CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Raja Bomoh' Giat Lakukan Upacara Ritual, Kali Ini Di HKL Pula

14-3-2017 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8111| Komen: 82

Description: 'Raja Bomoh' sekali lagi melakukan upacara ritual tetapi kali ini di luar perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkaitan kematian Kim Jong-nam.

Setelah melakukan upacara ritual di kawasan pantai pada Ahad lalu yang dikatakan untuk melindungi Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara, terbaru Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai 'Raja Bomoh' sekali lagi melakukan upacara ritual tetapi kali ini di luar perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkaitan kematian Kim Jong-nam.


Memetik laporan The Star, 'Raja Bomoh' menjadi tumpuan media apabila dia tiba di luar perkarangan institut itu kira-kira pukul 6 petang Isnin dan seperti biasa dia melakukan upacara ritual dengan menggunakan sepasang kayu sebagai teropong ketika membaca doa sebelum beredar lima minit kemudian. 

Dilaporkan sepanjang upacara ritual itu dilakukan, dia membiarkan jurukamera dari pelbagai media mengambil gambar dan selepas selesai upacara, dia benarkan semua petugas media yang berada di lokasi mengambil satu gambar bersamanya, kemudian barulah meninggalkan tempat itu dengan menaiki kereta mewahnya tanpa membuat sebarang kenyataan kepada media. - CARI


sumber foto: The Star

11

Bagus
16

Marah
7

Terkejut
18

Sedih
22

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote febreze 14-3-2017 12:24 PM
dia ni bomoh mana? pelik2 je kelaku
Quote missinpiece 14-3-2017 12:27 PM
Napelaa tok moh x menggunakan kehebatan beliyau utk menurunkan harga minyak n kadar gst
Quote namirulmukminin 14-3-2017 12:32 PM
Bahlol punya bomoh.. lebih baik ko tropong kemana duit 2.6 billion tu pegi!! Bodoh!!
Quote atira 14-3-2017 12:40 PM
kenapa benda syirik dan khurafat begini jabatan agama tak kisah..
gebang konon nak ambik  tindakan pon sbb umat dah bising
Quote sebu 14-3-2017 12:43 PM
Kahkah
Quote sebu 14-3-2017 12:44 PM
Negare islam le sgtttt
Quote DeeHanania 14-3-2017 01:01 PM
Dah mula dah, Pakcik Bomoh nie... Laahaaiii
Quote haryatie 14-3-2017 01:04 PM
atira replied at 14-3-2017 12:40 PM
kenapa benda syirik dan khurafat begini jabatan agama tak kisah..
gebang konon nak ambik  tindakan  ...

setujuuu..btulll tu
Quote makneng 14-3-2017 01:26 PM
Eeeeiii rimas tgk aksi2 bodoh diorg ni. Jawi x nak plak tangkap. :
Quote CiliPadiSedap 14-3-2017 01:29 PM
sedih ada org mental cmni.  dulu kena marah dengan perempuan

[youtube]g-wBzAUTydA[/youtube]

Quote terpaku 14-3-2017 01:33 PM
mohon buat ritual di putarjaya pagar makhluk rambut kembang daripada bershopping
Quote Simunggu 14-3-2017 01:34 PM
biarkan lah bomoh tu...asal dia happy...
Quote kelana36 14-3-2017 01:41 PM
buat malu islam dan melayu.. mana jawi, jais? tak perlu bagi salam 3 kali ni, tangkap jer terus..
Quote surwanis 14-3-2017 01:43 PM
ape hebatnye die nih
berjaya ke pun setiap aktiviti kebomohan die nih
merapu meraban jek
ke setiap panggilan tu dibayar?
Quote sebu 14-3-2017 01:43 PM
CiliPadiSedap replied at 14-3-2017 01:29 PM
sedih ada org mental cmni.  dulu kena marah dengan perempuan

Besarnye
Quote kelana36 14-3-2017 01:56 PM
surwanis replied at 14-3-2017 09:43 AM
ape hebatnye die nih
berjaya ke pun setiap aktiviti kebomohan die nih
merapu meraban jek

dia ni famous dari zaman 80 an dulu. masa tu ada banyak tabloid mingguan macam bacaria, watan, banyak lagi .. penuh satu muka surat iklan bomoh ni. dia claim bomoh vip, leoas tu vvip dan terus dapat datok. dalam iklan katanya ramai artis dan politician guna khidmat dia.

so sekarang ni PRU dah dekat, saja la tu dia nak promosikan diri, sebab iklan kat paper dah tak dibenarkan...
Quote surwanis 14-3-2017 02:07 PM
kelana36 replied at 13-3-2017 05:56 PM
dia ni famous dari zaman 80 an dulu. masa tu ada banyak tabloid mingguan macam bacaria, watan, ban ...

ooo..
ingat kejadah ape yg buat die glemer
rmi lagi bomoh yg terer guna jin ifrit bagai..
xde lak viral cm die nih
mendambakan bomoh sgt kan....
Quote terpaku 14-3-2017 02:09 PM
Simunggu replied at 14-3-2017 01:34 PM
biarkan lah bomoh tu...asal dia happy...

bangang nya pilak...benda yang melanggar aqidah pun dibiarkan...
Quote chinta89 14-3-2017 02:19 PM
lagi org bg perhatian, lagi dia nk up kan pkra2 bodoh dia! so, stop it.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.281505 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top