CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Kalah Kepada Korea Selatan Kekalahan Bermaruah - Datuk Ahmad Shapawi

19-5-2015 10:38 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1155| Komen: 0

Description: Kegagalan skuad badminton negara pada saingan suku akhir Piala Sudirman di Dongguan, China, semalam adalah kekalahan bermaruah, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail ...


Kegagalan skuad badminton negara pada saingan suku akhir Piala Sudirman di Dongguan, China, semalam adalah kekalahan bermaruah, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Beliau berkata walaupun kecewa dengan kekalahan tersebut kepada pasukan Korea Selatan, beliau memuji skuad negara yang tidak mudah menyerah kalah kepada lawan mereka itu.

"Pasukan kita berjaya di peringkat awal, namun pada suku akhir agak mendukacitakan. Tetapi saya bangga, pasukan badminton negara tidak memberi kemenangan mudah kepada Korea Selatan.

"Saya berharap pasukan badminton negara dapat berusaha lagi pada kejohanan berpasukan campuran yang lain...jangan disebabkan kekalahan ini mematahkan semangat pemain.

"Sasaran selepas ini ialah untuk mengutip mata untuk layak ke Sukan Olimpik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Akademi Badminton Sports Affairs di Menara CIMB, KL Sentral di sini hari ini.

Malaysia kalah kepada Korea Selatan 1-3 pada pusingan suku akhir semalam. Pada saingan peringkat kumpulan sebelum ini, skuad badminton negara menumpaskan lawan yang sama 3-2.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Ahmad Shapawi berkata Malaysia perlu mengadakan lebih banyak kejohanan badminton yang kompetitif seperti Kopiko Purple League yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.

"Akademi Badminton Sports Affairs satu inisiatif entiti swasta untuk mengerakkan pembangunan sukan badminton negara bersama-sama kelab badminton lain dan juga Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Mereka turut menganjurkan pertandingan dan kita mengalu-alukan usaha ini.

"Di China, negara itu banyak menganjurkan perlawanan kompetitif di dalam negara mereka sendiri, kebanyakan pemain mereka tidak perlu keluar bermain di negara luar...sebab itu China mempunyai ramai pilihan pemain berbakat," katanya.

Mengenai langkah Akademi Badminton Sports Affairs melantik Rashid Sidek sebagai ketua jurulatih perseorangan dan Rosman Razak selaku ketua jurulatih beregu bagi kelab berkenaan, Ahmad Shapawi berkata keputusan itu adalah hak kedua-dua jurulatih itu.

"Keputusan Rashid keluar daripada BAM adalah keputusan beliau sendiri, sudah tentu beliau mahu mencari sesuatu yang lebih baik daripada sebelum ini. Kita menghormati pendirian Rashid dan Rosman.

"Mereka memberitahu saya, mereka akan membantu dari sudut yang lain dan ini memang kita alu-alukan," katanya.


sumber:www.stadiumastro.com


3

Bagus
15

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.030717 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top