CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Amber Chia, Amoy Penjual Ikan Jadi Supermodel

7-9-2017 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 12198| Komen: 53


AMBER CHIA, AMOY PENJUAL IKAN JADI SUPERMODEL 

Catatan ini perlu dibaca oleh remaja yang berangan-angan hendak jadi model! Sesungguhnya kehidupan dan kejayaan seseorang itu telah tersurat!  Takdir adalah misteri yang tak terungkap! Tapi kena sedar diri, jika hendak jadi model anda mesti cantik, tinggi dan bertubuh langsing. Selebih berpegang teguh pada nasib!  


Kejayaan anak Malaysia ini adalah kebanggan kita semua. Bermula dari zero kini menjadi hero! Gelaran Supermodel Antarabangsa milik tetamu minggu ini. Kejayaan itulah yang ingin dikongsikan persama peminat setia X-POSE. CARI.Com.My! 

Amber Chia @ Chia Lee Peng, Supermodel Malaysia yang berasal dari seorang  amoy penjual ikan di pasar basah pekan Tawau kini mencipta sejarah luarbiasa! Bukan sahaja tuah! Tetapi amoy ini mempunyai pekej  lengkap menjadi seorang superstar! 

She is awesome…! Mata terpegun menyaksikan aksi amoy cantik ini di pentas utama, sewaktu menghadiri undangan pertandingan akhir dalam `Pencarian Model Antarabangsa’ pada tahun 2004 yang dianjurkan Guess Watches, sebuah jenama tersohor.  



Aku sempat berkerjasama dengan superstar ini semasa fotografi penghias kulit majalah dan illustrasi fesyen untuk majalah terbitan Kumpulan Media Karangkraf.  Hubungan kami menjadi erat apabila aku menemubual Amber Chia untuk  show dalam HIP TV, siaran di TV9.  
Pemilik sekolah, Amber Chia Academy yang dibuka pada bulan Ogos 2010 ini adalah adalah sekolah model terbaik di Malaysia. Supermodel ini seorang yang bersahaja, Cepelas cepelus! Cakap ikut suka je! Bahasa Melayu dan Inggeris tongang langgang! 
Tapi sikap mudah mesra dan murah senyuman itu pasti membuatkan sesiapa sahaja suka padanya. Keyakinan diri  sangat mengkagumkan. Menutupi setiap  kelemahan dan kekurangan! 

Jika dilihat kehidupannya pada hari ini yang penuh glamor dan kemewahan termasuklah kediamannya, siapa sangka Amber Chia 35 tahun ini pernah melalui pelbagai onak dan duri sebelum berjaya. 

“Saya berasal daripada keluarga yang cukup susah dan disebabkan kesusahan itu saya bersama kakak dan abang telah diberikan kepada keluarga angkat untuk dibesarkan.

“Rentetan daripada itu juga saya hanya bersekolah hingga tingkatan tiga, seterusnya menghabiskan masa dengan membantu ayah yang merupakan seorang nelayan. Saya membantu menjual ikan di pasar  pekan Tawau. 

 “Pelbagai jenis kerja saya buat, pagi berkerja di pasar, tengh hari menjadi sale girls di kedai dan pada malam menjadi kashier di sebuah pub. Semunya saya lalui  hinggalah berumur 17 tahun. Saya berazam hendak mengubah nasib keluarga dan hendak berhijrah ke ibu kota Kuala Lumpur ,” ujarnya.


Bercerita detik-detik awal kedatangannya ke Kuala Lumpur, Amber memberitahu dengan berbekalkan wang tunai sebanyak RM300, dia memulakan kehidupan dalam serba kedaifan. Bukan sahaja perlu berjimat cermat sementara mendapat pekerjaan, dia juga perlu berdikit-dikit mengagihkan wangnya untuk membayar sewa bilik dan membeli makanan.

“Namun apa yang berlaku tidak pernah memutuskan semangat saya untuk terus ‘berjuang’. Waktu itu, apa yang ada dalam kepala saya ialah ibu, bapa serta adik-beradik yang hidup susah,” sambungnya.

