik lagi...--->gaji lama tak cukup...

betulla...mcm nie barulah jadi negara berpendapatan tinggi (quoted from PM)

my foot!!
Quote Bell 3-1-2014 02:38 PM
Bila gaji kerajaan naik, pekerja swasta pun mintak naik termasuk pekerja kilang, industry, etc, etc yg keluarkan barang. Jadi kos barangan akan meningkat sama kerana gaji buruh pun meningkat. Rafizi nie lulus mana?
Quote Bell 3-1-2014 02:40 PM
cipOt_cedOt posted on 3-1-2014 12:42 PM
ahahah... sapa percaya memang bangang semulajadi la... tak pernah terjadi kat mana-mana dunia waimah ...

PR ada senjata utk halang gaji pekerja syarikat pengeluar barangan tidak naik apabila gaji pekerja kerajaan naik. Tak caya tanya Rafizi.

Quote rashiman 3-1-2014 02:46 PM
leylapple posted on 3-1-2014 02:26 PM
naik gaji ---> harga barang naik ---> gaji tak cukup, so mintak naik gaji, gaji naik ----> rega bara ...

Cuepac sepatutnya mohon kenaikkan gaji lebih 300% mcm pemimpin selangor  yg membela nasib pemimpin mereka.. rakyat dia bagi air free, dah cukup..menyeronokkan...dah x kisah apa pemimpin mereka buat...seronok sgt  dpt air free...
Quote dualchicks 3-1-2014 02:46 PM
yg naikkan harga barang federal..naik barang naiklaa gaji kena selaras...tak naik harga brg takyah nak gaji...betullaaa apa dia ckp...kowang hado kelulusan ACCA ke? LCCI pun tercungap2...

Takyahlaa wat formula masing2...
Quote dino 3-1-2014 02:47 PM
Bell posted on 3-1-2014 02:38 PM
Bila gaji kerajaan naik, pekerja swasta pun mintak naik termasuk pekerja kilang, industry, etc, etc  ...

tu ah pelik.... simple sgt gaji naik barang naik la jwbnya......
klau kite slalu nak pkir hidup mewah menteri mmg la tak tenang jiwa raga..... apsl aku takleh nak mewah gak...
hari tu kitorg ni tingin nak makan steamboat.... klau makan kat kedai koman2 klau 4 org rm200++ so plan buat sendiri kat rumah... bajet rm20 sorang... so dlm rm80..... resepi cari je kat tenet....so kenyang makan sampai malam....

bleh bajet tp stop makan kat luar.... ni bkn cdgn ala2 menteri tuh..... dan opkoz kena ade keberkatan dlm gaji kite dpt bulan2..... duit kat org tua jgn lupa......
Quote Bell 3-1-2014 02:53 PM
dino posted on 3-1-2014 02:47 PM
tu ah pelik.... simple sgt gaji naik barang naik la jwbnya......
klau kite slalu nak pkir hidup m ...

Ha'ah elok stop makan luar. Sebagai permulaan restoran mamak 24 jam tu operate sampai pukul 10 mlm jer. Jadi org pun duduk kat rumah. Maka permintaan makanan akan menurun. Harga pun turun.

Quote leylapple 3-1-2014 02:53 PM
dino posted on 3-1-2014 02:47 PM
tu ah pelik.... simple sgt gaji naik barang naik la jwbnya......
klau kite slalu nak pkir hidup m ...

la..

apsal tak makan kat bbq steamboat buffet?

rm18 seorang...semua dah ready..cuma kita yang kene masak...

ada udang, ada ayam, ada daging..sayur2..aiskrim pun ada...

tapi air kene beli sendiri la...
Quote kucingTomey 3-1-2014 02:54 PM
saya ada dua pendapat pasal hal ni....

pertama: kalau gomen tak mampu beri senang rakyat...jadi je pembangkang..bagi org lain jadi gomen..

kedua : pindah je dari mesia
Quote dino 3-1-2014 02:56 PM
leylapple posted on 3-1-2014 02:53 PM
la..

apsal tak makan kat bbq steamboat buffet?

kat mana rm18 tuh....
teringat makan skali restoren ape ntah kat ampang.... harga dlm rm20++ mslhnya.... tak sedap....
Quote dino 3-1-2014 03:00 PM
Bell posted on 3-1-2014 02:53 PM
Ha'ah elok stop makan luar. Sebagai permulaan restoran mamak 24 jam tu operate sampai pukul 10 mlm ...

mslhnya wpun harga tinggi org tetap beli.....kat kl option bahan mentah yg murah tu ade..... rajin2 la p website tesco..... tgk ape yg murah promo tuh.... situ dah leh bajet.....
ape2 pun solution kena cari yg rasa sakit ngan kenaikan brg ke ape..... td makan nasi lemak sambal udang kedai mamak rm8... klau kat warung aku leh dpt rega rm4.....  sbb aku malas nak merungut.... kecuali mahal tp makanan hampeh.... yg tu mmg kena komplen...
Quote kucingTomey 3-1-2014 03:02 PM
dino posted on 3-1-2014 03:00 PM
mslhnya wpun harga tinggi org tetap beli.....kat kl option bahan mentah yg murah tu ade..... rajin ...

awak tanggung hidup sendiri je boleh la cakap macam nak runtuh langit dekat forum ni bang dino...tunggu kamu dah kawen anak 3 dok kolumpo...kita tengok masa tu...adekah bang dino masuk lagi forum atau tak mengulang ayat2 ni
Quote leylapple 3-1-2014 03:03 PM
dino posted on 3-1-2014 02:56 PM
kat mana rm18 tuh....
teringat makan skali restoren ape ntah kat ampang.... harga dlm rm20++ m ...

kat kuching...

nak kata sedap, pun ok jugak...

byk la tempat kat sini..rega varied dari rm15-rm20

ada satu tempat tu, siap masak ketam lagi (dia masak), kita ambik jer dan makan...
Quote kudajantan77 3-1-2014 03:04 PM
gaji tak naik pun barang naik ... gaji naik pun barang naik ...

lagi baik la gaji naik ... boleh jugak la gaji merangkak mengejar harga barang yang berlari ... daripada tak bergerak langsung tapi harga barang tetap berlari ...

bodo punya macai ...
Quote kucingTomey 3-1-2014 03:06 PM
kudajantan77 posted on 3-1-2014 03:04 PM
gaji tak naik pun barang naik ... gaji naik pun barang naik ...

lagi baik la gaji naik ... boleh  ...

baru la balance....ni gi marah pulak org gi makan kat luar nun....soh gi tembak pulak...macai tak reti guna otak kot......kot otak tertinggal dalam uri masa lahir......

Quote dino 3-1-2014 03:06 PM
kucingTomey posted on 3-1-2014 03:02 PM
awak tanggung hidup sendiri je boleh la cakap macam nak runtuh langit dekat forum ni bang dino...t ...

ko ni kojam la tuceng

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.078432 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top