Penjenayah hari ini semakin 'handal bermain' ilmu pukau untuk mencuri dan menculik. Baru-baru ini, seorang ibu menerusi akaun Facebook Info Ibu Hamil berkongsi pengalamannya yang hampir dipukau dan bayinya nyaris diculik.
Menurut cerita mangsa, dia akan meletakkan anaknya yang berusia sembilan bulan di dalam kerusi bayi setiap kali ke kedai makan. Namun, pada hari itu seorang wanita berbangsa Cina dalam lingkungan usia 50-an tiba-tiba mendekati anak mangsa seolah-olah mahu mendukungnya. "Ini anak you ka? Manyak cantik ooo," katanya. Bagaimanapun, mangsa sempat menarik anaknya tanpa memandang ke arah mata wanita berkenaan kerana bimbang dipukau.
Enggan berputus asa, wanita Cina itu tekad mendapatkan mangsa lain dan cuba melakukan perkara sama dengan cuba mendekati bayi lain yang berada di kedai makan tersebut. "Jangan pandang mata dia!" jerit mangsa tanpa mempedulikan tanggapan orang ramai. "Masa tu semua pandang saya, ada yang berterima kasih dan ada yang ingat saya sengaja nak malukan makcik tu. "Saya hanya nak selamatkan bayi orang lain dari diculik," jelasnya. Dalam pada itu, mangsa sempat menasihati ibu bapa lain agar sentiasa berhati-hati dan pantau anak mereka walau di mana sahaja. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang turut menasihati orang lain agar sentiasa berwaspada. "Dari kaca mata sendiri, nampak para ibu bapa kebanyakannya terlalu leka dengan gajet sehingga tidak peka dengan keadaan sekeliling terutama anak-anak," komen netizen. Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran dan peringatan buat semua ibu bapa di luar sana. - CARI
|
4
Bagus |
6
Marah |
6
Terkejut |
5
Sedih |
12
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
system_failure replied at 14-3-2017 01:02 PM
mengarut je
kalo setakat pndang mata mana boleh pukau..
read body language je dah cukup ...
system_failure replied at 14-3-2017 01:02 PM
mengarut je
kalo setakat pndang mata mana boleh pukau..
read body language je dah cukup ...
Jorja replied at 14-3-2017 06:51 PM
For me la kan..rasanya tak sopan pula bila jumpa baby orang kita terus nak cubit2 pegang2 cium2 or d ...
krustykrab replied at 14-3-2017 01:32 PM
Tu la kan...x kenal terus nk cium bagai
Aku kalau baby yg duk tenung nak ngorat aku,aky akan ma ...
ADVERTISEMENT