Cita-citanya memang hendak menjadi seorang model, dia tidak mencari pekerjaan lain melainkan ‘tugas’ sebagai seorang model. Walaupun memiliki kelebihan dari segi ketinggian 5’ 9”,  dia masih belum boleh menarik nafas lega kerana syarat tersebut bukanlah satu jaminan untuk dia terus diambil sebagai model. Amber tidak pandai bergaya. Disebabkan masalah tersebut, dia terpaksa berlatih memakai kasut tinggi dan menunggu sehingga enam bulan sebelum betul-betul diterima menjadi seorang model.

Disebabkan jiwanya yang tidak mahu mengalah dan ditambah pula dengan semangat yang berkobar-kobar, akhirnya penantian Amber berbaloi. ‘Bintangnya’ mula dikesan apabila memenangi satu pertandingan model bertaraf antarabangsa.

Dalam sesi temubual di depan kemera HIP TV, aku mengalirkan airmata. Insaf!  Memberikan satu pengalaman baru dari kisah hidup Amber Chia yang penuh dengan berliku dan membuktikan dirinya tidak mudah mengalah. Bangga dengan sikap Anak Malaysia ini! 
Siapa yang pernah mengenali Amber pasti tahu bahawa pertuturannya yang tidak begitu fasih berbahasa Malaysia, tapi tetap ingin berbual dalam bahasa Malaysia walaupun bahasanya ‘rojak’. Memang melucukan! 

Foto: IG Amber

Demi karier dan masa depannya dalam industri glamour ini, Amber mendapatkan perkhidmatan seorang tutor untuk mengajarnya bahasa Inggeris. Kini penguasan Bahasa Malaysianya semakin baik. Ternyata apa yang dipaparkan hari ini adalah separuh daripada perjalanan hidupnya kerana banyak lagi yang diceritakan tetapi tidak dapat dimuatkan.

Sebelum mengakhiri perbualan, Amber tidak lupa menyelitkan sedikit nasihat untuk generasi muda hari ini agar tidak mudah mengalah malah menjadikan segala pengalaman sebagai pengajaran untuk mencapai kejayaan.

Anekdot: Kejayaan Amber Chia: Selama 16 tahun sebagai model, pelakon dan duta jenama, Amber mendirikan Akademi Amber Chia, sekolah model dan kecantikan (2010). Menghiasi hampir 300 cover malajah, Membuat catwalk di pentas enam benua. Membintangi 7 filem (Termasuk sebuah filem Tamil), mengarang 2 buku dan dilantik menjadi duta lebih dari 30 jenama.   
21

Bagus
13

Marah
16

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 7-9-2017 01:25 PM
Ya.. semangat dia kuat.. dia citer gi brp byk agensi maybe puluh agensi modelling tapi ditolak sebab x tau bergaya.. tapi dia belajar sedikit2 apa yg agensi nak.. now success.. i suka dia ni..
Quote JDT 7-9-2017 01:31 PM
umbut replied at 7-9-2017 01:25 PM
Ya.. semangat dia kuat.. dia citer gi brp byk agensi maybe puluh agensi modelling tapi ditolak sebab ...

Yup...saya pun suka dia. Confidence level dia tinggi..
Quote simatakucing 7-9-2017 01:31 PM
Ouh baru tau,sedih baca.......
Quote dekmieDandy 7-9-2017 01:36 PM
dia ni muka x la lawa giler ke apa

tp aura dia tu kuat
Quote umbut 7-9-2017 01:42 PM
dekmieDandy replied at 7-9-2017 01:36 PM
dia ni muka x la lawa giler ke apa

tp aura dia tu kuat

Mostly muka supermodel x lawa pun.. yg penting kurus, tinggi.. muka leh make up pastu edit photo.. cam tyra banks punya rancangan tu..
Quote nisako 7-9-2017 01:47 PM
I suka amber ni.....................
Quote mieymiey 7-9-2017 01:55 PM
Muka dia ni muka amoi biasa, tapi dia ada kelebihan tang ketinggian dan kekurusan. Dan kegigihan dia. Akhirnya, dia berjaya mencapai cita-cita
Quote vanillaninja 7-9-2017 02:07 PM
Pernah nampak sheols dulu at my office. I was starstruck, I tengok tak berkelip.

