CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tuan Atau Dr,- Tak Mahu Dipanggil Encik, Doktor Ini Dihentam Kerana Gila Pangkat?

18-1-2018 10:44 AM| Diterbitkan: Cari-Aimi| Dilihat: 16051| Komen: 95|Original author: Oleh: Aimi

Dr Zubaidi Hj Ahmad, seorang doktor terkenal di Facebook yang sering berkongsi info kesihatan dan sebagainya.

Baru-baru ini dia ada memuat naik satu status, menyatakan ketidakpuasanhatinya terhadap golongan peniaga. Eh, Kenapa pula?


Tulisnya, ramai peniaga masa kini sudah tidak mempunyai adab kerana hanya memanggil dirinya dengan panggilan 'Encik' walaupun peniaga tersebut tahu mengenai status dan pekerjaanya.

Apa yang mengundang rasa tidak senang adalah peniaga tersebut merupakan orang yang jauh lebih muda darinya.



Bagi Dr Zubaidi, peniaga mestilah tahu 'mengambil hati' pelanggan dengan menggunakan Bahasa Melayu yang tinggi. Penjual seharusnya memanggil seseorang itu dengan gelaran yang selayaknya seperti Dr atau Tuan.


Gara-gara luahan ini, Dr Zubaidi menerima pelbagai reaksi negatif dari netizen. Ada yang memberi cadangan supaya dia gantung sahaja pangkatnya di leher kalau mahu dirinya sentiasa disanjung.


Walau bagaimanapun sesetengah netizen pula menyokong kerana bagi mereka nama panggilan adalah sangat penting sebagai tanda kita menghormati sesama sendiri.


Selepas dikritik hebat, Dr. Zubaidi ada memuat naik status Facebook terbaru menyatakan dia juga menghormati semua orang dengan panggilan 'Tuan' walaupun mereka hanya bekerja sebagai pemandu lori atau suri rumah.

Dan... Sekali lagi dia hihentam, seolah-olah merendahkan pekerjaan terbabit.

Penting sangat ke nama panggilan, pangkat dan darjat? Apa pula pendapat anda? -CARI
7

Bagus
12

Marah
7

Terkejut
21

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 18-1-2018 10:51 AM
maaf
aku baru tahu panggilan encik itu low class rupanya
dah terbiasa guna encik sahaja
waima gomen pun biasa guna encik
Quote sabar_sabariah 18-1-2018 10:56 AM
sama lah..panggilan encik tu tak cukup hormat rupanya
Quote aleesyasofia 18-1-2018 10:57 AM
pd iolss pggilan encik pon dh ok.. xde rse hina pon..
Quote makita 18-1-2018 11:15 AM
Kalu pagil encik pon da rasa terhina...adoi....
Quote ~boolean 18-1-2018 11:16 AM
Dia ada sikit betul, cuma cara penyampaian dia agak bongkak.

Panggilan hormat yang betul untuk lelaki adalah Tuan.
Panggilan hormat yang betul untuk perempuan adalah Cikpuan.

Ramai tak tahu tentang ni.

Tapi dia pun tak payahlah berlagak pandai sangat. Benda kecil saja pun.

Quote kucingitam 18-1-2018 11:20 AM
rasanya dia nak highlight pasal budi bahasa peniaga melayu vs cina kot..
tapi mmg selalunya peniaga cina  suka panggil pelanggan boss..

pape pun.. panggil encik tu pun dah ok je.. takde panggil sis, dear pe sume..tu aku pun benci..
Quote idakamaruddin 18-1-2018 11:26 AM
lorrr motif sgt panggil encik pn kata nye x hormat org

adoii...dibuat ke iolss mgkn iols pggl bang je xpun yess brooo



agaknye kalau iolss seller tu mau dh kene viral

Quote idakamaruddin 18-1-2018 11:26 AM
nak sgt panggil tuan tuan

kang dia panggil tak tun tuang baru tau

Quote niena90 18-1-2018 11:27 AM
I rase panggilan encik tu pun dah cukup sopan. Bukan semua org yer belajar tinggi2 mcm Dr. yg tahu segala selok belok pangkat dan darjat di dunia ni. Kalau ko nak meroyan org tu pggl bro/bang/boss ke boleh la paham gak
Quote pearl.silver 18-1-2018 11:31 AM
Dulu kan viral gak sorg doktor pompuan share kt socmed pasal xpuas hati seller panggil dia sis

Doktor2 memang sejenis begini ya...
Quote Nurul8001 18-1-2018 11:40 AM
Bukankah panggilan encik pun dah sopan..?

Lainlah kalau panggil 'bro' ke? Atau 'kau' ke..

Saya rasa, panggilan abang pun boleh diterima..

Kenapalah sekarang ni, ramai betul org yg sensitif ye..?
Quote yangsemb 18-1-2018 11:46 AM
kucingitam replied at 18-1-2018 11:20 AM
rasanya dia nak highlight pasal budi bahasa peniaga melayu vs cina kot..
tapi mmg selalunya peniag ...

Ha ahh itulaaa...iols pon rasa panggilan2 spt yunk, cik adik manis, abanggg, akak or acik amatlaaa xbersesuaian sama sekali. Gotta built up on this area to begin with especially when u in business line & nak boost yr sales
Quote prettyuglybabe 18-1-2018 11:47 AM
eksyen nya.. selama ni i panggil sesiapa encik tu kurang sopan ye..
Quote Artemesiaa 18-1-2018 11:54 AM
Nak diikutkan panggil encik pun dah cukup formal sebenarnya berbanding dia panggil nama je.  
Quote ahlisihircute 18-1-2018 11:56 AM
Nie dari pengalaman aku keje dulu....org melayu klu yg ada gelaran jer yg lelebih suruh panggil dato..datin...tan sri..puan sri....padahal duit dlm acct ciput jer....loan brapa bulan x bayar...acct overdrawn jer...dtang bank bergaya je lebih...kedekut lak tu...
Beza ngan customer cina...dtg sempoi jer...cam apek2 jual sayur....tp dlm acct kebom...humble jer...wpon bergelar dia suruh panggil uncle jer...
Quote ~boolean 18-1-2018 11:56 AM
Aduyaiii poremer pun...

'encik' tu memanglah sopan, tapi doktor ni mengajar panggilan hormat...fahamkan dulu bezanya.

Dan memang betul doktor tu cakap panggilan hormat dalam bahasa melayu tinggi adalah Tuan.

Bila kita berurusan dengan orang, gunakan tuan atau cikpuan...tapi bila kau borak kosong sembang kedai kopi guna lah encik, oppa, acik kepam sekalipun tak apa...

Quote mizzmimi 18-1-2018 11:57 AM
Haduihhh.. Kalau tak, takde lah title dato' tu orang jual beli macam jual sayur kat pasar malam.. Ngertikkk?

But imo kalau tahu kenal empunya badan better panggil ngan title dia. Knowing malaysian ni memang hadapp title ni kan. Ingat senang nak dapat title dr tu? And he specifically pointed this to so called orang bisnes, they should know better la nak please customers. Kena pandai berbahasa la kalau nak menjual tu.
Quote manehnya 18-1-2018 11:57 AM
dr mahathir mohamad relek je.. x kesah pun org pge dia apa

che det pun ok bg nya
Quote nisako 18-1-2018 12:01 PM
encik pun ok ape..................tah le........... semua doctor suka di panggil doctor eh

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.044347 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top