CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Mendekati Kanak-kanak Kanser.. Suatu Pengalaman Yang Sukar Digambarkan

28-8-2017 12:23 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 5821| Komen: 21|Original author: Oleh: Adib Za

ANAK – ANAK KANSER

Nak share sesuatu yang menarik dan mungkin boleh menjadi salah satu project charity kalian..


Di Institute Pediatric Ward KK3 HKL adalah tempat di mana kanak-kanak kanser akan ditempatkan, kanak-kanak pesakit kanser akan dimasukkan di dalam satu kawasan:

Kanser darah,kanser tulang, kanser otak, kanser kulit.

Dari pemerhatian abanG keluarga mereka telah jadikan ward KK3 ini sebagai rumah ke-2, ada yang berbulan bulan lamanya berada di sini, ada yang hanya beberapa hari dan ada yang singgah sebagai transit sahaja.

Hasil inisiatif daripada semua keluarga pesakit, mereka (ibu & bapa) telah mewujudkan satu kumpulan di mana modus operandinya adalah memberi sokongan mental, rohani dan jasmani bukan sahaja kepada kanak-kanak malah ibu bapa mereka sekali.


Kewujudan kumpulan ini nampak baik memberi kesan kepada keluarga pesakit dalam kesusahan yang mereka alami, keluarga akan diberi sokongan mental dan tunjuk ajar bagaimana hendak HANDLE anak-anak yang menghidapi penyakit kanser ini.

Mereka ini mereka cukup sensitif, bukan kerana mereka mengada-gada atau buat-buat sensitif TETAPI itulah yang keluarga mereka harus lalui, kesan KIMO dan rawatan yang setiap hari mereka (anak-anak kanser). Kita yang tidak pernah lalui keadaan ini belum tentu kuat untuk hadapinya.

Kumpulan sokongan ibu,bapa dan kanak ini telah didaftarkan atas nama:

KUMPULAN IBU BAPA DAN SOKONGAN ANAK - ANAK KANSER (KIDS)
PPM - 056 - 14 - 19012016
TO LOVE TO CARE TO COMFORT

Mereka beroperasi di dalam ward KK3 Institute Pediatric HKL dan kumpulan ini sangat memerlukan sokongan dari pihak luar bagi membantu mereka dan keluarga pesakit kanser ini. Kebanyakan keluarga bukan dari golongan yang senang dan mereka sanggup bergadai untuk kesihatan anak-anak. 

Buat followers abanG dan mana2 NGO atau agency yang ingin melakukan program di Ward KK3 Institute Pediatric HKL boleh berhubung dengan:

Puan Azmiah: 010 5397146


Diharap dengan sedikit keceriaan dan program yang kita lakukan dapat menggembirakan kanak-kanak kanser ini dan melupakan sekejap penyakit serta kesakitan yang mereka alami☺

Buat keluarga.... banyakkan berdoa, sabar dan tabah menghadapi ujian ini. Sama-sama kita doakan agar kesihatan mereka akan bertambah baik. Insyallah. Share it!
19

Bagus
19

Marah
14

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 28-8-2017 01:11 PM
berat mata memandang..berat lagi bahu memikul...   
Quote cik-jaja 28-8-2017 01:58 PM
kesian adik tu
Quote Artemesiaa 28-8-2017 02:27 PM
Syabas atas usaha sebegitu, kalau ada yang cuba menceriakan suasana pasti sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa tekanan akibat penyakit yang mereka tanggungni tu
Quote idril 28-8-2017 02:29 PM
aku tak boleh tgk anak2 sakit teruk2 macamni
Quote zameyla 28-8-2017 03:10 PM
kesiannya..kecik2 dah menderita...
Quote sekel 28-8-2017 03:32 PM
org dewasa yg kena kanser bila buat rawatan kimo pun tal tertahan menanggung sakit

apa lagi kanak2

semoga anak2 ini tabah & semoga famili yang terlibat diberikan kesabaran yang tak terhingga

syurga menantimu
Quote ninnakarinna 28-8-2017 03:36 PM
Tahniah abam asyraff. Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus istiqamah.

