CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Sekurang-kurangnya Aina boleh menyanyi, tak macam Madonna’

13-3-2025 11:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26138| Komen: 16|Original author: tatod


KUALA LUMPUR – Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim menasihatkan penyanyi generasi muda agar lebih bekerja keras untuk memastikan nama terus kekal relevan dalam industri seni tanah air.

Menurut Khadijah 65, usaha tersebut adalah perlu bagi mengelakkan nama mereka tidak tenggelam selepas popular dengan hanya satu atau dua buah lagu sahaja.

Antara bakat besar yang dikaguminya ketika ini ialah Aina Abdul, Ernie Zakri, Marsha Milan, Nadeera Zaini dan Hael Husaini.

“Artis muda seperti mereka perlu bekerja lebih keras lagi dan saya berharap tidak sekadar datang kemudian hilang begitu sahaja.

“Walaupun tak berkesempatan menonton malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 baru-baru ini, saya sempat mengikuti perkembangan dalam media sosial.

“Saya kagum dengan pelapis muda yang berbakat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu raya penyanyi Soma di ibu negara, baru-baru ini.



Tambahnya, mereka harus kekal lama dalam industri seni kerana berpotensi besar dalam bidang nyanyian dan gubahan lagu.

Dalam masa sama, Khadijah sempat menitipkan nasihat buat Aina yang baru-baru ini mengakui tertekan apabila menjadi mangsa kecaman netizen selepas AJL39 berakhir.

Baginya, tampil dengan imej pelik bukan satu perkara yang perlu jadikan isu besar kerana itu adalah salah satu cara Aina ‘memasarkan’ dirinya.

Bahkan, dia juga sempat membandingkan Aina dengan penyanyi antarabangsa popular, Madonna.

“Aina keluar sahaja boleh menyanyi, sedangkan Madonna tak boleh, tetapi apa dia buat? Dia pakai baju dalam aneh untuk menonjolkan diri.

“Begitu juga Aina, dia perlu buat sesuatu berbeza agar orang nampak bakatnya. Dia memiliki bakat besar dan susah nak dapat anak Melayu boleh menyanyi serta hasilkan lagu sepertinya.

“Aina kena kuat tahan kecaman. Dia kena faham bila masuk bidang seni tak boleh lari daripada dihentam kiri dan kanan.

“Jangan disebabkan itu, mental Aina jadi koyak hingga tersadai disebabkan mental tak kuat,” katanya lagi.

Ujarnya, penerimaan masyarakat terhadap artis tempatan tidak sama seperti di luar negara.


“Maaf cakap, masa Aina mula-mula keluar tapi tiada yang kenal, jadi dia harus cari cara untuk tonjolkan diri.

“Tapi, keputusan Aina tampil berbeza berhasil. Ini kerana orang mula ingin tahu siapakah Aina.

“Lady Gaga dulu pun disangka tidak waras, tapi akhirnya diterima dan gah di seluruh dunia,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 13-3-2025 06:58 PM
madonna banyak lagu2 dance... tak sesuai jadi pokok diri setempat
Quote MadameOnion 14-3-2025 08:16 AM
ya ampunnnn comparison tak kena langsung..
Quote alesandra 14-3-2025 12:46 PM
madonna bukan takleh nyanyi  cuma suara dia biasa2. agak2 laaa nek oii.gaga pulak dah slow down sejak dia terima award,collab dgn tony bennet.last aku tgk masa grammy  penanampilan biasa tapi tetap la attention whore buat gaya pelik2 walau lagu tu tribute utk california
Quote kucingitam 14-3-2025 12:50 PM
baru ni aku dgr lagu kat radio..dah babis tu dj cakap lagu popular aina abdul, kelip2 kot namanya.. aku macam? oh popular ke? apsal mcm tak pernah dgr dlm radio..and yes, itu first time aku dgr lagu dia, suara dia. bagi aku biasa je suara dia takde wow factor yg boleh buat kau dgr dia start nyanyi je dah tau itu aina abdul.
Quote Alvida 14-3-2025 07:00 PM
Lagu raya pun takde mesti aina sedih nadeera lagi mendunia dr dia..tu la walau bakat ada tp lagu sepesen jer tk pandai pilih lagu yg letop
Quote Freezies 14-3-2025 07:07 PM
Iols rela dengar lagu nek donna dari ena..
At least catchy jugak la runut lagu.walaupon lipsync/nyanyi live hauk.
Quote fadz84 15-3-2025 06:27 AM
Aiyo nek ni.. apsal x compare Madonna ngn diri sendiri je.. hehe.. at least Madonna tu berlambak hits yg org igt..
Quote mrseller 15-3-2025 07:13 AM
Hauk2 madonna lagi kaya dari kau tijah kah kah kah
Quote apedehal 15-3-2025 07:17 AM
Ngarutnya compare nek donna dgn dek yenna.. nek donna tu ada stage presence, performer bkn org heran pun dgn sora dia jji lagu boleh sing along
Quote Prickford 15-3-2025 08:41 AM
Berani nau nak compare dgn acik dona. Acik dona suara biasher2 tapi aura & energy sheolls lain macam. Dia boleh tarik crowd dgn pakai dress penuh atau pakai leotard saja. Pastu jgn la nak compare dgn cara barat sana yg semua benda boleh langgar pedulik apa syurga neraka.
Quote ezacbee 15-3-2025 09:34 AM
Bangga laa ponds ainations, retis kesayangan setanding madonna.. Tokti pun kalah.

Laislabonita..
Quote supernaturalee 15-3-2025 02:31 PM
sbb tu la kot Astro dh x pgl jd juri

Quote Bolabulat 15-3-2025 04:20 PM
Boleh ke Aina Abdul produce lagu mcm la isla bonita?? Madonna cipta dan produce sendiri lagu dia acik tijah oiii
Quote eLiaD 15-3-2025 08:40 PM
Madonna tu energetic ape jadah nk compare kn ko &  aina bedul yg nyanyi statik mcm batang pisang.tu..bongok




RiP
Quote Dolmat 15-3-2025 11:02 PM
U cannot compare apple and petai.
Quote sharlenetexas 16-3-2025 12:47 AM
Apa yang nenek ni merepek?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.440308 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top