CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Leceh Buat Oreo Mille Crepe Cake, Tapi Hasilnya Pasti Memuaskan!

25-7-2017 06:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9106| Komen: 15|Original author: Oleh: Maly Rosli

Crepe atau lempeng boleh didapati dalam pelbagai bentuk, gaya, dan perasa. Semuanya bergantung pada kreativiti dan kerajinan masing-masing.

Agak leceh sebenarnya penyediaan Mille Crepe Cake ini dan memerlukan kesabaran yang tinggi ketika membuatnya. Mana taknya, mille crepes tu sendiri bermaksud “a thousand crêpes” dalam bahasa Perancis. Memang jenuh la nak 'melempeng' atas kuali.




Apapun, kek ini dijamin sedap! Baik yang tua ataupun muda, semuanya pasti menikmati kek mille crepe ini. 

Untuk itu, apa kata kita uji kesabaran anda dengan membuat Oreo Mille Crepe Cake ini! Dah bersedia? Jom tengok resipinya!



Bahan Crepes:
6 biji telur
1 cawan tepung
1 cawan susu segar
1/2 cawan krim
1 sdt esen vanilla
4 sdb mentega cair


Cara membuatnya:

1. Campur dan kacau sebati semua bahan, kemudian tapiskan

2. Sejukkan adunan dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kuranya 1/3 jam
3. Panaskan kuali tidak melekat dan tuangkan satu senduk adunan dan lenggang seperti membuat kuih dadar/tayap

4. Sejukkan lempeng tadi



Bahan krim:

1 1/2 cawan susu segar 
3 biji telur
1/2 cawan sirap mapel
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan krim putar (whipping cream)
1/2 sdb gula aising


Cara membuat krim:

1. Masukkan susu, telur, tepung jagung dan sirap mapel, masak atas api kecil sehingga pekat. Kemudian angkat dan sejukkan
2. Putarkan krim dan masukkan gula aising.
3. Masukkan krim ke dalam adunan kastad dan kaup-kaupkan sehingga rata



Nota: Kalau malas, boleh putar 1 1/4 cawan whipping cream sahaja. Dah siap krimnya! (ikut cita rasa, tambah krim kalau nak lebih krim)


Cara membuat kek:

1. Serbuk oreo - boleh dibeli yang siap atau beli biskut oreo dan kisar


2. Letak lapisan pertama, sapu krim dan tabur serbuk oreo (serbuk oreo boleh disatukan dengan krim untuk memudahkan)


3. Ulangi proses sehingga habis semua crepes. Biasanya boleh dapat dalam 20 hingga 25 lapisan. Mengikut 'kejadian' lempeng anda. Lagi banyak lempeng yang tak menjadi, lagi sikit crepes anda.


Foto: PatysKitchen

Tunggu apa lagi? Dijamin anda akan puas hati! Kalau beli di luar agak mahal harganya. Kalau buat sendiri, kuantiti dan kualitinya lebih terjamin. Jom cabar diri anda dengan membuat Oreo Mille Crepe Cake ini!


Kredit resipi: PatysKitchen
31

Bagus
13

Marah
32

Terkejut
27

Sedih
27

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (150 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MarissaMiller88 25-7-2017 07:20 PM
tepung apa sis guna? nampak sedappp... nak buat la jg nnt...
Quote MarissaMiller88 25-7-2017 07:24 PM
bahan krim pula dlm bentuk butter ke?
Quote RatuDunia94 25-7-2017 07:38 PM
Ya Allah.. Sedapnya..
Quote aqissa 25-7-2017 08:09 PM
Nak cuba nak cuba.... tapi teringat pulak kat cik kilo....
Quote cengkihgirl 25-7-2017 09:01 PM
Tak muak ke?
Banyak krimm
Quote DaisyD 25-7-2017 11:08 PM
Nampak senang nak buat tapi confirm menguji kesabaran iols.
Quote Siputjelly 26-7-2017 12:25 AM
i lebih suka pakai non-dairy cream, tak lah muak sangat.
Quote nut.legacy 26-7-2017 09:42 AM
hari tu first time try mille crepe cake ni. sedap rupanya! harus try buat sendiri
Quote matchstick 26-7-2017 10:16 AM
Haruslah aku beli je seketoi.. Dh lah byk krim. Kalu buat aku sorang je mkn gemuk tambun lah oii...
Quote nisako 26-7-2017 01:49 PM
mcm susah je.............
Quote abgsallehsado 27-7-2017 09:03 AM
sedapp..krim tak muak.. meolss dh raseeee
tp tak pernah buat lagi
Quote CrowneGlory 28-7-2017 01:30 PM
takdela sedap mana... lebih ke terasa cream dia je...pernah la beli 2 kali kat foodcourt KLCC
Quote mizruncing 12-9-2017 09:59 AM
nk try tp cm ssh je huhu
Quote maryamamina 10-10-2017 12:14 AM
Nampak mcm senang jer tapi confirm lama nak melapis satu2
Quote Felycya 10-10-2017 08:22 AM
Uuuuuu...

Dapnyyeeeeeeeeee....

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.138038 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top