CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ah Nyaman! Makan Aiskrim Di Ladang Lavender Australia, Cantik Dan Wangi

3-1-2018 04:19 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 6312| Komen: 16|Original author: Oleh: Diba S.

Description: Kebiasaannya bila sebut sahaja ladang lavender, anda pasti teringatkan negara Perancis. Namun kini tak perlu ke sana, boleh melawat lokasi yang lebih dekat iaitu di Australia!
Kebiasaannya bila sebut sahaja ladang lavender, anda pasti teringatkan negara Perancis. Namun kini tak perlu ke sana, boleh melawat lokasi yang lebih dekat iaitu di Australia! 


Ladang Lavender Bridestow terletak di Tasmania, Australia. Penerbangan mengambil masa selama 10 jam dari Kuala Lumpur ke sini tapi mungkin bagi sesetengah daripada anda 10 jam dah cukup lama, kan?

Foto: Bridestow Lavender FB
Namun, percayalah apa yang menanti anda di Tasmania sungguh berbaloi! Ada banyak sebenarnya tempat menarik yang anda boleh lawati di sini. 


Misalnya selepas melawat Tasmanian Devil, anda bolehlah ke sini menghirup udara segar dan wangi yang datangnya dari bunga lavender. Tak cukup dengan itu mestilah nak bergambar sakan di sini! Memang sangat menarik, boleh tayang di Instagram!

Foto: Bridestow Lavender FB
Setelah penat bersiar-siar di ladang ini anda boleh turut menikmati sajian berasaskan lavender seperti aiskrim, pancake dan juga juga menghirup secawan teh segar.


Foto: Bridestow Lavender FB
Jangan lupa beli pelbagai cenderamata yang dijual buat yang tersayang. Ada lilin, aromaterapi, sabun dan banyak lagi yang sememangnya bagus!

Foto: Bridestow Lavender FB
Banyak khasiat lavender antaranya boleh mengubati insomnia, mengurangkan tekanan dan juga memperlahankan proses penuaan.

Tahukah anda lavender juga terdapat dalam warna putih? Namun disebabkan ia tidak mengeluarkan bau, maka hanya ladang lavender berwarna ungu yang anda boleh lihat sekarang.

Teringin nak pergi tak? Jom sekali! -CARI
6

Bagus
16

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 3-1-2018 04:41 PM
aduh bestnye...................
Quote CiliPadiSedap 3-1-2018 04:57 PM
belakang rumah nenek akak ada ladang serai siapa nak bergambar silakan
Quote sensa 3-1-2018 05:10 PM
CiliPadiSedap replied at 3-1-2018 04:57 PM
belakang rumah nenek akak ada ladang serai siapa nak bergambar silakan

nak bergambar kat ladang cili boleh?
Quote moonbug 3-1-2018 05:10 PM
Tasmania, one of places dlm my bucket list. I'll see you one day!
Quote CiliPadiSedap 3-1-2018 05:17 PM
sensa replied at 3-1-2018 05:10 PM
nak bergambar kat ladang cili boleh?

boleh je, tapi sekarang musim sejuk, tunggu musim panas baru pemandangan cantik.
Quote dubuk 3-1-2018 05:24 PM
sedapnyaaaa aiskrim ungu tuuu
Quote tengah_bosan 3-1-2018 05:25 PM
CiliPadiSedap replied at 3-1-2018 05:17 PM
boleh je, tapi sekarang musim sejuk, tunggu musim panas baru pemandangan cantik.

dah pergi eh>
Boleh recommend tak bila???
Serious teringin nak g tasmania..
Quote CiliPadiSedap 3-1-2018 05:32 PM
tengah_bosan replied at 3-1-2018 05:25 PM
dah pergi eh>
Boleh recommend tak bila???
Serious teringin nak g tasmania..

maksud akak ladang serai belakang rumah nenek akak,cuba baca balik kt atas
Quote yangsemb 3-1-2018 06:19 PM
Mmmmmmm....i can smell u {:thief{:thief
Quote cahaya_almas 3-1-2018 06:27 PM
Wow....syoknya....
Quote QNQQ 3-1-2018 11:15 PM
NYAMAN{:laugh
Quote QNQQ 3-1-2018 11:15 PM
Subhanallah...cantik sungguh ciptaan mu
Quote whitePoison 4-1-2018 12:37 AM
cantiknyaa..
Quote AkuMark 10-2-2018 08:53 PM
Lawooonyeeeeee
Quote Artemesiaa 11-2-2018 11:52 AM
Betul tu kena gi time Spring/Summer baru seronok nak layan bunga

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.207571 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top