“Kenapa produk Israel ini boleh memasuki pasaran Malaysia, adakah kita sudah mempunyai hubungan perdagangan dengan negara haram itu?”
Seorang pengguna terkejut dan mempersoalkan kewujudan produk Israel di pasaran negara ini. Memetik Sinar Harian, Mohd Yazid Ahmad, 30, membeli seluar sukan terpakai di sebuah kedai barangan terpakai (bundle) di Temerloh dan mendapati seluar berkenaan dibuat di Israel. “Setahu saya, negara kita tidak mempunyai hubungan dagang dengan rejim haram berkenaan sejak negara itu ditubuhkan pada tahun 1948 lagi.
“Saya harap pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci supaya tiada lagi produk Israel berada di pasaran negara ini,” ujarnya. Tambah Yazid, sebelum ini dia pernah mendengar banyak produk dari Israel didagangkan di negara ini, namun tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Bagaimanapun, dia sangat terkejut apabila perkara itu berlaku kepada dirinya sendiri. “Jika seluar boleh masuk tentulah banyak barangan lain juga sudah memasuki pasaran Malaysia,” katanya. - CARI
|
2
Bagus |
300
Marah |
8
Terkejut |
10
Sedih |
6
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT