CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jangan Ambil Hak Murid!" Cikgu Menyirap Dengan Ibu Bapa Penting Diri

3-1-2018 03:11 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 6419| Komen: 33|Original author: Oleh: Khair

Semalam merupakan hari pertama persekolahan dan pasti ramai ibu bapa teruja menemani anak mereka yang baru sahaja melangkah ke tahun satu kerana ia merupakan titik bersejarah menandakan anak tersebut semakin membesarkan.


Tidak menjadi kesalahan jika ibu bapa menemani anak-anak di hari pertama persekolahan kerana ia dapat memberi motivasi kepada anak-anak yang masih tidak biasa dengan persekitaran baru di sekolah.

Namun begitu, seorang guru lelaki iaitu Mohd Fadli Salleh menyuarakan ketidakpuasan hati dengan situasi di mana ibu bapa memenuhi ruang kantin hingga murid lain sukar mencari tempat duduk.



Menurut Cikgu Fadli, dia berasa sangat marah kerana pada tujuh tahun lalu, seorang anak yatim yang tidak ditemani sesiapa datang ke sekolah dan tidak dapat makan apabila waktu rehat kerana tiada tempat duduk yang kosong.




Cikgu Fadli melihat murid tersebut berdiri di tiang kantin apabila melihat tempat duduk yang sepatutnya diduduki murid telah dipenuhi ibu bapa yang menemani anak-anak mereka.

Padanya, situasi tersebut adalah tidak adil kerana kemudahan kantin disediakan untuk murid berehat dan makan. Ujarnya lagi, murid tersebut berdiri sehinggalah waktu rehat tamat tanpa sempat memakan makanan yang telah dibelinya. 



"Dan dihari pertama persekolahan, tanpa sesiapa yang teman, dia terkebil-kebil sendirian. Berdiri diam di tepi tiang sambil menyaksikan betapa kejam orang dewasa duduk di tempat dia sambil menyuap anak mereka makan.

"Masa rehat tamat. Murid itu kelaparan, namun tidak sempat makan. Masa dia letak pinggan yang masih penuh tanpa disentuh baru aku perasan," tulisnya.



Baginya tidak salah ibu bapa menemani anak-anak mereka di sekolah tetapi perlu juga prihatin dengan keadaan murid lain yang hendak makan ketika waktu rehat supaya tidak lewat masuk ke kelas.

Sehingga kini pada setiap kali taklimat bersama ibu bapa, Cikgu Fadli pasti akan memberi peringatan "Jangan sesekali duduk di kerusi kantin selagi ada murid masih berdiri mencari tempat duduk. Jika ada ibu bapa duduk sedangkan murid tercari-cari tempat, aku akan marah".

Perkongsian Cikgu Fadli itu mendapat pelbagai respon positif daripada ibu bapa yang anak-anak mereka mengalami keadaan sama. Sekurang-kurangnya apa yang dikongsikan cikgu Fadli ini menjadi peringatan kepada ibu bapa yang masih tidak 'melepaskan' anak mereka berdikari di sekolah.



Jika masih ada di antara anda berkelakuan sebegini tanpa menghiraukan keadaan murid lain, renung-renungkanlah. Bukan kita sahaja berpijak di atas muka bumi ini, okey? - CARI
33

Bagus
13

Marah
13

Terkejut
4

Sedih
14

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mommymonster82 3-1-2018 03:42 PM
Ni kes kt sekolh rendah la ni..dtg teman ank darjah 1..
Ada kt sekolh dulu anak ting1 pon ada lag mak bapak dtg teman..
Betul apa cikgu tu cakap.. xpatut sgt.. murid darjah lain pon nak rehat jugak
Quote ~boolean 3-1-2018 03:45 PM
Bukan saja hak murid, hak pengguna jalan raya pun parents selfish begini tak ambil peduli.

Jalan tiga lane, kesemuanya mereka bolot asalkan dapat berhenti betul2 depan pagar sekolah. Tunggu pula anak mereka berlenggang-kangkung jalan masuk ke kereta.
Quote tetiberjer 3-1-2018 03:46 PM
sian adik yang duduk cangkung tu....
Quote shoryu 3-1-2018 03:47 PM
Bagus juga cikgu ni tegur. Kadang2 sesetengah org teruja sangat sampai tak perasan buat benda2 macam ni.
Quote chinta89 3-1-2018 03:55 PM
nyampah tgk post di FB yg gegeh duk ngn anak bersuap2 makan... budak tu dh 7 tahun kot, takkan mkn pun nk kena suap lagi wei??????? anak org lain nk duk gak.

dh la makcik kepam badan mcm tong drum. geram aku nk kutuk sb perangai tak semenggah.
Quote manjalara_01 3-1-2018 03:58 PM
nak marah2 sgt pun x guna rasanye sbb masih xde jalan penyelesaian..& same problem going to happen..

kena take action and make a difference..