Tumpang bangga. Semoga jd inspirasi utk belia di luar sana. Lebih2 laki lelaki.
Quote DeeHanania 28-8-2017 04:22 PM
Dapat menceriakan anak2 yg sedang mlawan ksakitan...
Sebak yer
Quote MyNameIsIris 28-8-2017 05:13 PM
i pernah daftar jadi volunteer untuk pesakit cancer tapi syarat, tak boleh menangis depan patient

terus i cancel... #sistakkuad
Quote syidasaleh 28-8-2017 07:23 PM
Penah jd volunteer.tp nasib masa tu pakai mascot bird yg MCD tu.so nangis sob2 pun budak2 tak nmpk.
Quote salmon-suki 28-8-2017 08:03 PM
Sayu bile tgk kanak2 cancer dan kanak2 istimewa....semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dlm mengharungi dugaan ni..
Quote salmon-suki 28-8-2017 08:05 PM
MyNameIsIris replied at 28-8-2017 05:13 PM
i pernah daftar jadi volunteer untuk pesakit cancer tapi syarat, tak boleh menangis depan patient

...

Mmg tu..samelaa..even nk jd volunteer utk rumah anak2 yatim pun sy x sanggup..jd volunteer kt zoo negara aje..takut x dapat taham rasa sebak tu n nangis..
Quote bottombikini 29-8-2017 08:42 AM
oke...abam spiderman tu somel hoke
cam best jek lepak sambil buat kaki cegitu
Quote Super-M 29-8-2017 09:22 AM
salah satu impian aku..biasanya aku gerak sendiri je, upah anak jiran,upah adik aku tolong aktiviti aku.

mmg xdinafikan pergi blakang kereta kdg2 nangis jap. ada satu budak kecik pesakit kanser mak dia cite mcm2 pun aku tahan je nangis. kalau kat hospital xtau lah aku.
Quote yayangmama 29-8-2017 09:39 AM
kalau kat fb

saya like kumpulan sokongan ibubapa kanak2 kk3

alahaiiii...selalunya mmg meruntun jiwa je apa yg puan pengasas tu upload cerita kt situ

selain dpd xtvt diorg, mcm ada volunteer menceriakan kanak2, sambutan hari ibu, hari jadi and hampir setiap mgu ada je berita anak2 syurga pergi menemui pencipta
Quote haryatie 29-8-2017 09:46 AM
kesiannya..kecil2 lg da menangggung derita
tp x bleh la nak berdepan dgn pesakit kanser ni..apa lg dia org masih kecil
aku sendri x kuat semangat mesti akan buat aku teringat arwah ayah, kakak dan adik yg juga pesakit kanser
sudah nya aku jugak yg akn menangis lebih teruk dr pesakit yg sebenar..
Quote SitiRopeah 29-8-2017 12:09 PM
dah mana cerita pengalamannya?
tajuk misleading.
Quote talapia 29-8-2017 04:39 PM
yayangmama replied at 29-8-2017 09:39 AM
kalau kat fb

saya like kumpulan sokongan ibubapa kanak2 kk3

paling sedih bila page tu update anak2 yang tewas... yang meninggal. walhal baru few weeks lepas tengok gambar anak2 tu masih senyum walau baru lepas kimo... ada yg tak sempat habiskan cycle kimo. Baca kt fb pon dah sok sek sok sek.. memang xcukup kuatla nak gi melawat sekalipon. maybe sebab kanak2 kot.. terbayang2 anak sendiri.

tapi dorang selalu update mereka yg tewas... nak gak tau ramai ke yg dah jadi cancer survivor?


Quote giyomi 3-9-2017 05:52 PM
Sedih dah suratan takdir sebegitu. Btw, spidy cari ker tu

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.066260 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top