Terus sheols smiled and waved. So I jadi la peminat sheols sampai sekarang
Quote shailyvelera 7-9-2017 02:09 PM
semangat dia tu yg buat dia berjaya hari ini.....
Quote outcast 7-9-2017 02:36 PM
seorang ngan humble dengan  kisah silam
i like her ...
Quote Aduradura 7-9-2017 02:38 PM
Amber chia ni jumpa depan2 , sgt laa cantik & tinggi, terpaku iolls ...friendly plak tewwww
Quote supernaturalee 7-9-2017 02:46 PM
akademi die tu ada lg ke
sape grad dr sane





Quote syue86 7-9-2017 02:47 PM
die bcakap mmg tggang langgang
baik English or BM tp die peramah
Quote cmf_blingblings 7-9-2017 02:56 PM
yg bestnya walaupun English dia Jinjang dia confident
Quote IsobelMelody 7-9-2017 02:59 PM

ARKIB : 22/10/2008
Jerih perih kehidupan Amber Chia
Menyelak sejarah hidupnya, Amber dengan tenang memberitahu kesenangan yang dikecapi sekarang ini bukan datang sekelip mata. Sebaliknya, banyak rintangan dan cabaran yang perlu ditempuh apatah lagi kala mula ingin melibatkan diri sebagai model di ibu kota.

Berasal dari keluarga susah, bapanya, Chia Hui Poy hanya seorang nelayan sedangkan ibu pula, Chuan Moi Ku tidak bekerja. Sewaktu mengandungkan Amber yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik itu, mereka sekeluarga menetap di Sekinchan, Selangor.

Disebabkan bapanya sering meninggalkan keluarga selama beberapa hari jika ke laut, di tambah kampung yang didiami keluarga Amber ketika itu tidak mempunyai hospital, ibunya mengambil keputusan pulang sementara ke kampungnya di Ipoh, Perak sehingga melahirkan Amber.

Sekembalinya ke Sekinchan, keadaan masih tidak berubah. Kesusahan masih membelenggu keluarga tersebut, apatah lagi apabila ahli keluarga semakin bertambah.

Suatu hari sewaktu usia saya dalam tujuh tahun, ada orang datang ke rumah mencari bapa dan memarahi emak saya. Tetapi, saya tidak tahu siapa. Bila ditanya, emak hanya mendiamkan diri.

Esoknya, awal-awal pagi saya dikejutkan dan pada waktu itulah kami terbang ke Tawau, Sabah. Apa yang saya tahu, emak terpaksa meminjam wang daripada kawan-kawannya untuk membawa kami ke Sabah.

Itu yang menyebabkan kenapa kami adik-beradik dibesarkan di Sabah. Malangnya, kakak sulung terpaksa ditinggalkan dengan keluarga angkat di Sekinchan dan kami bertemu semula selepas 11 tahun berpisah.

Sampai di Sabah, saya tidak bersekolah selama tujuh bulan kerana tidak berduit. Untuk bersekolah, saya terpaksa tinggal bersama keluarga angkat yang menyekolahkan saya. Tetapi, hati memberontak untuk pulang ke pangkuan keluarga kerana rindu dan rasa kesunyian, katanya sayu.

Akhirnya ketika usia 13 tahun, Amber kembali kepada keluarganya dan bagi menampung perbelanjaan sekolah, gadis sunti itu bekerja sambilan. Awal pagi, menolong bapa menjual ikan dan selepas itu ke sekolah. Malamnya pula iaitu selepas pukul enam petang, bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya di Tawau.

Peragaan mengubah

hidup Amber

Memulakan kerjaya sebagai model seawal usia 18 tahun, Amber tidak menyesal malah langsung tidak menoleh ke belakang walau pada mulanya mendapat tentangan hebat daripada ibu bapanya.

Malah, disebabkan keinginan untuk menjadi peragawati yang disimpan sejak di sekolah rendah itu, Amber memberanikan diri merantau jauh seorang diri semata-mata untuk memenuhi impian tersebut.

Keputusan itu membuatkan Amber dimarahi ibu yang memberi kata putus, kalau sudah keluar jangan kembali lagi ke rumah tersebut.

Tetapi dia nekad. Berbekalkan wang sebanyak RM400, Amber terbang dari Tawau, Sabah ke Kuala Lumpur. Kebetulan ketika itu teman lelakinya yang dikenali ketika belajar di Sabah juga menetap di Kuala Lumpur, maka temannya itu menolong Amber mencari bilik untuk disewa.

