CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Macam-macam Ada Di Singapura Tapi Berbaloikah Bercuti Di Situ?

22-11-2016 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7658| Komen: 25|Original author: Oleh: Maly Rosli

Bagi ibu bapa yang sering membawa anak-anak pergi bercuti, pasti anda menghabiskan banyak waktu untuk merancang tempat dan aktiviti menarik yang boleh menghiburkan anak-anak.


Jika Singapura termasuk dalam senarai tempat percutian anda, ini adalah beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi sementara melakukan aktiviti lain dari yang lain bersama anak-anak.

1. Muzium ArtScience 


Sumber foto: http://www.archdaily.com

Di dalam bangunan berbentuk seperti bunga teratai ini terdapat 21 ruang galeri di mana hasil karya kreatif dipamerkan untuk tatapan dunia. Bangunan ini adalah sebahagian daripada kompleks Marina Bay Sands.


Selain itu, muzium ini juga menganjurkan pameran 'Future World' yang bertemakan bandar dan alam semula jadi. Pameran ini berkonsepkan interaktif di mana setiap ruang adalah sebahagian daripada pameran.

Lebih menarik, sebuah ruang galeri dipenuhi sinaran cahaya halus yang dicipta untuk menyerupai galaksi. Dengan menggunakan iPad, anda boleh memilih buruj yang anda mahukan dan menariknya masuk ke dalam ruang cahaya itu.


2. Satay Street/Pusat Satay


Sumber foto: http://www.ecotravelist.com

Kawasan ini dipenuhi penjaja gerai makanan yang menjadi tarikan pelancong pada waktu malam di Jalan Boon Tat. Jalan ini berhampiran dengan lalu lintas dan dipenuhi dengan gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan. Antara makanan yang dijual di sini adalah sate dan murtabak yang sedap.


3. Kafe Adiwira (Superhero Cafe)


Sumber foto: http://geekxgirls.com

Sumber foto: http://danielfooddiary.com

Kafe ini teletak di kompleks Marina Bay Sands, tingkat dua. Seperti namanya, kafe ini betul-betul hebat dengan semua makanan dan minuman di kafe ini mempunyai lambang adiwira seperti sayap Batman atau lambang 'S' Superman. Menarik, kan?


4. Supertrees


Sumber foto: tripadvisor

Dusun Supertree (Supertree Grove) di Gardens berdekatan Marina Bay itu sangat hebat! Seni binanya menyerupai pokok gergasi diperbuat daripada besi dan simen yang dilitupi bunga dan tumbuhan lain.

Dua kali setiap malam, pengunjung boleh menikmati sebuah pertunjukan muzik dan cahaya di mana kesemua pokok itu akan menyala mengikut rentak muzik. Ini Singapura lah! Anda tak perlu risau akan mengotorkan pakaian anda.


5. Zoo Singapura

Sumber foto: https://eastwest.force.com

Anda boleh menikmati sarapan pagi anda dengan ditemani Orang Utan. Selain Orang Utan, anda juga berpeluang melihat banyak lagi haiwan lain yang mungkin anda tak pernah ketahui kewujudannya.


6. Cloud Forest


Sumber foto: Pinterest

Memang hebat! Di dalam rumah hijau ini, sebuah gunung gergasi dibina di mana anda boleh menikmati pemandangan indah, anda juga berpeluang mengetahui mengenai tumbuhan di pergunungan dan pemanasan global. Setiap beberapa jam, wap seperti kabus akan dilepaskan memenuhi ruangan itu dan membuat anda berasa seperti berada di atas awan.


Bagaimana? Adakah anda teruja menjejakkan kaki ke Singapura? - CARI

34

Bagus
50

Marah
37

Terkejut
50

Sedih
34

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (240 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FARRAZOOL 22-11-2016 11:33 PM
Not bad la klu sesekali holiday ke sinjapok..shopping kat sana ada bnyk pilihan yg latest
Quote drivethru 23-11-2016 06:29 AM
Berbaloi. Setiap tahun ke sana dan setiap tahun masuk uss. Penginapan x jadi masalah sbb ade pakcik duduk di sana.
Quote fishcracker 23-11-2016 08:59 AM
berbaloi kalau bole tumpang rumah/bilik sedara mara,so cut d cost bayar hotel,beli je ezlink card dh bole tour singapore dengan public transport,paling malas lepak la kat vivo city,weol suka duk kat luar mengadap uss (kalau tak hujan la)..kalau bajet lebih weol jalan kaki je terus ke uss
Quote seattle 23-11-2016 03:36 PM
super heroes cafe tu tak halal because they have liquor.  maybe you can have the fries and soft drinks. sebab they dont serve pork or lard. nice place for kids.
Quote pmknfhontour 23-11-2016 04:12 PM
pergi Singapura.

boleh tengok

Wonder Full. Lokasi : Bayfront Avenue ( Marina Bay Sand )
persembahan wayang air yang mengisahkan perjalanan Singapura.
Persembahan/pertunjukkan ni selama 15 minit, ada dua sesi. 8 malam dan  9 .30 malam ( Jumaat & Sabtu ada sesi 11 malam )
tiada bayaran dikenakan, tapi kalau nak dapat port baik kena pegi awal book "seat" depan

