CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Pemain No.2 Dunia Tewas Ditangan Delia

19-5-2015 10:40 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1252| Komen: 0

Description: Pemain skuasy wanita nombor tiga Malaysia, Delia Arnold terus mencipta kejutan pada Terbuka British 2015 di Airco Arena di Hull, London pada Jumaat. Dalam aksi suku akhir yang menarik dan mendebarkan ...


Pemain skuasy wanita nombor tiga Malaysia, Delia Arnold terus mencipta kejutan pada Terbuka British 2015 di Airco Arena di Hull, London pada Jumaat.

Dalam aksi suku akhir yang menarik dan mendebarkan itu, Delia menewaskan pemain nombor dua dunia, Raneem El Weleily dari Mesir 4-11, 16-14, 10-12, 11-6 dan 12-10 pada perlawanan yang berlangsung selama satu jam sembilan minit.

"Saya seperti tidak percaya. Pada set pertama, Raneem beraksi begitu baik, jadi di set kedua, saya cuba bermain rali panjang.

"Saya benar-benar terkejut, saya tidak melakukan apa-apa berbeza, saya lakukan perkara yang sama minggu ini dan ia menjadi," kata Delia seperti yang dipetik dalam laman web rasmi kejohanan itu  http://allambritishopensquash.com.

Beraksi pada undian utama selepas melepasi pusingan kelayakan, pemain berusia 29 tahun itu, sebelum ini melakukan dua kejutan untuk mara ke separuh akhir Terbuka British, iaitu pencapaian terbaiknya pada kejohanan itu, setakat ini.

Di pusingan pertama pada Selasa, Delia menumpaskan pemain pilihan kelima dari England, Alison Waters sebelum menewaskan pilihan ke-11, Annie Au dari Hong Kong pada hari berikutnya.

Delia akan berdepan pemain pilihan keenam, Camille Serme dari Perancis di separuh akhir, yang turut mencipta kejutan apabila mengalahkan pilihan keempat,  Nour El Sherbini dari Mesir.

Camille memenangi perlawanan yang berlangsung selama satu jam dan enam minit itu dengan 6-11, 11-7, 7-11, 11-9 dan 11-9.

"Berdepan Camille esok, saya akan melakukan yang terbaik," kata Delia.


sumber:www.stadiumastro.com

8

Bagus
2

Marah
11

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.035248 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top