Memang sejak kecil, saya memasang angan-angan untuk menjadi model sehinggakan semasa di sekolah rendah saya selalu dimarahi guru kerana menulis cita-cita adalah untuk menjadi model. Sedangkan, murid lain memilih kerjaya seperti guru, doktor, jurutera dan sebagainya. Tetapi saya, peragawati.

Mungkin, peragawati bagi mereka satu kerja yang tidak baik. Keluar malam, suka minum dan akhirnya menjadi isteri kedua. Malah, bapa saya juga tidak bercakap dengan saya selama empat tahun hanya disebabkan kerjaya tersebut.

Namun, keinginan itu tidak pernah berubah biarpun muka saya jelik. Apa yang saya harapkan, suatu hari nanti dapat menjadi perempuan yang cantik, katanya tersenyum mengingati kisah silam.

Hakikat yang terpaksa dilalui Amber, bukan mudah bergelar model. Sebaik tiba di Kuala Lumpur, dia teraba-raba mencari tapak untuk menjadi model. Lebih 20 agensi model dilawati hasil daripada iklan yang terdapat di akhbar. Masalahnya, kebanyakan agensi tersebut menipu kerana rata-rata meminta wang terlebih dahulu sedangkan, Amber ketika itu tidak berduit.

Pengalaman itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengejar impian bergelar model. Puas turun naik bas mencari peluang dari satu agensi ke satu agensi, akhirnya Amber memberanikan diri bertanya dengan seorang peragawati di salah satu pertunjukan fesyen yang dilihatnya.

Hasilnya, Amber bertemu dengan Desmond Lau yang ketika itu bergiat secara sambil sambilan dalam mencari model-model berbakat. Pertemuan di pertunjukan fesyen di Plaza Sungei Wang itu menjadi titik permulaan Amber berkecimpung dalam bidang peragaan.

Pertunjukan fesyen pertama yang dilakukan Amber adalah kala pelancaran Karnival Mega Malaysia pada bulan Ogos, 2000 di Bintang Walk, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Waktu itu saya cuma dibayar sebanyak RM120 sahaja. Tetapi saya puas. Bagi saya, angka itu sudah cukup besar jika dibandingkan dengan upah sebagai juruwang di Tawau, iaitu RM3 satu jam. Wang tersebut saya gunakan bagi membeli kasut untuk dipakai di pentas peragaan.

Daripada agensi kecil, saya menyertai Andrews Models yang lebih besar dan terkenal. Malah, pemilik agensi itu, Andrew Tan yang memberikan saya nama Amber.

Ketika itu saya sedang menggayakan rantai leher ambar dan Andrew yang sedang menerangkan tentang rantai tersebut langsung berkata: Kenapa tidak kita panggil awak Amber? Nama itu terus kekal hingga kini, kata wanita berusia 27 tahun ini.

Itu dulu. Sekarang ini Amber dibayar RM1,000 ke atas untuk memperaga dan wang hasil kerja kerasnya tidak kira untuk tugasan memperaga atau iklan, disimpan sehingga membolehkan dia membeli sebuah rumah banglo mewah di ibu kota.

Rentetan kisah hidupnya itu diluahkan dalam bukunya, Amber Chia The Success Secrets of a Supermodel. Buku berbahasa Mandarin yang dilancarkan September lalu itu dihasilkan bertujuan membantu gadis muda yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang peragaan di Malaysia.

CC: Artikel Penuh-  http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm#ixzz4ryRBoa59
Utusan Melayu (M) Bhd
Quote RatuDunia94 7-9-2017 03:16 PM
Pernah tgok sheols dlm bonda bonding.. Maknya lgsung x tahu ckp melayu.. Menulis pon x retis.. Amber ni humble je walo dh taraf supermodel.
Btw sayang sheols dulu x merantau ke europe, us etc.. Kalo x boleh jd VS model.. Sheols pernah jd cover majalah playboy asia kan..
Quote Sonneblume 7-9-2017 03:21 PM
Dia ni peramah sangat..first time jumpa dia i senyum kambing nmpk dia, dia lak yg over sengih siap lambai2 i.terus i ajak selfie
Quote nadie90 7-9-2017 03:24 PM
Wlpn AC ni supermodel terknal....tp dia sgt humble....ska dia nie
Quote sharlenetexas 7-9-2017 03:39 PM
kuat semangat amber ni

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.177392 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top