CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunggang Motosikal Maut Masuk Lubang

27-12-2017 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3205| Komen: 21

Description: Sebuah lubang pembinaan 'memakan' nyawa penunggang motosikal di Jalan Tun Abang Haji Openg, semalam, lapor Utusan Online.
Sebuah lubang pembinaan 'memakan' nyawa penunggang motosikal di Jalan Tun Abang Haji Openg, semalam, lapor Utusan Online.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, motosikal ditunggang Dina Dzulkarnain Asan, 28, hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam lubang yang masih dalam pembinaan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.



Foto: Utusan Online

Kejadian itu tidak melibatkan pelanggaran dengan kenderaan lain, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintenden Bingkok John.

“Kami menemukan kesan calar pada permukaan jalan menunjukkan motosikalnya terjatuh lalu terseret sebelum terhumban ke dalam lubang.


“Mangsa ditemukan di bawah motosikal dengan kepalanya terendam di dalam air,” katanya.

Difahamkan, tanda amaran pembaikan jalan diletakkan terlalu dekat dengan lubang pembinaan itu.

“Perkara ini boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. - CARI
16

Bagus
13

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 27-12-2017 11:05 AM
Baru je semalam kemalangan kat Johor mengelak lubang di jalan gelap kena gilis treler, hari ni lagi kes kemalangan melibatkan lubang. Kesian yg naik motor ni
Quote prettyuglybabe 27-12-2017 11:37 AM
tengah laju pastu terkejut nampak tanda amaran ke?
Quote samasam90 28-12-2017 11:35 AM
moonbug replied at 27-12-2017 03:05 AM
Baru je semalam kemalangan kat Johor mengelak lubang di jalan gelap kena gilis treler, hari ni lagi  ...

ingatkan kes ne kat johor.. rupanya sarawak.. baru je nak hencap menteri johor yg hanya baiki jalan bila konvoi jah..
Quote taikor 28-12-2017 12:43 PM
suey betul. orang lain punye kecuaian, kerja tak siap, tak elok, die yg mati
Quote shernazz 28-12-2017 12:44 PM
tanda amaran terlalu dekat dgn tmpt lubang tu kan.
kalau kete pon mmg xperasan apatah lagi moto..
kasi hukum sama kontraktor tu
Quote yangsemb 31-12-2017 11:00 PM
Takziah....{:childlike
Quote xtahumenahu 31-12-2017 11:23 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun...
Quote mjla 1-1-2018 08:14 AM
Dpt kontractor bahlol cam ni le jd.
Sop tak ikut pbt tutup mata
Quote onexox97 1-1-2018 08:34 AM
takziah semoga tidak ada kejadian berulang lagi
Quote EncikRhoma 1-1-2018 10:19 AM
saman je kontraktor bahlol macam ni
Quote iloveselangor 1-1-2018 10:49 AM
Bila cawat merepair jalan....sepatut 100 meter kau dah kena letak papantanda AWAS BAIK PULIH JALAN DI HADAPAN
Quote iloveselangor 1-1-2018 10:49 AM
Bila cawat merepair jalan....sepatut 100 meter kau dah kena letak papantanda AWAS BAIK PULIH JALAN DI HADAPAN
Quote iloveselangor 1-1-2018 10:49 AM
Bila cawat merepair jalan....sepatut 100 meter kau dah kena letak papantanda AWAS BAIK PULIH JALAN DI HADAPAN
Quote iloveselangor 1-1-2018 10:49 AM
Bila cawat merepair jalan....sepatut 100 meter kau dah kena letak papantanda AWAS BAIK PULIH JALAN DI HADAPAN
Quote iloveselangor 1-1-2018 10:49 AM
Bila cawat merepair jalan....sepatut 100 meter kau dah kena letak papantanda AWAS BAIK PULIH JALAN DI HADAPAN
Quote batmana 1-1-2018 11:06 AM
patut dkwa kontraktor atas tuduhan membunuh gak ni
Quote Burong_Hantuk 1-1-2018 03:23 PM
salam takziah
Quote pooh~key 3-1-2018 11:40 AM
iloveselangor replied at 1-1-2018 10:49 AM
Bila cawat merepair jalan....sepatut 100 meter kau dah kena letak papantanda AWAS BAIK PULIH JALAN D ...

Kau ok sister?
Quote xpdckelate 3-1-2018 12:00 PM
kebanyakan kontraktor baiki jalan meme tak ikut spec,main redah je janji siap...tu yg tampal2 jalan,kadang2 terlampau tinggi kadang2 terlampau dalam,dahtu tak bersihkan sisa2.....kon pulak letaknya dekat sangat dengan kawasan pembaikan,dekat coner tiba2 ada kon,mau tak terkujat,adeh

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.279549 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top