1) maybe boleh letak signboard utk meja2 yg dikhaskan utk murid2 yg parents x dpt dtg....
& meja2 khas utk parents yg dtg...

2) sediakan la more benches or chairs....khasnye utk first day of school ni saje...so semua org ade tempat nak duduk

3) buat peraturan khas utk parents yg dtg ke kantin...cikgu perlu inform parents & same time print ke tulis besar2 mcm sign board jadi parents dpt bc/as reminders...cth "ibu bapa hanye diperuntukkan 5 or 10 minit bersama anak di kantin & selepas itu perlu tinggalkan kawasan kantin segara"

something like that la...   
Quote palmolive 3-1-2018 04:04 PM
tiap tahun isu sama..
ni manusia ke lembu?
Quote yangsemb 3-1-2018 04:17 PM
Think it’s the same old story year after year, sigh...{:dot
Quote prettyuglybabe 3-1-2018 05:00 PM
overnya nak suap-suap anak bagai..
anak dah masuk sekolah kot..
padahal kat rumah takde sibuk pun anak makan ke tak..
tak hingin nya nak suap-suap..
sama gak makan kat kedai..
anak dibagi hp so mak bapak dapat mencekik dengan aman..
kalau lapar pandai-pandai la ko cekik sendiri..
tiba masuk sekolah dan dan jadi mak bapak misali nak suap anak makan bagai..
Quote shernazz 3-1-2018 05:01 PM
masalahnya perlu ke sampai nak nersuap bagai?
kLau masalah nak bayar takut anak xdpt baki ye juga lah
Quote Levespa 3-1-2018 05:08 PM
manjalara_01: nak marah2 sgt pun x guna rasanye sbb masih xde jalan penyelesaian..& same problem going to happen..kena take action and make a difference..1) maybe ...


yup setuju dengan pendekatan bersolusi dari emosi..  cikgu pun boleh buat announcement minta ibu bapa bergerak keluar dari kantin utk beri laluan pada murid.. kadang tu bukan ibu bapa kejam tapi jenis tak perasan..kena diingatkan..

anak I pun  I ajar kalau takde tempat duduk makan je kat tempat lain.. kalau tak kesian la tak makan..lagi satu ibu bapa kena ajar anak2 lebih berdikari.. teman sekejap2 pun dah memadai.. macam zaman dulu takde pun sampai macam ni.. hantar sampai ke kelas je lepas tu pandai2 laa
Quote Peaceyo! 3-1-2018 05:24 PM
Da tiba masanya mak bapak biarkan anak berdikari
Quote mokcikKSKB 3-1-2018 05:28 PM
Aku dulu hantar anak pagi tgk dia masuk kelas je stat bunyi bell aku balik dah.waktu rehat aku tgk dr jauh je...anak ni kalauasik berteman je kang sampai sudah xreti nk bergaul.nk bkepit je
Quote missinpiece 3-1-2018 05:33 PM
Mak pak berdiri jela kat tepi pantau anak makan. Xyah nak banyakkan keje cikgula nak sediakan kerusi meja byk2 kat kantin, sebelum tu nak sediakan kerusi banyak2 di dewan, pastu lagi nak hentam2 cikgu makan gaji buta bla2
Quote giyomi 3-1-2018 06:47 PM
Dlm hal ni sy setuju sgt2 dgn cikgu tu, mak bapak dak lah sibuk poh peh dari awal ckp sal anak masing2 time rehat sibuk nak rehat sekali kekonon nak makan bersama anak depa. PPRT mmg camne, sori to say lah kan.
Quote ReginaGeorge 3-1-2018 07:01 PM
Kesian lah kat budak2 tuh.. Halau jer.  Padan muka,  keterlaluan betol.
Quote ReginaGeorge 3-1-2018 07:03 PM
Kalau sekolah cina dah lama kena halau mak bapak ni.
Quote Jorja 3-1-2018 08:53 PM
Suap anak umur 7yo makan tu utk sekadar display n ambil gambar nak post socmed ke mak
Quote HannahMontana 3-1-2018 09:15 PM
salah Najib   bangku kantin pun xboleh nak bekalkan ke sekolah2 sampai cukup

kata rakyat diutamakan


bekalkan saja xkan luak hasil negara

nak buat mcm mana Malaysia mmg mcm tu nenek ,ayah ,mak , bakal mak mertua 20 tahun akan dtg juga akan hadir menemani si kecil ke sekolah...hadap sajalah


minta bangku pun nak kena penampar ke ???

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.128897 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top