Khatam al-Quran 10 hari pertama Ramadan, pelakon Nora Danish menyifatkan itu merupakan hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada 7 Mac lalu. Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, berkata perkara tersebut sebagai pencapaian luar biasa apabila mampu menyempurnakan bacaan dalam minggu awal Ramadan, apatah lagi dilaksanakan buat pertama kali secara berkumpulan. “Ini adalah kali pertama saya menyertai tadarus, di mana kami berjaya khatam dalam tempoh 10 hari. Setiap hari, kami membaca lebih daripada 50 muka surat al-Quran. “Saya kira ini adalah pencapaian yang sangat berharga dalam hidup saya, sekali gus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran saya tahun ini. “Kami memulakan bacaan pada hari pertama Ramadan bersama seorang ustaz hafiz dan kira-kira 30 orang sahabat lain. Ini satu pengalaman luar biasa,” katanya dalam satu video wawancara.
|
Denco replied at 13-3-2025 09:38 AM
bestnya ada byk masa lapang di bulan puasa, bole join tadarus. kita yg keje ni mampu jeles je la & b ...
lotionmilo replied at 13-3-2025 10:14 AM
Next time start awal you.start rejab pon ok jer.bulan syaaban juga digalakkan membaca AlQuran
rosesirap replied at 13-3-2025 10:31 AM
Baca Al Quran ni klu baca sekali dgn tafsirannya mmg best..rasa x nak berhenti..
Mula2 kita membaca ...
ADVERTISEMENT