CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Demi Allah, Tiada Niat Jadikan Konflik Keluarga Saya Sebagai Konten’ – Abby Abadi

30-9-2024 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30639| Komen: 5

 


Pelakon Abby Abadi menyangkal dakwaan dia sengaja ‘menunggang’ konflik keluarganya dan dijadikan sebagai konten dalam media sosial sehingga menjadi bualan umum.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, berkata, konflik terjadi antara dia dan anaknya, Marissa Dania adalah sebahagian daripada asam garam keluarga.

"Demi Allah tiada niat nak jadikan konflik keluarga saya sebagai konten. Konflik yang terjadi berlaku dengan sendiri."

"Saya kenal anak-anak saya macam mana, biasalah dalam keluarga ada turun naiknya. Tetapi kasih sayang antara kami tetap kuat."

"Dari kecil, anak-anak bersama saya. Jadi apabila ada beberapa perkara yang berlaku, saya yakin perkara itu (konflik) tidak lama, on off orang kata."

 


Abby berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba with Abby Abadi dan majlis pelancaran makanan tambahan, Berryfull Honey Lemon keluaran Inayah Beauty yang berlangsung di ibu kota, pada Sabtu.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada Norman Hakim ini meluahkan rasa syukur apabila dilantik sebagai duta produk makanan tambahan tersebut.

Kongsi Abby, dengan bantuan Berryfull Honey Lemon, dia berjaya menurunkan berat badan sekitar 59kg.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi, berkata, pihaknya berbesar hati melantik aktres tersebut sebagai duta.

"Dengan pelbagai cabaran sepanjang proses Berryfull Honey Lemon yang ingin bersaing secara sihat dalam pasaran, saya bersyukur jalinan kerjasama dengan Abby memberi impak yang besar."

"Pada asalnya, saya mendapat satu kiriman video daripada Fasha Sandha. Video itu menunjukkan Abby Abadi dan Azza (Elite) berkongsi pengalaman mereka kepada Fasha yang mereka adalah pengguna setia Berryfull."

"Mereka beli sendiri dan memang amalkan. Video berkenaan buatkan saya tertarik kerana tak sangka mereka sudi mencuba produk tempatan kami."

"Abby sudi menyahut cabaran yang diberikan iaitu wajib kurus dalam masa tiga bulan. Ketika saya menghubungi Abby, berat badannya mencecah 75kg dan dia sahut cabaran untuk turunkan berat badan sehingga 59kg pada bulan Ogos lalu."

Sumber – OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 1-10-2024 02:53 PM
Setiap kali kau marahi diriku ini
Tergugur jantungku tergamam membisu



sian xde yg komen
so iols nk nyanyi part abby

Quote rainbowrainz 2-10-2024 08:07 AM
Bakyah ni cun lah jugak cuma mulut dia jerk hangsuang skit..
Quote Sendawg 2-10-2024 08:35 AM
Semalam Hlive ada tunjuk klip Abby dgn Marissa (taktau la baru ke lama) mmg aku tgk Marissa ni budak mentah tak matang. Langsung tak ada ciri-ciri isteri. Fucking cringe the fact that she got married because of 'halal sex'
Quote kucim 2-10-2024 08:51 PM
Anak kamu  & ex kamu yg naikkan rating keluarga indirectly
Quote kucim 2-10-2024 08:53 PM
Sendawg replied at 2-10-2024 08:35 AM
Semalam Hlive ada tunjuk klip Abby dgn Marissa (taktau la baru ke lama) mmg aku tgk Marissa ni budak ...

Ibarat maseh menetek ibu lagi....

Wht do u expect from 19 yrs old girl....

Aku dulu 19 thn..g shopping..karoake.cinema..masa belom ada smart phone..enjoy dgn kengkawan..rindu my old time....

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.032977 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top