CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wajah 'Flawless' dan 'Glowing' Dengan Masker Kentang, Jom Cuba!

14-3-2017 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5006| Komen: 5|Original author: Oleh: Maly Rosli

Mungkin ramai tak tahu selain menghilangkan 'mata panda' atau kantung di bawah mata, kentang juga merupakan bahan semula jadi terbaik bagi mencerahkan kulit wajah.


Foto: Manfaatsehat.id

Anda juga boleh memanfaatkan kandungan Vitamin C yang tinggi dalam kentang untuk mengatasi masalah kulit wajah. Dengan sedikit campuran dari beberapa bahan lain, masker kentang dapat menjadikan wajah anda lebih cerah, cantik dan 'flawless'!


1. Masker kentang, susu, dan minyak zaitun - Mencerah dan melembapkan

Foto: Ethnic Health Court


Campurkan dua sudu makan susu segar, satu sudu makan minyak zaitun dan sebiji kentang yang sudah dilecek.

Oleskan pada wajah yang sudah dibersihkan dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas. Kulit akan kelihatan lebih cerah dan lembut jika diguna secara kerap dan teratur.


2. Masker kentang dan lemon - Mencerah dan mencegah jerawat

Foto: BBC

Parut halus sebiji kentang dan gaul dengan jus perahan lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas sehingga bersih. 

Masker ini berkesan menghapuskan bintik hitam dan belang pada wajah selain mencerahkan.


3. Masker kentang dan kunyit - Mencerah dan menjadikan kulit kelihatan 'glowing'

Foto: Familinia

Campurkan serbuk kunyit dan air perahan kentang yang sudah diparut untuk dijadikan masker. Sapu pada wajah yang sudah dibersihkan terlebih dahulu dan biarkan selama 30 minit. Bilas wajah sehingga bersih.


Bukan sahaja terdapat pelbagai variasi resipi boleh diolah menggunakan kentang, malah siap boleh dijadikan masker untuk mencantikkan kulit wajah lagi! Selamat mencuba! - CARI
16

Bagus
5

Marah
18

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 14-3-2017 01:27 PM
meh muka sikit..nak tarah buat masker lah @Kentang.Goreng
Quote prettyuglybabe 14-3-2017 01:50 PM
boleh la buat klu kentang dah tumbuh pucuk tu..
hari tu baru buang
Quote Artemesiaa 15-3-2017 12:01 PM
Terus teringat citer WLF si Bokjoo tepek masker kentang esok terus timbul jerawat sebijik kat hidung
Quote Sayaaa 15-3-2017 06:53 PM
Sayaaa gna hri pertama kedua mg elok.  Msa ty breakout.  Lpas tu terus tk mnjadi
Quote amisery 19-7-2017 04:03 PM
BOLEH LA CUBA NANTI

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.033446 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top