CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Awas, 5 Jenis Pekerja Yang Bakal Dipecat! No3 Paling Bahaya

4-1-2018 01:42 PM| Diterbitkan: Cari-Hana| Dilihat: 6552| Komen: 16|Original author: Oleh: Hana Yaacob

Setiap orang memiliki sikap berbeza terutama ketika menempuh alam pekerjaan. Namun, tahukah anda terdapat lima ‘spesies’ pekerja boleh merosakkan karier? Malah, ia boleh menjadi 'wabak' sekiranya pekerja seperti ini terus 'disimpan' dalam syarikat. 


Sebenarnya, alam pekerjaan memang mencabar terutama di tempat baru. Tambahan pula, nak menyesuaikan keadaan diri dengan rakan sekerja juga satu perkara yang meresahkan jiwa. Apa tidaknya, bebanan tugas diberi majikan kadangkala membebankan. 

Itu belum lagi rakan sekerja yang gemar mencuri tulang dan mengambil kesempatan dengan memanipulasi pekerja lain untuk menyiapkan tugasan.


Foto: The Cheat Sheet


Hal ini memang boleh menjejaskan karier anda. Bahkan, anda boleh dipecat sekiranya tidak bekerjasama dengan rakan lain. 
Pengalaman yang dibina bertahun boleh musnah hanya disebabkan politik di tempat kerja. Masalah ini sering dialami pekerja jujur yang 'gigih' menyiapkan kerja orang lain termasuk tugasan sendiri.


1. Robot

Memang ada pekerja yang tidak suka membantah dan menurut sahaja. Dah macam komputer pula. Bila ditekan ke depan, dia akan ikut sahaja. Dalam erti kata lain, jenis ‘pak turut’. 


Foto: Pinterest

Mereka ini tergolong dalam kumpulan yang tiada inisiatif, motivasi serta wawasan dalam pekerjaan. Jenis begini biasanya mereka mengikut rutin. Pagi 'punch card',  tengah hari pergi makan dan bila masuk jam 6 petang, mesti balik. Dalam mesyuarat pula, pekerja ini akan jadi ‘batu’, diam sahaja tanpa bersuara. Bila ditanya baru dijawab. Itupun sepatah.


2. Hantu

Hampir sama dengan si robot tadi. Bezanya, jenis hantu ini tak nampak di tempat kerja. Jarang menegur sapa. Senang cerita, memang susah nak nampak batang hidung lah!


Foto: BusinessDay

Lebih pelik, dialah orang pertama melompat bila waktu pulang. Dah tercegat di muka pintu pejabat untuk 'punch out'.


3. 'Apa sahaja demimu, bos’

Golongan pekerja ini memang berlawanan dengan jenis robot. Dia merupakan orang paling berbahaya kerana sanggup membuat apa sahaja demi majikan atau orang atasan. 

Bukan tidak bagus, namun kebanyakan golongan ini jenis yang fokusnya mahu cepat naik pangkat. Mereka sering dilabel 'kaki kipas' dalam kalangan rakan sekerja.


Foto: Getty Images

Kebanyakan golongan ini suka mencuri tulang, tetapi di hadapan bos dialah terbaik pandai serba-serbi. Pendek kata, bos hanya nampak dia sahaja membuat kerja kerana dia lebih menonjol. Dan tidak mustahil, pekerja seperti ini juga paling cepat dipecat kerana sikap sendiri.


4. Badut

Pekerja jenis badut ini hampir sama kelakuannya dengan si robot. Cuma bezanya dia suka melepak di pantri terlalu lama, suka melawak, dan 'banyak mulut', tapi hasil kerja tidak semenggah. Dia memang suka menonjol, bahkan di dalam bilik mesyuarat pun ada sahaja bahannya hingga mengganggu rakan kerja lain. 


Foto: MOViN 92.5

Memang tidak mustahil majikan akan beri kata dua, sama ada mahu terus bekerja atau masuk uji bakat Maharajalawak Mega.


5. Lambat berfikir/bertindak

Aduhai, pekerja seperti ini amatlah mencabar keimanan orang sekeliling. Sungguh perlahan! Serba-serbi kena tunjuk. Malah, berulang kali diajar tetap mahu bertanya lagi.


