CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Sathia mahu FAM campur tangan

19-5-2015 10:42 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1302| Komen: 0


B. Sathiananthan berharap kemelut kedudukannya sebagai jurulatih pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat diselesaikan segera.


Selepas kurang memberansangkan pada awal musim dengan hanya mencatat satu kemenangan, Sathiananthan direhatkan pada 14 April lalu dan sehingga ke hari ini.

Namun tindakan itu mencetuskan rasa kurang senang pengendali itu ekoran perkara itu diumumkan semasa sesi latihan pasukan di hadapan para pemain-pemainnya.

Selepas lebih sebulan, beliau menuntut sikap gentleman para pegawai Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) kerana tiada istilah rehat dalam kamus seseorang jurulatih.

"Dalam bola sepak mana-mana pun, jurulatih biasa disingkir, cuma di Malaysia ini gemar menggunakan istilah direhatkan," tegasnya.

Sathiananthan mendakwa jurulatih memiliki perjanjian secara hitam putih mengenai tugasan mereka dalam sesebuah pasukan.

"Saya mempunyai kontrak sebagai jurulatih, kalau sebagai pemerhati untuk mengawasi latihan dan perlawanan yang  melibatkan Tentera, itu bukan kerja saya.

"Dalam kontrak kerja saya adalah untuk melatih dan memilih pemain untuk skuad ATM dalam Liga Super.

"Dalam kontrak saya tiada pemerhati. Ini menghina dan memalukan saya di depan pemain-pemain."

Jurulatih berusia 56 tahun itu berkata beliau sedia menerima keputusan andai disingkirkan, sambil membidas cara pengurusan berhubung kedudukannya.

"Pegawai-pegawai perlu gentleman, kalau mereka buat keputusan saya disingkirkan saya akan terima.

"Selama 24 tahn sebagai jurulatih dan pernah mengendalikan Negeri Sembilan, MBPJ, Kelantan, pasukan Olimpik dan Remaja Malaysia, ini tindakan yang mengecewakan dan tak profesional."

Justeru beliau mengharapkan campur tangan FAM untuk menyelesaikan kes ini dengan cara baik.

"Saya harap FAM akan memanggil PBAT dan saya berbincang secara baik untuk selesaikan perkara ini, saya tidak cadang ke pejabat buruh untuk melaporkan perkara ini. Saya akan menggunakan saluran yang ditetapkan persatuan.

"Sebagai presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, saya harap FAM akan menjadi saluran yang digunapakai untuk menentukan masa depan saya dgn PBAT.



sumber:www.stadiumastro.com

2

Bagus
2

Marah
19

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.023144 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top