CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lupakan Seafood! Ini Syurga Makanan Sebenar Di Kota Kinabalu, Jom Cuba Semuanya

27-12-2017 12:15 PM| Diterbitkan: Cari-Hafizi| Dilihat: 6012| Komen: 9|Original author: Oleh: Apish Apijjie

Description: Pergi sahaja ke Kota Kinabalu, Sabah pasti benda pertama yang akan terlintas bila sebut makanan adalah makanan lautnya yang menjadi sebutan ramai sebab murah dan sedap.
Pergi sahaja ke Kota Kinabalu, Sabah pasti benda pertama yang akan terlintas bila sebut makanan adalah makanan lautnya yang menjadi sebutan ramai sebab murah dan sedap.


Disebabkan sering mendengar mengenai kehebatan makanan laut di sana, sampai kita terlupa bahawa terdapat beberapa lagi makanan yang tak kurang menariknya dan berbaloi untuk dicuba!

Ini antara beberapa lokasi menarik yang dikongsikan Vit Daily untuk anda menikmati sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan akhir sekali makan malam. Terbaik dan memuaskan!

Sarapan Pagi

Restoran Happy Muslim
Untuk sarapan pagi anda boleh cuba di restoran ini kerana dimaklumkan bahawa Mee Rojak dan Soto Campur di sini adalah tarikan utama.


Foto - Vit Daily
Kuah rojaknya boleh dikatakan pekat malah sampai boleh buat orang yang makannya susah untuk berhenti dari menikmati hidangan berkenaan.

Foto - Vit Daily
Kalau anda nikmati hirupan sup dengan perlahan, boleh rasa yang sup ini sudah direneh sebaiknya dalam jangka masa yang lama.

Selain dari rojak dan soto terdapat juga pelbagai lagi pilihan makanan lain di sini yang anda boleh cuba.

Wan Wan Coffe Shop
Foto - Vit Daily
Mee Konlo dan Tom Yam Ikan Merah disini dikatakan sangat memuaskan hati sehingga membuatkan anda rasa amat berbaloi berjalan ke Kota Kinabalu. Tak cukup dari itu hidangannya juga amat simple.

Tom yam di kedai ini sudah menghampiri rasa asam pedas tetapi anda perlu datang sendiri ke sini untuk merasai keistimewaan hidangannya.

Anda juga perlu bersedia untuk beratur menunggu giliran kerana ia sentiasa penuh dengan pelanggan.

Makan Tengah Hari

The Warung
Foto - Vit Daily
Jangan disangka kedai yang ringkas bermaksud makanannya serta rasanya juga ringkas. The Warung pasti membuatkan anda puas hati bila makan di  sini.

Porsi makanan di sini amatlah banyak sehingga ambil masa nak habiskan nasi lalap serta ayam penyetnya.

Warung Bandung
Foto - Vit Daily
Anda peminat ayam panggang belado atau peminat setia makanan pedas? 

Ha sinilah warung yang patut anda cuba kerana ayam panggang beladonya adalah versi paling pedas yang boleh buat anda berasap makan.

Di warung ini juga ada nasi panggang yang sedap di makan bersama ayam panggang belado. Jadi apa lagi bolehlah cuba.

Minum Petang

Kedai Kopi Kak Tini 
Foto - Vit Daily
Kalau anda pernah dengar nama kedai Pisang Goreng Beratur dari rakan-rakan yang pernah ke Kota Kinabalu maka inilah gerainya. 

Kedai Kopi Kak Tini memang legend habis dan dikenali di kalangan orang ramai. Menggunakan pisang Abu, rasai sendiri kerangupan pisang gorengnya yang memang lain dari yang lain.

Kawasannya juga tidak berapa sibuk dan selain pisang goreng biasa, di sini juga ada pisang goreng cheese.

Anda jangan terkejut jika lihat ada yang datang ke kedai ini bungkus sampai berpuluh ringgit kerana ia adalah kebiasaan.


Makan Malam

 Todak Waterfront Seafood Market 
Foto - Vit Daily
Kalau ke Sabah tidak makan makanan laut pasti ada sesuatu yang tak kena pada diri anda. 

Terletak sebaris dengan pasar Filipina, Todak Waterfront Seafood Market pasti menjadikan mata anda rambang untuk memilih makanan laut apa bagi makan malam.

Gerainya juga banyak dan anda perlu membuat pilihan dan antara yang menjadi kegemaran adalah Gerai Santai Haji Manja.

Kalau orang ramai sangat, pengunjung kenalah banyak bersabar. Yang pasti, kebanyakan hidangan di sini disediakan di dalam kuantiti yang banyak, silap-silap boleh kongsi berdua. 

Wah, baru tahu kan banyak lagi makanan yang boleh dicuba kalau ke Kota Kinabalu. Jangan lupa cuba semua yang dicadangkan okay! -CARI
6

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
11

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 27-12-2017 12:51 PM
Rindu sabah{:cryrun
Quote dubuk 27-12-2017 01:18 PM
hmmm mi sup daging sedapnyaaaa
Quote amyza 27-12-2017 02:41 PM
Feberet i kalau pegi sana,mesti pegi mkn puding kelapa dengan lokan bakar. Dapppnyeee
Quote manehnya 27-12-2017 03:11 PM
yeah.. lunch kt todak waterfront is a must in keykey..!

hari2 nak!

Quote manehnya 27-12-2017 03:16 PM
aduh kedai kopi wan wan tu , aku search gugel dh tutup?

ni valid ka pnya artikel ni?
Quote imransulaiman 27-12-2017 09:59 PM
manehnya: yeah.. lunch kt todak waterfront is a must in keykey..!hari2 nak!

Todak Waterfront tu buka siang ke? Ingatkan malam je..

Quote xyura 2-1-2018 01:31 PM
good info..nanti kalau pegi sabah boleh try
Quote kerawangcantik 3-1-2018 08:23 AM
My fav Warung Bandung dan Wan wan, beratur ok nak tunggu meja. Dulu2 suka juga pergi todak, sekarang kalau seafood i prefer Putri Kitchen, kamhiong sedap gila
Quote Gadis_sarawak 3-1-2018 09:52 AM
Bila la nak pegi Sabah ni..Padahal sebelah je..

Banyak kali dah plan nak pegi asyik ade halangan je itula inila..Tu pasal orang kata kalau nak pegi takyah plan2...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.054299 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top