Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Kembali semula dengan aktiviti harian kita yang normal. Semua mula sibuk dengan kerja masing-masing sampai tak ada masa dengan keluarga.
Ada pula tu tak sempat nak masak untuk keluarga lagi sedih. Tak salahkan ibu yang tak sempat memasak mungkin kerana terlalu banyak kerja yang nak dibuat jadi tak sempat nak sediakan masakan untuk keluarga. Jalan paling senang bungkus sahaja atau makan kat luar betul tak? Sebenarnya tiada salah masak sendiri atau makan kat luar. Bagi anda mana yang korang rasa selesa dan baik untuk keluarga tak salah. Kalau kita rasa nak masak sendiri tu lebih selamat dan sihat kenalah masak. Tapi kalau tak sempat memasak sibuk dengan kerja boleh beli kat luar cuma kena cari kedai yang betul-betul bersih dan makanan yang selamat. Bagi pengalaman saya sendiri yang duduk bujang ni sebenarnya makan kat luar lebih jimat daripada masak sendiri. Sebab kita makan untuk seorang lainlah kalau kita duduk ramai satu rumah tu jadi boleh masak banyak, lebih jimat. Tapi bagi orang bujang sekali sekala nak masak tak ada masalah kena pastikan kita masak kuantiti yang cukup dan tidak membazir. Satu cara yang saya selalu buat untuk jimat masak kat rumah ni bagi orang-orang yang bujang lah. Contohnya hari ni korang nak makan ikan pergi pasar beli ikan kembung tapi tak akan beli seekor memang peliklah baik beli 3 ekor. Cuma masa nak masak tu kita masak seekor sahaja untuk hari tu dan dua lagi simpan dalam peti sejuk untuk hari esoknya. Jadi kita dah jimat kat situ iaitu jimat masa dan jimat perbelanjaan. Maksud saya beli dalam kuantiti yang banyak dan masak sedikit mengikut keperluan hari tersebut dan yang lebih tu boleh simpan. Nak simpan tu pastikan simpan tempat yang betul dan ia tahan lama kalau makanan yang tak tahan lama kena masak bagi habislah, kan. Itu sebab kalau orang berkeluarga yang ada lebih dari 3 orang untung masak sendiri di rumah. 3 faktor yang menjadikan masak sendiri kat rumah patut kita amalkan dalam keluarga : 1) Lebih jimat dari segi perbelanjaan 2) Lebih selamat dan lebih sedap 3) Lebih rasa kasih sayang dalam keluarga Air tangan ibu kot mesti lah kita rasa masakan tu lebih bermakna betul tak. Walaupun nampak makanan tu simple hanya ikan goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman tapi bila mak masak semua sedap silap-silap bertambah lagi. Tapi si ayah pun jangan lah ambil kesempatan sekali sekala tak salah kalau masuk dapur tolong isteri memasak. Terutama hari minggu kerana ia dapat mengeratkan silatulrahim antara keluarga, anak-anak pun makin sayang bila tengok mak ngan ayah mereka masak bersama. Dah macam pakar motivasi lak cerita kat sini hehehehe. Ini cuma pendapat peribadi sahaja dan tiada kene mengena dengan siapa-siapa yang hidup atau telah pergi. Jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahamahu ok. Selamat memasak dan semoga ia mengeratkan silatulrahim antara keluarga.
|
13
Bagus |
8
Marah |
17
Terkejut |
15
Sedih |
20
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 11-8-2017 03:57 PM
ayah akak penakut mak akak, baru dehem je dah masuk dapur.. bahagia sangat..
pittjie replied at 11-8-2017 04:03 PM
suami akak takut kat akak tak?
CiliPadiSedap replied at 11-8-2017 04:06 PM
takut dik, latest keratan akhbar suami kena katok dengan golok sebab nak bermadu akak suruh ...
myakayina replied at 11-8-2017 05:22 PM
mengekek i baca komen u sis..
CiliPadiSedap replied at 11-8-2017 05:40 PM
tulah terjadi kalau lelaki jarang masuk dapur, akak suruh beli pilis guna untuk berpantang dia bel ...
CiliPadiSedap replied at 11-8-2017 03:57 PM
ayah akak penakut mak akak, baru dehem je dah masuk dapur.. bahagia sangat..
yayangmama replied at 13-8-2017 10:26 AM
husben mmg suka tlg masak...sebab nya...
hahahaha...dia tak suka sy potong kangkung, bayam guna p ...
Orix replied at 13-8-2017 01:24 PM
Itu pn jd masalah ke? Pd iols dh ngap masuk mulut bukan tau pn kerat guna pisau or patah2 manually ...
ADVERTISEMENT