Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 151.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dirosakkan lagi, semalam. Memetik BH Online, itu adalah kejadian kedua selepas AES di lokasi sama dirosakkan pada 10 September lalu.
Menurut laporan, kejadian disedari Polis Bantuan pada jam 7.12 pagi ketika membuat rondaan di laluan berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri. "Ketika pasukan Polis Bantuan PLUS membuat rondaan di laluan terbabit pada jam 5.30 pagi tadi, tiang yang menempatkan AES itu masih lagi berada di tempatnya dalam keadaan baik. "Bagaimanapun, rondaan pada jam 7.12 pagi mendapati peralatan itu tumbang dan dirosakkan. Tiang AES itu juga dipotong pada ketinggian 0.3 meter dari tapaknya.
"Kotak kamera dipecahkan dan beberapa komponen di dalamnya seperti kamera AES, komputer dan kotak memori juga hilang," katanya. Tambah Mohad Idris, kerugian dialami dianggarkan kira-kira RM250,000. "Pihak polis tidak menolak kemungkinan kerosakan ini dilakukan oleh pihak yang sama berikutan modus operandi sama seperti kejadian pada 10 September lalu," katanya. Mohad Idris juga meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan sementara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kejadian berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - CARI
|
prettyuglybabe replied at 27-12-2017 10:04 AM
pasang la cctv kat tiap tiang yang berdekatan dengan aes..
letak kat tengah antara highway tu..
kivio replied at 27-12-2017 10:21 AM
Rasenye kat hway memang ade banyak dah cctv.
Takkan tak dapat trace jugak.
Ker cctv pun dummy j ...
kivio replied at 27-12-2017 10:21 AM
Rasenye kat hway memang ade banyak dah cctv.
Takkan tak dapat trace jugak.
Ker cctv pun dummy j ...
mommymonster82 replied at 27-12-2017 10:04 AM
Johor lg..hrtu pon kat johor jugak kamera aes drosak n dicuri..
kucen_miang replied at 27-12-2017 12:30 PM
batak sakai sgtkah perangai leluhur jawa-buragis di sana?
Eliadaisy83 replied at 27-12-2017 11:46 AM
Ye ke harga kamera Aes 250k...
ADVERTISEMENT