Baru-baru ini, perbincangan antara Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, dan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken yang didedahkan oleh laporan The Atlantic telah menjadi perdebatan hangat kerana ramai persoalkan pendirian Riyadh tentang konflik Israel dan Palestin. Difahamkan dari Middle East Eyes, perbincangan yang berlaku pada Januari lalu menyatakan Putera Mahkota Arab Saudi secara peribadi tidak mempedulikan hal yang sedang berlaku di Palestin tetapi menyedari golongan muda Saudi semakin prihatin mengenai konflik itu. Disebabkan perbincangan itu, kemungkinan Arab Saudi akan menormalisasikan hubungan dengan Israel akan terjadi, biarpun perang di Gaza masih berlaku hingga hari ini. Menurut Mohammed bin Salman, beliau tidak mahu situasi tegang yang berlaku di Palestin menjejaskan perjanjian normalisasi. "Adakah saya peduli secara peribadi tentang isu Palestin? Tidak, tetapi rakyat saya peduli, jadi saya perlu memastikan ini bermakna."
Namun begitu, seorang pegawai Saudi menyifatkan laporan tersebut ‘tidak benar’ dan memaklumkan Putera Mahkota secara terbuka telah memaklumkan tidak akan menormalisasikan hubungan dengan Israel tanpa penubuhan negara Palestin yang berdaulat di bawah ibu negara, Baitulmaqdis Timur. "Kerajaan tidak akan berhenti dalam usaha mereka untuk menubuhkan negara Palestin yang berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara." Sumber – Beautifulnara |
kemaruk replied at 1-10-2024 01:09 AM
k
Farnor replied at 1-10-2024 01:50 AM
Try la nak buat perjanjian dengan isrel terlaknat.. Tak pasal2 memang nyawa ko melayang sekali denga ...
dua_chzy replied at 1-10-2024 12:18 AM
Sesama Ereb memang tak pedulik pun Palestain ni. Dah bosan kot tengok gaduh beribu tahun, tak aman2.
Tinot7 replied at 1-10-2024 06:51 AM
Bkn ka KSA pernah buat perjanjian normalisasi dgn isreal?
Nfir replied at 1-10-2024 07:29 AM
Bukan Saudi PERNAH buat. Saudi dalam perbincangan dan perancangan untuk buat.
In fact, pakar geop ...
batmana replied at 1-10-2024 12:14 AM
Secara teknikalnya..boikot pi haji umrah disana lagi utama dari boikot McD KFC bagai...psl dia ni se ...
ADVERTISEMENT