Garden Rhapsody. Lokasi : Supertree Grove. Garden By The Bay
persembahan/pertunjukkan lampu dari "pokok-pokok" LED Gergasi yang mengikut rentak muzik.
sepert melihat pertunjukkan opera.
ada dua sesi. 7:45malam &  8:45malam

kami pernah pergi jalan-jalan balik hari.
sampai siang, pergi tengok Merlion sampai puas
lepastu perg jalan-jalan kat Orchard
kemudian ke Marina Bay Sands tengok Wonderfull pukul 8malam
kemudian ke Garden By The Bay tengok Rhapsody pukul 8:45 malam
habis terus balik semula ke JB.

boleh la buat trip jalan-jalan bajet ikut kemapuan poket..
Quote zafira 23-11-2016 04:22 PM
dah lama tak masuk S'pore... kalo dulu masuk Singapore selalu stay kat Landmark Village Hotel  yg dekat dengan masjid tu... sekarang bila anak2 dah besar...  dia orang dah macam malas nak ke sana lagi...  andai kata ke sana lagi.. nak ke  Supertrees & Cloud Forest tu... macam menarik ajer...
Quote tompie 23-11-2016 05:12 PM
nak pegi lagi 3 minggu..
tak sure whether nak stay kat JB pastu kuar masuk atau stay kat Spore.
Kalau kat Spore, hotel for family 2+2 lebih kurang 200.. kalau convert boleh duduk 5 stars kat Malaysia..

Plan nak gi USS ngan Zoo, 2-2pun dah gi 2-3 kali..
mungkin gak boleh pegi atractions baru mcm kat atas tu..

Tapi sekarang exchange rate pun dah teruk, 3.11 per 1 SGD.. sakit gak ahh..
Quote krustykrab 23-11-2016 09:57 PM
Tak koser nk gi buang duit kt sana
Quote MsKathryn 24-11-2016 06:54 PM
Selalunya every year pegi sg.. this year je x pegi.
Quote Daisyna 25-11-2016 12:09 PM
curency RM dah jatuh,berkira2 juga nk pi sana
Quote hayati_hassan 26-11-2016 10:08 PM
teringin nk gi SG
tetapi bila fikirkan xchange rate terbantut hajat iolls
Quote mirandanicky1 27-11-2016 07:41 PM
gi sampai USS je tk reti nk jln2 sana
Quote green~tea 29-11-2016 07:10 AM
Ok je tea amek pakej USS & aquarium tu skali ngn hotel.. total price is reasonable sbb all in.. ada byk choice hotel... paling ok hard rock hotel sbb dekat giler ngn pintu masuk uss..
Quote CardiGans85 29-11-2016 07:25 AM
RM tgh jatuh mmg sakit nk pi..
Quote haziraf 30-11-2016 11:44 AM
Berbaloi gak pi SG ni kalau currency kita stabil, pegi last August just to enjoy the food, memang best sangat sebab makanan dia memang lain dari yang Malaysia punya. Akan repeat SG lagi next year, bila currency kita dah okay balik.
Quote syadail 1-12-2016 04:11 PM
Dah 3 tahun berturut gi singpore ngan family. Next month nk gi lg.

Major attraction - museums....best giler museum2 kt singapore. Interractive. Mmg boleh bukak minda esp budak2. You all try la National Museum dia, mmg berbaloi, lps tu Discovery Centre dan Army Museum. Arts Museum dn ArtScience museum pn best.

Selalu masuk Sin dr JB pagi naik bas lepas tu duk kat hostel backpacker. Since kami 6 org dptlh satu bilik. Esoknya jalan lg dan sblum balik JB petang. Murah skit cmni bab accomodation.
Quote syadail 1-12-2016 04:12 PM
haziraf,

u enjoy food kt mana?
Quote syitaeyqa 21-2-2017 05:16 PM
i baru je buat day trip spore bulan dec ritu. less than 25 dolar sbb i guna 5 dolar utk mrt pastu lg 5 dolar mnum n 15 dolar souvenir. i pegi tpt yg xyah byr

try laa pegi botani garden, best jugak
Quote ira_229 1-3-2017 03:05 PM
Edited by ira_229 at 1-3-2017 03:08 PM
fishcracker replied at 23-11-2016 08:59 AM
berbaloi kalau bole tumpang rumah/bilik sedara mara,so cut d cost bayar hotel,beli je ezlink card dh ...

uols tahu tak ttg Singapore Tourist Pass..? agak berbaloi kalau banyak nak kena naik public transport dalam 1 hari...
ni link dia..
http://home.ezlink.com.sg/singapore-tourist-pass

lagi 1 kalau nak betul2 jimat nak makan kat hawker centre instead makan kat dalam vivocity- kopitiam... opposite vivocity kalau dari mrt u keluar exit A kat situ banyak pilihan makanan & lebih murah dari dalam vivocity..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.057331 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top