Foto: Says

Situasi sebegini memang menyusahkan, bahkan mengganggu pekerja lain. Lebih teruk, bukannya orang baru mula bekerja, malah ada yang sudah lebih lima tahun ke atas masih buat perangai sama. 

Ini suatu masalah buat majikan. Sabar juga ada hadnya, tapi kalau boleh menjejaskan prestasi kerja sendiri dan orang lain, eloklah beralih ke tempat baru.


Jadi, anda nilai sendiri anda jenis pekerja bagaimana. Sebaiknya, jadilah pekerja sederhana, tidak terlalu menonjol atau terlalu malas mahupun suka mengambil kesempatan kerana ia boleh menjejaskan karier yang dibina bertahun lamanya. - CARI

9

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
10

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yangsemb 4-1-2018 02:42 PM
Kesian yg # 1 tu kan, they are the ‘doers’. Cuma mungkin tidak bercita2 tinggi & at their comfort zone.{:dot
Quote palmolive 4-1-2018 03:45 PM
kalo semua ciri2 tu takder memang dh bukak bisnes sndiri dh
Quote drivethru 4-1-2018 05:30 PM
Hanat nyer gambar no.3 tu.
Quote Ratutulip 4-1-2018 06:50 PM
hurmmm no 3 kaki kipas / kaki jilat dimana2 sje pasti ada...
no 1 tu.. dia mgkin byk piker.. klu melawan nnt tk naik gaji/bonus sikit..jdi ikut sjelh... demi rezeki
Quote MisXoXo 4-1-2018 07:37 PM
no tiga parasit. nyampah. bersepah kt tpt kerja i. alfatihah
Quote Ferr_Remy 4-1-2018 09:13 PM
Hahaha smua ciri ade kat opis aku.
Quote onexox97 4-1-2018 10:07 PM
keenam pesakit mental
kalau pelik2 mungkin dipecat juga
Quote Jorja 4-1-2018 10:53 PM
Hantu? Salah ke punch out awal tepat waktu habis kerja? Bukan orang jepun pun nak lama lama kt ofis lagipun bukan nya company sendiri tu..nak jadi partner pun mimpi aja tak mungkin lah coz gov punya. Yg penting dah jalankan tanggungjawab buat kerja dah lah..stay kt ofis tambah dosa lagi adalah dengar org mgata
Quote alieyrina 5-1-2018 12:18 AM
Haahaa..lawak plak baca postg ni..teringat sekor2 muka kt opis yg perangai x semenggah ceni
Quote SOFIA2017 5-1-2018 10:04 AM
semua tu bersepah kat ofis aku ni...

tapi kat mana2 pun ada jer
Quote tri-max 5-1-2018 01:03 PM
Jorja replied at 4-1-2018 10:53 PM
Hantu? Salah ke punch out awal tepat waktu habis kerja? Bukan orang jepun pun nak lama lama kt ofis  ...

yup stuju, 5:30 punch out
job done within the time given ..., klu ada pon boleh smbg esok
keja mati2 pon esok kita sakit bukan company kesah pon,

Quote Artemesiaa 5-1-2018 05:41 PM
Semua jenis pekerja tu ada je dimana2 pejabat.  Nanti bila majikan mula nak mengantikan mereka2 tu dengan mengunakan mesin dan internet sepenuh mula ler masing2 mengelupor tunjuk ok.
Quote SekeremKopi 8-1-2018 08:38 AM
NO 1 tu paling sakit jiwa. Ada macam xde
Quote cempakaa 8-1-2018 10:45 AM
terlalu menonjol karang semua keje dibaginye kite.

sape pandai kipas boss tu memang cepat naik, setuju.
Quote renko 9-1-2018 06:52 PM
no5 tu paling xguna
baik pergi mati jela
nk ajar berkali2 benda yang sama
xfaham2 g benak nak mampos
Quote ninjago 10-1-2018 03:30 PM
kihkihkihhh.. dah start dah membayangkan sape badut, sape robot, sape hantu kt ofis memasing

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.145300 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top