CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja kilang warga asing merusuh isu lambat bayar gaji

13-3-2025 11:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7945| Komen: 16|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-03-12-at-8.36.16-AM.jpeg


ALOR SETAR – Sekumpulan pekerja warga asing disyaki merusuh di sebuah kilang perindustrian di Pokok Sena, dekat sini semalam selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan isu kelewatan pembayaran gaji.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya pada hari ini mengesan video berdurasi satu minit 11 saat memaparkan kejadian rusuhan tersebut yang tular di TikTok.

Katanya, makluman awal kejadian diterima Balai Polis Pokok Sena kira-kira pukul 1.05 tengah hari semalam sebelum sepasukan polis dikerah ke lokasi bagi meninjau keadaan.

“Siasatan awal polis di lokasi mendapati dalam kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah hari itu, berlaku pertelingkahan antara sekumpulan pekerja Bangladesh dan Nepal dengan dua penyelia kilang tersebut.

“Pertelingkahan dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati pekerja- pekerja kilang berhubung isu kelewatan pembayaran gaji yang dimaklumkan oleh pihak syarikat sebelum itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, dalam pertelingkahan itu berlaku tolak-menolak sehingga menyebabkan tiga individu mengalami kecederaan ringan.

Tambahnya, olis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 13-3-2025 12:26 PM
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya pada hari ini mengesan video berdurasi satu minit 11 saat memaparkan kejadian rusuhan tersebut yang tular di TikTok.

Yang merusuh ada permit sah ka? Combination bangla/nepal/myanmar memang bahaya. Dengan Indonesian diorang tak boleh ngam.
Quote Skuau 13-3-2025 12:29 PM
kata rajin la sangat..lambat pon..keja juga la..dh kata rajin la sangat....
Quote JohnDeSouza 13-3-2025 12:35 PM
awat kilang x bg gaji?
Quote white_musk 13-3-2025 01:02 PM
kelang kalau bole tak mahu bayar gaji,

hanya mahu kerahan tenaga buruh percuma saja kerana board and senior management kelang mahu beli rumah besar kereta mercedes dan mahu kubur sebesar gunung fujiyama

Quote TeropongThaico 13-3-2025 01:41 PM
Lama mana yg tangguh bayaran tu
Quote dewi_rina 13-3-2025 03:47 PM
Rohingya ke?
Quote sambaldurian 14-3-2025 12:55 AM
X kisah la foreigner ke, pati ke, gaji dorg kena bayar. Seram pulak klu kilang / office xde sufficient fund. So semua dept kena main peranan, dari production, marketing, collection dept.
Quote clueless_gamer 14-3-2025 03:27 AM
1. foreign worker ni selalu dapat gaji lambat dari majikan sebenarnya, berbanding local worker, kita mmg byk protection act, boleh je mengadu dkt pejabat buruh contohnya kalau tak dibayar gaji berbulan.. tp foreign worker ni takde sapa nak bela dia.. byk cakap nanti takut kena buang kerja.. jadi terpaksa hadaplah

2. construction worker sbg contoh, biasa akan dapat gaji 2 bulan sekali.. kdg delay lagi lambat sbb bos ni suka2 dia je kan.. terpaksa dok berhimpit dlm rumah kongsi.. nak mintak tak dilayan, takut kena halau ke buang kerja.. lagi pun byk juga illegal worker / pati.. so diorang mmg jadi mangsa modern day slavery..

3. bila dah terpaksa.. tu yg ada jadi penjenayah, perempak penyamun.. sbb dah terpaksa nak cari duit, yg kes bunuh bos dia pun ada.. tp byk tokey ni semua nak untung kan.. so dia pilihlah pati ni sbb mudah diugut berbanding local worker yg ada byk pilihan kerja atau ada byk akta yg melindungi kita nanti..

4. sbb tu ramai org kita tak nak kerja kilang ni, sbb takde security dgn gaji yg setimpal.. kdg majikan saje pilih orang luar sbb boleh suruh diorang kerja overtime tapi bayar basic sahaja.. take it or leave it, ko rasa?

Immigrant arrests jump to nearly 11pct in the National Crime Index, IGP warns of escalating trend [NSTTV]https://www.nst.com.my/news/nation/2023/12/995451/immigrant-arrests-jump-nearly-11pct-national-crime-index-igp-warns



Quote PULANGKAN 14-3-2025 04:09 AM
clueless_gamer replied at 14-3-2025 03:27 AM
1. foreign worker ni selalu dapat gaji lambat dari majikan sebenarnya, berbanding local worker, kita ...

true. teringat masa dengar luahan hati sorang staff ni,
dia kata gaji diorang tiap bulan masuk lambat. kadang2 kurang beberapa ringgit. tapi takde deduct apa2
I kata, pergila bagitau HR. dia geleng je. staff sebelum ni, sapa yang confront HR isu gaji. tau2 je kena hantar balik negara
diorang diam ajela

yang mana orang tempatan, kena je isu gaji, terus angkat kaki, tanpa notis
dah la gaji minima, kena ugut nak deduct tiap hari. dah masuk gaji, tak cukup pulak. macam mana nak hidup
Quote AbukRokok 14-3-2025 10:18 AM
white_musk replied at 13-3-2025 01:02 PM
kelang kalau bole tak mahu bayar gaji,

hanya mahu kerahan tenaga buruh percuma saja kerana board a ...

mcm squid games season 1 abdul minta gaji
Quote miss_white 14-3-2025 12:51 PM
Skuau replied at 13-3-2025 05:29 AM
kata rajin la sangat..lambat pon..keja juga la..dh kata rajin la sangat....

Sendiri yang rajin sape suruh
Quote asamfish 14-3-2025 01:07 PM
sgt jijik mana2 yang melambatkan gaji pekerja....nkau ingat anakbini nkau je ke yang nak makan, anakbini pekerja tak de perut nak diisi? dan lagi jijik bila hire pekerja asing, ambil kesempatan ke atas mereka....bertambah jijik macam tahik cirit bila ambik pekerja yang takde permit tapi mempermainkan mereka....semoga majikan2 mcm ni mereput di dunia before going to hell!
Quote Skuau 14-3-2025 02:58 PM
clueless_gamer replied at 14-3-2025 03:27 AM
1. foreign worker ni selalu dapat gaji lambat dari majikan sebenarnya, berbanding local worker, kita ...

semua ini tipu..rakyat tempatan yg pemalas...sb itu kita worang asing sinang dapat kija...kita banyak rajin...
Quote silance 15-3-2025 03:56 PM
Tadi dalam berita : Kat teluk intan pun deme merusuh juga.

Quote exclusive_vvip 15-3-2025 04:25 PM
jahatnya majikan  yg tak bayar gaji..tgk la perangai2 majikan malaysia ni..kemain dok puji2 pekerja warga asing & sebab tu hire pekerja asing, padahal diorg(majikan) senang nak pedajal..pastu bagi alasan x suka hire pekerja tempatan sbb pekerja tempatan memilih kerja..dan 1 lagi alasan yg majikan malaysia dari dulu suka create, pekerja tempatan tak mahir bahasa inggeris..jadah setakat company biasa2 dlm malaysia pun nak bagi alasan bahasa inggeris tu..padahal mmg xnak hire locals sbb locals dilindungi undang2..
Quote dani-rox 15-3-2025 05:12 PM
Edited by dani-rox at 15-3-2025 05:13 PM




Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.040324 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top